APEL Centre UTM

Call Directions Website Contact the university

APEL Centre UTM Akreditasi pengalaman pembelajaran terdahulu (Accreditation of prior experiential learning)

APEL adalah Akreditasi Pengalaman Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu. Ia dedifinisikan sebagai satu proses sistematik yang melibatkan identifikasi, dokumentasi dan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu. APEL memberi peluang kepada mereka yang mempunyai pengalaman kerja tetapi kurang kelayakan atau tiada kelayakan akademik untuk menyambung pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Secara umumnya, penilaian APEL melibatkan penilaian terhadap ilmu yang diperoleh oleh seseorang itu menerusi pendidikan formal mahupun menerusi pengalamannya terdahulu.

📢 PELUANG JAWATAN PERSONEL MySTEP DI PUSAT APEL UTMPusat APEL UTM kini membuka peluang kepada calon yang berminat dan be...
22/10/2026

📢 PELUANG JAWATAN PERSONEL MySTEP DI PUSAT APEL UTM

Pusat APEL UTM kini membuka peluang kepada calon yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut:

Penolong Pegawai Tadbir (Gred N5)
Kadar Upah: RM2,100.00

Pembantu Tadbir (Gred N1)
Kadar Upah: RM1,900.00

Tempoh lantikan: 1 tahun

Antara syarat umum:
✅ Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas
✅ Minimum SPM bagi Pembantu Tadbir (Gred N1)
✅ Diploma atau setaraf bagi Penolong Pegawai Tadbir (Gred N5)
✅ Boleh berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik
✅ Mahir menggunakan Microsoft Office, Canva dan CapCut

Dokumen sokongan yang diperlukan:
• Borang permohonan lengkap beserta gambar pasport
• Vitae kurikulum
• Salinan kad pengenalan yang disahkan
• Salinan sijil akademik yang disahkan

📧 Emelkan permohonan ke: [email protected]
📅 Tarikh tutup permohonan: 31 Oktober 2026

Imbas QR pada poster untuk mendapatkan Borang Permohonan.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada Pusat APEL UTM!

20/10/2026
18/10/2026

Tahniah kepada semua calon APEL.A T7 bagi bulan Oktober 2026

Anda LULUS ujian aptitud

Pusat APEL UTM Welcomes International CandidatesPusat APEL UTM is delighted to welcome international candidates who have...
14/10/2026

Pusat APEL UTM Welcomes International Candidates

Pusat APEL UTM is delighted to welcome international candidates who have chosen the APEL pathway to pursue their academic aspirations at Universiti Teknologi Malaysia.

Their participation reflects the growing international recognition of APEL as an inclusive and flexible pathway that acknowledges knowledge, skills and experience gained through prior learning and professional practice.

We wish all our international candidates every success throughout their APEL journey. Welcome to the UTM community! 🎓✨

APEL.Q @
13/10/2026

APEL.Q @

Kerajaan menanggung separuh daripada kos pengajian penjawat awam yang melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) menerusi program Accreditation of Prior Experiential Learning for Qualification (APEL Q).

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata kemudahan itu merupakan antara inisiatif baharu yang diperkenalkan dalam usaha memperkasakan pembangunan kerjaya penjawat awam dengan membolehkan pengalaman kerja mereka diterima sebagai sebahagian daripada kelayakan akademik.

Berita penuh: https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2617030

12 Oct 2026: Bengkel Proses Kerja Pusat APEL
12/10/2026

12 Oct 2026: Bengkel Proses Kerja Pusat APEL

KURSUS IN-HOUSE TRAINING FOR APEL.QPusat APEL UTM telah mengadakan Kursus In-House Training for APEL.Q bersama Malaysian...
09/10/2026

KURSUS IN-HOUSE TRAINING FOR APEL.Q

Pusat APEL UTM telah mengadakan Kursus In-House Training for APEL.Q bersama Malaysian Qualifications Agency (MQA) pada 8–9 Oktober 2026.

Kursus ini bertujuan memperkukuh kefahaman serta meningkatkan kompetensi warga UTM dalam pelaksanaan, penilaian dan jaminan kualiti APEL.Q secara sistematik, telus dan selaras dengan keperluan MQA.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada penceramah:

Prof. Dr. Eddy Siong Choy Chong
Professor and Executive Dean
Faculty of Business and Law
(AACSB-accredited Taylor’s Business School)
Taylor’s University

Terima kasih atas perkongsian ilmu, pengalaman dan panduan yang amat bernilai. Semoga kursus ini menjadi pemangkin kepada pemerkasaan pelaksanaan APEL.Q di Universiti Teknologi Malaysia.

08/10/2026

Teka teki :
Kemahiran bahasa- adakah ia formal, non formal atau informal learning?

KURSUS IN-HOUSE TRAINING FOR APEL.Q FROM MALAYSIAN QUALIFICATIONS AGENCY (MQA)Pusat APEL UTM berbesar hati menganjurkan ...
08/10/2026

KURSUS IN-HOUSE TRAINING FOR APEL.Q FROM MALAYSIAN QUALIFICATIONS AGENCY (MQA)

Pusat APEL UTM berbesar hati menganjurkan Kursus In-House Training for APEL.Q bersama Malaysian Qualifications Agency (MQA) pada:

📅 8–9 Oktober 2026 (Khamis–Jumaat)

Kursus ini memberi ruang kepada peserta untuk mendalami pelaksanaan APEL.Q (Accreditation of Prior Experiential Learning for Award of Academic Qualifications), khususnya berkaitan proses penilaian, jaminan kualiti serta pengiktirafan pembelajaran berasaskan pengalaman.

🎓 Mengenali Fasilitator

Kursus ini dikendalikan oleh Prof. Eddy S.C. Chong, seorang pakar berpengalaman luas dalam bidang jaminan kualiti dan akreditasi pendidikan tinggi. Beliau merupakan Reference Expert MQA, ahli Accreditation Committee, terlibat dalam pembangunan Programme Standards, serta berpengalaman sebagai Assessor APEL.A, APEL.C dan APEL.Q.

Beliau juga mempunyai pengalaman sebagai Mentor AACSB, Quality Evaluation Panel, Expert/Consultant UNESCO, ASEAN University Network Assessor, serta MQA Certified Trainer.

💐 Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Prof. Eddy S.C. Chong dan pihak MQA atas kesudian berkongsi ilmu, pengalaman dan kepakaran bersama warga UTM.

Semoga perkongsian sepanjang dua hari ini dapat memperkukuh kompetensi peserta dan membantu Pusat APEL UTM memantapkan pelaksanaan APEL.Q secara berkualiti, sistematik dan berintegriti.

✨ Pengalaman diiktiraf. Kompetensi dihargai. Pembelajaran sepanjang hayat diperkasa.

Satu lagi sesi Temuduga APEL.A Pusat APEL UTM telah selesai dilaksanakan.Kali ini, calon hadir dengan pengalaman kerjaya...
07/10/2026

Satu lagi sesi Temuduga APEL.A Pusat APEL UTM telah selesai dilaksanakan.

Kali ini, calon hadir dengan pengalaman kerjaya sebagai Assistant Director CSR dalam bidang APEL Pengajian Islam.

📚 Bidang APEL: Pengajian Islam
💼 Bidang Pekerjaan: Assistant Director CSR
👨‍🏫 Panel Instrumen: Prof. Madya Dr. Nurrazmallail Bin Marni
👨‍🏫 Panel Bidang: Dr. Abdul Basit Bin Samat @ Darawi
📅 Tarikh Temuduga: 6 Oktober 2026 (Selasa)

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada kedua-dua panel penilai atas masa, komitmen dan kepakaran yang diberikan sepanjang sesi penilaian.

Kepada calon, selamat maju jaya! Semoga pengalaman dan ilmu yang telah dibina sepanjang perjalanan kerjaya menjadi kekuatan untuk melangkah lebih jauh dalam perjalanan akademik melalui APEL.A.

Pengalaman dihargai, potensi digilap, peluang pendidikan dibuka!

Address

Jalan Sultan Yahya Petra
Kuala Lumpur
54100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60321805123

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when APEL Centre UTM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to APEL Centre UTM:

Shortcuts

Share