25/09/2026
🥺 TAK SANGKA… RINDU ITU DATANG KEMBALI.
Azim merupakan alumni Fakulti Pengurusan Haji dan Umrah yang berpeluang bertugas sebagai petugas musim Haji 2026 di Tanah Suci.
Sepanjang bertugas, bukan sedikit cabaran yang perlu dihadapi.
Menguruskan jemaah, memastikan bagasi teratur, menyelesaikan pelbagai isu operasi, berhadapan dengan keletihan, tekanan dan tanggungjawab yang besar.
Dalam kesibukan itu, tiba-tiba hadir satu rasa yang sangat dalam di hati Azim.
Rindu kepada nenek yang telah kembali ke rahmatullah ketika musim COVID dahulu.
Kemudian berlaku satu pertemuan yang cukup menyentuh hati.
Azim dipertemukan dengan seorang jemaah warga emas yang wajah dan perwatakannya mengingatkan beliau kepada arwah neneknya.
Azim membantu menguruskan keperluan jemaah tersebut, termasuk urusan bagasi dan perkara-perkara sepanjang berada di Tanah Suci.
Sehinggalah pada satu ketika, jemaah tersebut memanggil Azim dengan memanggilnya “mana cucu nenek tu ?” yang mengingatkannya kepada cara arwah neneknya memanggil beliau dahulu.
Subhanallah…
Bagi Azim, pertemuan itu terasa seperti satu hadiah kecil daripada Allah selepas segala kepenatan dan khidmat yang diberikan kepada para tetamu-Nya.
Bukan semua ganjaran datang dalam bentuk wang atau penghargaan.
Kadang-kadang, Allah hadirkan ketenangan, pertemuan dan momen yang menyembuhkan hati.
Inilah antara pengalaman sebenar alumni Fakulti Pengurusan Haji dan Umrah ketika turun sendiri berkhidmat dalam industri Haji dan Umrah.
Kalau anda juga mahu belajar bukan sekadar dalam kelas, tetapi merasai sendiri pengalaman mengurus dan berkhidmat kepada jemaah…
Mungkin satu hari nanti, anda p**a orangnya. Insya-Allah.
🎓 Berminat untuk sertai program Fakulti Pengurusan Haji dan Umrah?
Isi borang dan tekan “Apply Now” untuk dapatkan maklumat lanjut.