Bahagian Pendaftar UTM Kuala Lumpur

Call Directions Website Contact the university

Bahagian Pendaftar UTM Kuala Lumpur Bahagian Pendaftar, UTM Kuala Lumpur

🌿 PLOGGING @ KSJ UTMKL | LANGKAH KECIL, IMPAK BERMAKNASempena Hari Sungai & Tasik Sedunia, Jawatankuasa Pelestarian Baha...
26/09/2026

🌿 PLOGGING @ KSJ UTMKL | LANGKAH KECIL, IMPAK BERMAKNA

Sempena Hari Sungai & Tasik Sedunia, Jawatankuasa Pelestarian Bahagian Pendaftar Kuala Lumpur (BPKL) bersama Sesi Renungan Pagi (SRP) telah melaksanakan aktiviti Plogging @ KSJ UTMKL pada 25 September 2026 di sekitar Kolam Takungan Banjir Kolej Siswa Jaya, UTM Kuala Lumpur.

Aktiviti ini melibatkan penyertaan staf BPKL melalui aktiviti berjalan sambil mengutip sampah bagi memupuk kesedaran tentang kepentingan menjaga kebersihan persekitaran serta kelestarian sumber air.

Hasil aktiviti, sebanyak 2 plastik besar sampah berjaya dikumpulkan di sekitar kawasan kolam takungan banjir. 🗑️🌱

Inisiatif ini menyokong usaha mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), khususnya SDG 6 – Air Bersih dan Sanitasi, SDG 11 – Bandar dan Komuniti Mampan, SDG 14 – Hidupan di Bawah Air serta SDG 15 – Hidupan di Daratan.

💚 Langkah kecil hari ini, persekitaran lebih bersih untuk masa hadapan.

Tahniah dan syabas kepada para penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025 sempena Majlis Citra Karisma 20...
24/09/2026

Tahniah dan syabas kepada para penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025 sempena Majlis Citra Karisma 2026.
🏆✨

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan inspirasi kepada seluruh warga organisasi.

Kursus Looker Studio Magic – Bina Pelaporan Automatik Pantas Dalam Masa 1 telah berlangsung pada 3 Ogos 2026 (Isnin) ber...
22/09/2026

Kursus Looker Studio Magic – Bina Pelaporan Automatik Pantas Dalam Masa 1 telah berlangsung pada 3 Ogos 2026 (Isnin) bertempat di Makmal Komputer Cyberhub 1, UTM Kuala Lumpur.

Kursus ini merupakan intensif dan praktikal yang memberi pendedahan kepada peserta tentang penggunaan Looker Studio dalam membina dashboard serta laporan yang interaktif dan profesional. Peserta akan mempelajari cara menghubungkan sumber data seperti Google Sheets, mengurus dan memvisualisasikan data melalui KPI, carta, jadual serta penapis interaktif bagi menghasilkan maklumat yang lebih tersusun, jelas dan mudah difahami.

Melalui aktiviti hands-on, peserta akan dibimbing membina dashboard berdasarkan data sebenar atau situasi kerja serta mempelajari kaedah mengemas kini data dan laporan secara automatik. Kursus ini membantu peserta mengurangkan kebergantungan kepada penyediaan laporan secara manual, menjimatkan masa dan meningkatkan kecekapan pengurusan data. Pada akhir kursus, peserta mampu menghasilkan laporan yang lebih sistematik, interaktif dan mudah dikongsi bagi menyokong pemantauan prestasi serta proses membuat keputusan di tempat kerja.

Sukacita dimaklumkan bahawa, berikut merupakan staf baharu yang melapor diri di UTM Kuala Lumpur pada 21 September 2026....
21/09/2026

Sukacita dimaklumkan bahawa, berikut merupakan staf baharu yang melapor diri di UTM Kuala Lumpur pada 21 September 2026.

Selamat datang dan selamat bertugas diucapkan.

Kursus Asas Pelupusan Rekod Jabatan telah berlangsung selama dua hari pada 20 hingga 21 Julai 2026 bertempat di Bilik Il...
18/09/2026

Kursus Asas Pelupusan Rekod Jabatan telah berlangsung selama dua hari pada 20 hingga 21 Julai 2026 bertempat di Bilik Ilmuan 3, Anjung Menara Razak, UTM Kuala Lumpur. Seramai 46 orang peserta telah menghadiri kursus ini.

Kursus ini memberikan pendedahan dan pemahaman kepada peserta mengenai tatacara pengurusan serta pelupusan rekod secara sistematik, teratur dan mematuhi peraturan yang ditetapkan. Kursus ini menekankan kepentingan pengurusan rekod yang berkesan bagi memastikan rekod yang masih mempunyai nilai pentadbiran, perundangan, kewangan dan sejarah dipelihara dengan baik, manakala rekod yang telah tamat tempoh simpanannya dapat dilupuskan mengikut prosedur yang sewajarnya.

Melalui kursus ini, peserta memperoleh pengetahuan berkaitan proses mengenal pasti rekod, menentukan tempoh simpanan berdasarkan jadual pelupusan rekod, membuat penilaian serta melaksanakan pelupusan rekod yang telah mencapai tempoh simpanan. Secara keseluruhannya, kursus ini dapat meningkatkan kecekapan dan kemahiran peserta dalam mengurus rekod jabatan dengan lebih sistematik, selamat dan teratur, di samping membantu mengurangkan lambakan rekod serta memastikan pengurusan rekod dilaksanakan secara cekap dan berakauntabiliti.

Bahagian Pendaftar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada:- P...
17/09/2026

Bahagian Pendaftar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada:

- Puan Noor Hayati binti Abdullah
- Puan Latipah binti Samian
- Encik Shamrie bin Jamaludin
- Puan Nurul Safinaz binti Mohamad Kamal
- Encik Fadhilal Hazim bin Fakhrurazi

atas pelantikan ke jawatan Penolong Pegawai Sains (C5) yang berkuat kuasa mulai 26 Jun 2026.

Semoga kejayaan ini terus menjadi pemangkin untuk melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa akan datang.
Sekalung tahniah dan syabas!

🇲🇾 Selamat Hari Malaysia!Semoga kita terus bersatu dalam kepelbagaian, hidup dalam harmoni dan bersama membina Malaysia ...
16/09/2026

🇲🇾 Selamat Hari Malaysia!

Semoga kita terus bersatu dalam kepelbagaian, hidup dalam harmoni dan bersama membina Malaysia yang lebih maju. ❤️

Ikhlas daripada Bahagian Pendaftar UTM Kuala Lumpur

Kursus Asas Liaison Officer & Protokol Rasmi telah diadakan pada 8 Julai 2026 (Rabu) bertempat di Dewan Banquet, Menara ...
15/09/2026

Kursus Asas Liaison Officer & Protokol Rasmi telah diadakan pada 8 Julai 2026 (Rabu) bertempat di Dewan Banquet, Menara Razak, UTM Kuala Lumpur.

Kursus Asas Liaison Officer & Protokol Rasmi telah memberikan pendedahan berkaitan peranan dan tanggungjawab LO dalam mengurus tetamu kehormat serta pelaksanaan majlis rasmi mengikut tatacara dan protokol yang ditetapkan. Sepanjang kursus, peserta didedahkan kepada aspek komunikasi profesional, etika, pengurusan tetamu, susunan acara dan pengendalian majlis melalui sesi teori serta praktikal. Secara keseluruhannya, kursus ini telah meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan keyakinan peserta dalam melaksanakan tugas LO secara lebih teratur, cekap dan profesional, serta dapat diaplikasikan dalam pengurusan program dan majlis rasmi pada masa akan datang.

Program Membangun Personaliti Unggul (MPU) Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2026, UTM Kuala Lumpur anjuran Seksyen Pemb...
11/09/2026

Program Membangun Personaliti Unggul (MPU) Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2026, UTM Kuala Lumpur anjuran Seksyen Pembangunan Bakat, Bahagian Pendaftar UTM Kuala Lumpur yang telah dianjurkan pada 7 September 2026 dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif universiti dalam menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuhkan jati diri serta meningkatkan kesedaran warga universiti terhadap kepentingan memelihara keamanan, kedaulatan dan keharmonian negara.

Program ini turut menampilkan YBhg. Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, sebagai penceramah jemputan. Perkongsian beliau yang berasaskan pengalaman luas selama hampir 35 tahun dalam perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya dalam aspek keselamatan, penguatkuasaan undang-undang, pencegahan jenayah dan pemeliharaan ketenteraman awam, telah memberikan nilai tambah yang signifikan kepada program.

Melalui sesi perkongsian tersebut, para peserta telah didedahkan kepada pelbagai aspek berkaitan tanggungjawab mempertahankan keamanan, kepentingan integriti, semangat patriotisme, ancaman terhadap keselamatan negara serta peranan setiap individu dalam mengekalkan keharmonian masyarakat. Perkongsian pengalaman dan pandangan Tan Sri Ayob Khan turut memberikan perspektif yang lebih luas kepada warga UTM mengenai cabaran keselamatan yang dihadapi negara serta kepentingan membentuk masyarakat yang berilmu, berdisiplin dan bertanggungjawab.

Secara keseluruhannya, program telah mencapai objektif yang ditetapkan dan mendapat sambutan yang baik daripada warga universiti. Program ini berjaya meningkatkan kesedaran peserta terhadap nilai patriotisme dan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia, di samping mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan warga UTM.

Kursus Pengurusan Kaunter Hadapan - Etika Dan Profesionalisme telah diadakan pada 29 April 2026 (Rabu) bertempat di Bili...
11/09/2026

Kursus Pengurusan Kaunter Hadapan - Etika Dan Profesionalisme telah diadakan pada 29 April 2026 (Rabu) bertempat di Bilik Sakura, Aras 4, Bangunan MJIIT , Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur dan 30 April 2026 (Khamis) secara dalam talian ( google meet )

Sepanjang kursus ini, peserta bukan sahaja belajar cara menyapa pelanggan dengan mesra, malah mendalami keseluruhan aspek pengurusan barisan hadapan (frontline), antaranya:

- Komunikasi Berkesan & Bahasa Tubuh: Teknik menyampaikan maklumat dengan jelas, profesional, dan keyakinan tinggi.

- Pengurusan Emosi & Situasi Sukar: Kunci kekal tenang dan rasional semasa mengendalikan aduan atau pelanggan yang mencabar.

- Etika & Penampilan Diri: Menjaga imej diri dan organisasi demi memberikan tanggapan pertama (first impression) yang terbaik.

- Kecekapan Servis: Strategi mengurus aliran pelanggan di kaunter supaya urusan lebih pantas dan teratur.

Terima kasih kepada penceramah dan semua peserta atas perkongsian pengalaman yang cukup bermanfaat. Semoga ilmu yang ditimba ini dapat diterapkan terus di kaunter demi memberikan perkhidmatan yang cemerlang buat anda semua.

Address

Jalan Sultan Yahya Petra
Kuala Lumpur
54100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:30
14:30 - 17:00

Telephone

+601111881411

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Pendaftar UTM Kuala Lumpur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Bahagian Pendaftar UTM Kuala Lumpur:

Shortcuts

Share