Misi Kemanusiaan Antarabangsa Kemboja 2019 - Universiti Malaya

Misi Kemanusiaan Antarabangsa Kemboja 2019 - Universiti Malaya Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Misi Kemanusiaan Antarabangsa Kemboja 2019 - Universiti Malaya, College & University, Unit Pengurusan Pelajar Luar Kampus dan Kesukarelawanan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Takziah buat keluarga Allahyarham, allahyarham banyak membantu menyokong projek-projek pelajar dari segi kewangan dan id...
12/10/2020

Takziah buat keluarga Allahyarham, allahyarham banyak membantu menyokong projek-projek pelajar dari segi kewangan dan idea.

Projek Misi pada pertama (2015) dan kedua (2016) banyak dibantu allahyarham.

Semoga Allah memberi ganjaran pahala buat bekalan allahyarham di sana.

Tahniah Pengarah Misi 4.0,Sukarelawan membentuk peribadi unggul, semoga terus sukses Daniel.
09/07/2020

Tahniah Pengarah Misi 4.0,

Sukarelawan membentuk peribadi unggul, semoga terus sukses Daniel.

[GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN RUMAH JAHIT]Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.Pada hari kelapan, para ahli misi berg...
15/07/2019

[GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN RUMAH JAHIT]

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Pada hari kelapan, para ahli misi bergotong-royong membersihkan rumah jahit yang berada di sebelah madrasah perempuan yang kelihatan tidak dijaga dan terurus.
Dengan adanya aktiviti pembersihan ini, kami berharap agar komuniti di sini lebih menjaga dan menggunakan fasiliti yang terdapat di kawasan pusat komuniti ini dengan baik dan hemah.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh melayari laman media sosial kami.

Facebook : https://www.facebook.com/MisiKemanusiaanKemboja

Instagram : https://www.instagram.com/misikembojaum






[KARNIVAL SUKAN BOLA SEPAK BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG]Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.14 Julai 2019- Pada sebela...
15/07/2019

[KARNIVAL SUKAN BOLA SEPAK BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG]

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

14 Julai 2019- Pada sebelah petang hari kelapan, telah berlangsung dengan jayanya karnival sukan bola sepak yang melibatkan ahli misi sendiri bersama penduduk Kampung Toul Toutueng. Sebanyak empat buah hamper disediakan kepada pasukan yang bermain. Aktiviti ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara penduduk kampung dan ahli misi disamping menggalakkan budaya hidup yang sihat.

Alhamdullilah semuanya berjalan lancar dan harmoni dengan penglibatan yang memberangsangkan tanpa sebarang kecederaan yang berlaku.

Keputusan perlawanan:
[Penalti]
Malaysia 1-0 Kemboja
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh melayari laman media sosial kami.

Facebook : https://www.facebook.com/MisiKemanusiaanKemboja

Instagram : https://www.instagram.com/misikembojaum






[PROJEK MURAL, MENCERIAKAN PERSEKITARAN PUSAT KOMUNITI]Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.Projek mural diteruskan...
15/07/2019

[PROJEK MURAL, MENCERIAKAN PERSEKITARAN PUSAT KOMUNITI]

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Projek mural diteruskan lagi dengan menceriakan koperasi yang menjadi sumber penjanaan ekonomi bagi Madrasah Darul Ulum, Toul Toetueng.

Serba sedikit mengenai koperasi, bangunan ini merupakan kejayaan Misi Kemanusiaan Antarabangsa Kemboja 4.0 yang menyediakan sebuah kedai bagi sumber ekonomi madrasah seterusnya menjana ekonomi penduduk kampung dengan perniagaan runcit.

Pihak misi berharap agar usaha kecil melukis mural serta mencantikkan bahagian koperasi ini mampu menarik minat penduduk kampung untuk berniaga dan berjual beli bagi meningkatkan taraf hidup mereka melalui pekerjaan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh melayari laman media sosial kami.

Facebook : https://www.facebook.com/MisiKemanusiaanKemboja

Instagram : https://www.instagram.com/misikembojaum






[REWANG KENDURI BERSAMA ORANG KAMPUNG]Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.Alhamdulillah, terima kasih atas jemputa...
15/07/2019

[REWANG KENDURI BERSAMA ORANG KAMPUNG]

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, terima kasih atas jemputan oleh Puan Maimunah dan suami kerana telah menjemput kami semua, sukarelawan misi ke majlis doa selamat agar niat mereka untuk ke Mekah bagi menunaikan ibadah Haji dimakbulkan.

Diharapkan agar Puan Maimunah dapat menunaikan haji yang mabrur dan segala perjalanan dipermudahkanNya.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh melayari laman media sosial kami.

Facebook : https://www.facebook.com/MisiKemanusiaanKemboja

Instagram : https://www.instagram.com/misikembojaum






[LAWATAN MUHIBBAH]Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.14 Julai 2019 - Lawatan Muhibbah telah diadakan bagi menjala...
15/07/2019

[LAWATAN MUHIBBAH]

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

14 Julai 2019 - Lawatan Muhibbah telah diadakan bagi menjalankan saringan kesihatan yang berfokus kepada penduduk kampung yang tidak mempunyai kudrat untuk menghadiri pemeriksaan kesihatan yang dilaksanakan di Pusat Komuniti. Di samping itu, sedikit sumbangan turut diberikan.

Lawatan ini telah diketuai oleh Dr. Muhazmin, Pengarah Klinik Kesihatan, Universiti Malaya. Kami telah mengenal pasti beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi, sembelit dan radang sendi.

Diharapkan agar penduduk kampung dapat mendapatkan rawatan yang baik secepat mungkin.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh melayari laman media sosial kami.

Facebook : https://www.facebook.com/MisiKemanusiaanKemboja

Instagram : https://www.instagram.com/misikembojaum






[PENYEDIAAN MAKANAN UNTUK AHLI MISI]Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.Segala makanan sepanjang kami di Kemboja t...
13/07/2019

[PENYEDIAAN MAKANAN UNTUK AHLI MISI]

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Segala makanan sepanjang kami di Kemboja telah dimasak oleh sukarelawan sendiri mengikut jadual masakan yang telah disediakan.

Terima kasih diucapkan kepada sukarelawan yang bersama-sama memasak bagi memenuhi keperluan sukarelawan sepanjang misi ini berlangsung. Terima kasih juga kepada orang kampung kerana turut membantu dalam proses penyembihan kambing.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh melayari laman media sosial kami.

Facebook : https://www.facebook.com/MisiKemanusiaanKemboja

Instagram : https://www.instagram.com/misikembojaum






[PROJEK PEMBINAAN PAGAR, MENINGKATKAN KESELAMATAN TANAH WAKAF]Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.13 Julai 2019, k...
13/07/2019

[PROJEK PEMBINAAN PAGAR, MENINGKATKAN KESELAMATAN TANAH WAKAF]

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

13 Julai 2019, kami para sukarelawan bertungkus lumus memasang pagar dawai disekeliling tanah wakaf.

Dengan wujudnya aktiviti seperti ini dapat mengeratkan hubungan antara penduduk kampung dan para sukarelawan kerana atas bantuan penduduk kampung pagar dapat disiapkan dengan segera.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh melayari laman media sosial kami.

Facebook : https://www.facebook.com/MisiKemanusiaanKemboja

Instagram : https://www.instagram.com/misikembojaum






[PROJEK MURAL, MENCERIAKAN PERSEKITARAN PUSAT KOMUNITI]Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.Projek mural diteruskan...
11/07/2019

[PROJEK MURAL, MENCERIAKAN PERSEKITARAN PUSAT KOMUNITI]

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Projek mural diteruskan lagi dengan menambah hiasan bahagian belakang madrasah lelaki dengan membuat 'touch up' pada lakaran sebelum ini.

Madrasah akan menjadi lebih cantik dengan pelbagai gambar yang telah dilakarkan dan diwarnakan di dinding madrasah.

Pihak misi berharap agar usaha kecil melukis mural serta mencantikkan bahagian madrasah ini mampu menarik minat kanak-kanak supaya sentiasa bersemangat untuk datang belajar di madrasah.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh melayari laman media sosial kami.

Facebook : https://www.facebook.com/MisiKemanusiaanKemboja

Instagram : https://www.instagram.com/misikembojaum






[PENAMBAHBAIKAN TANDAS SURAU]Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.11 Julai 2019 - Misi meneruskan hari kelima denga...
11/07/2019

[PENAMBAHBAIKAN TANDAS SURAU]

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

11 Julai 2019 - Misi meneruskan hari kelima dengan aktiviti penambahbaikan tandas. Alhamdulillah ahli misi berjaya menutup dinding tandas dengan simen baru dalam waktu yang sama ahli misi berjaya membaiki paip-paip tandas yang bocor dan longgar. Terdapat beberapa cabaran dalam membaikpulih tandas tersebut seperti kekurangan alatan dan bahan dalam membaiki sistem paip dan juga dinding tandas. Dengan bantuan ahli misi yang lain, masalah yang timbul dapat diatasi dengan cekap dan sistematik.

Dengan pembaikpulih bangunan tandas ini, pelajar-pelajar madrasah toul toutueng dapat menggunakan tandas tersebut dengan selesa secara tidak langsung dapat mengurangkan pembaziran sumber air bersih dalam penggunaan harian. Kami berharap agar tandas ini dapat memberikan impak yang besar kepada madrasah di sini dan juga penduduk kampung.

Aktiviti ini dapat memberikan impak positif kepada semua ahli misi sekaligus dapat meningkatkan tahap kemahiran ahli misi dalam membaik pulih bangunan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh melayari laman media sosial kami.

Facebook : https://www.facebook.com/MisiKemanusiaanKemboja

Instagram : https://www.instagram.com/misikembojaum






Address

Unit Pengurusan Pelajar Luar Kampus Dan Kesukarelawanan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni, Universiti Malaya
Kuala Lumpur
50603

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60129741442

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Misi Kemanusiaan Antarabangsa Kemboja 2019 - Universiti Malaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Misi Kemanusiaan Antarabangsa Kemboja 2019 - Universiti Malaya:

Share