14/10/2024
Jom cakna tentang AAC @ komunikasi gantian dan bantuan kepada orang yang ada kesukaran untuk bercakap.
Fahami dan cakna supaya kita dapat memberikan bantuan dan sokongan kita kepada mereka.
Ini kerana semua orang punyai hak untuk bersuara, mengekspresikan dirinya serta inklusif dalam masyarakat.
"Oktober Bulan Kesedaran AAC! 🌟
Dalam bulan ini, kita berpeluang untuk meningkatkan pemahaman tentang Komunikasi Gantian dan Bantuan (KGB) @ terma yang lebih pop**ar iaitu Augmentative and Alternative Communication (AAC).
AAC ini merupakan mod komunikasi selain bercakap. Ia cukup penting kepada orang yang hadapi kesukaran untuk bercakap. Ini termasuklah pentingnya akses kepada alat komunikasi bagi individu yang mempunyai cabaran dalam bercakap.
AAC bukan sahaja mencakupi alat berteknologi canggih, tetapi juga kaedah dan alat berteknologi rendah yang membolehkan setiap orang mengekspresikan dirinya. Tanpa keupayaan untuk mengekspresikan diri dengan cara yang sesuai akan mengakibatkan seseorang itu mengalami tekanan serta akan menunjukkan tingkah laku yang sukar dikawal.
Mari kita bersama-sama membina kesedaran dan empati, serta menyokong mereka yang menggunakan AAC untuk bersuara.
Setiap komunikasi adalah penting bagi kita juga mereka untuk saling memahami. Bagi orang yang ada masalah untuk bercakap p**a, AAC dapat memberikan mereka hak untuk bersuara dan untuk meraih tempat dalam masyarakat.
Bersama-samalah kita menjadikan dunia ini lebih inklusif dan penuh kasih sayang!
Rujuk Ahli Terapi Pertuturan Bahasa (SLT) anda untuk maklumat lanjut tentang AAC jika berasakan anak anda memerlukannya.
Jom kita lihat beberapa mitos berkaitan AAC dan belajar memahaminya.
SI ORI Therapy