ANR Youth Council

ANR Youth Council ANR Youth Council - Membina Ikon @ Mujaddid dalam kalangan masyarakat In order to achieve that, not less than 1 million is needed.

Yayasan ANR

Aficionado Nation Resources { ANR Development Group } is a registered company under aims of making it to be a foundation at the end of its establishment. Apart from the contribution to the society through the foundation, we aim to train and develop our members to become an icon or mujaddid in their respective society or state. Besides, ANR also put a target to build a education centre

, Institute Intelectual Professional Muslim (IIPM), centre of knowledge tahfiz shool and kindergarten in the future based on their understanding about the concept of education. The development process is impovised and emphasised in every 5 years according to their 5 years planning project. Under ANR Development Group, we provide several platform for our members based on their expertises and superiorities which are economic affairs (A&R service), Attlaz group (Quranic and Education group), ANR Training and Consultancy team, Legal Agreement Team, Medic Group, Anwar production and Human Resources Building. Due to the massive improvement and development needed in achieving our goals, funds are really needed especially for the training process. Each member is given an intensive and comprehensive training to fulfill the needs of the community, as our prophet had once said about mujaddid of the ummah.

SIRI 1: AT-TA’-ALLIM Ustaz Syaari Abd Rahman
17/02/2019

SIRI 1: AT-TA’-ALLIM

Ustaz Syaari Abd Rahman


ANR Youth Council dengan kerjasama Tadabbur Centre ⚡dan MRC Salahuddin membawakan:SIRI 1: AT-TA'ALLUM ✨di bawah Projek A...
06/02/2019

ANR Youth Council dengan kerjasama Tadabbur Centre ⚡dan MRC Salahuddin membawakan:

SIRI 1: AT-TA'ALLUM ✨
di bawah Projek ATTLAZ (At-ta'allum Wa At-ta'alim Lil Quranil Azim).

🔺Tarikh: 17 Februari 2019 (Ahad)

🔺Masa: 8.30 am -6.00 pm

🔺Tempat:
Multipurpose Hall, Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM Gombak

🔺Tenaga Pengajar:
1. Ustaz Muhamad Syaari Ab Rahman
(Pengarah Urusan Paradigma Ibrah Sdn. Bhd.)
2. Ustaz Syahmi Syazeril Azmi
(CEO & Felo Pendidik Tadabbur Centre Sdn. Bhd.)

🔸Apa yang menarik mengenai sesi At-Ta'allum ini?

Anda akan dapat :
👉🏻 Mempelajari teknik-teknik mentadabbur Al-Quran secara teori.
👉🏻Menjalani latihan praktikal untuk mengaplikasi teknik tadabbur yang telah dipelajari.

🔸Terbuka kepada semua mahasiswa.
🔸Penyertaan terhad kepada 50 orang sahaja.
🔸Yuran: RM 10.00 sahaja (termasuk makanan tengah hari dan modul)

Ayuh daftar sekarang di pautan berikut:
https://bit.ly/2Toyixo

📍 *Bayaran yuran boleh dibuat secara online ke akaun:
ANR CENTRE SOLUTIONS
110381002264
(Bank Rakyat)

📍Kemudian, sila sahkan pendaftaran anda dengan menghantar bukti pembayaran kepada Sis Munirah (http://wasap.my/+6018-2025098).

📍Jika ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi:
▪Bro Hafiz:
http://wasap.my/+6019-5005826
▪Sis Munirah :
http://wasap.my/+6018-2025098

Jumpa anda di sana!
"Generasi Ulul Albab, Pemelihara Al-Quran".

08/05/2017

*5 Perkara Yang Perlu Dilakukan*

Terdapat satu riwayat yang sanadnya terputus dan perawinya ada yang lemah, dan para ulama membahaskan sama ada ia dhaif atau hasan. Riwayat itu berbunyi:

اتَّقِ الْمَحَارِمَ تَكُنْ أَعْبَدَ النَّاسِ
Bertaqwalah daripada perkara-perkara yang haram, engkau akan menjadi manusia yang paling kuat beribadah.

وَارْضَ بِمَا قَسَمَ اللَّهُ لَكَ تَكُنْ أَغْنَى النَّاسِ
Redhalah dengan apa yang Allah bahagikan kepada mu, engkau akan menjadi manusia yang paling kaya.

وَأَحْسِنْ إِلَى جَارِكَ تَكُنْ مُؤْمِنًا
Berbuat baiklah kepada jiran kamu, kamu akan menjadi orang beriman.

وَأَحِبَّ لِلنَّاسِ مَا تُحِبُّ لِنَفْسِكَ تَكُنْ مُسْلِمًا
Cintailah untuk manusia apa yang engkau cintai kepada diri mu, engkau akan menjadi muslim.

وَلاَ تُكْثِرِ الضَّحِكَ فَإِنَّ كَثْرَةَ الضَّحِكِ تُمِيتُ الْقَلْبَ
Janganlah engkau membanyakkan ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa itu mematikan hati.

[Jami' at-Tirmizi, Kitab az-Zuhud, no: 2305.
Imam at-Tirmizi berkata: Gharib. Kami tidak tahu tentang riwayat ini kecuali daripada hadis Ja'far bin Sulaiman. Al-Hasan p**a beliau tidak mendengar sesuatu pun daripada Abu Hurairah. Beginilah yang diriwayatkan daripada Ayyub, Yunus bin 'Ubaid dan 'Aliy bin Zaid. Mereka berkata Al-Hasan tidak mendengar daripada Abu Hurairah. Abu 'Ubaidah an-Najiy meriwayatkan daripada Al-Hasan riwayat ini sebagai kata-kata Al-Hasan sendiri, dan tidak disebutkan daripada Abu Hurairah daripada Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam]


27/04/2017

*APAKAH ITU KEMANISAN IMAN?*

عَنْ أَنَسٍ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏
Daripada Anas radiallahu 'anhu, Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلاَوَةَ الإِيمَانِ
Tiga perkara yang sesiapa memilikinya maka dia telah memperolehi kemanisan iman iaitu:

أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا،
1- Allah dan rasulNya lebih dia cintai daripada selain keduanya.

وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ لِلَّهِ،
2- Dia mencintai seseorang, dan tidaklah dia mencintainya kecuali kerana Allah.

وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ ‏"‏‏.‏
3- Dia membenci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dia membenci untuk dilontar ke dalam api.
[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Iman, no: 16].

Ketiga-tiga perkara ini adalah hasil daripada keimanan, sebagaimana sebuah pokok yang subur yang menghasilkan buah yang manis, maka begitulah keimanan yang benar akan menghasilkan tiga perkara ini.


24/04/2017

*JIKA KALIAN TAHU DOSA-DOSA KU...*

'Abdullah bin Mas'ud radiallahu 'anhu berkata:

لَوْ تَعْلَمُونَ ذُنُوبِي مَا وَطِئَ عَقِبِي رَجُلاَنِ ،
Seandainya kalian mengetahui tentang dosa-dosa ku, tidak akan ada dua orang yang mahu berjalan di belakang ku.

وَلَحَثَيْتُمْ عَلَى رَأْسِي التُّرَابَ
Pasti kalian akan menaburkan tanah di atas kepala ku.

وَلَوَدِدْتُ أَنَّ اللَّهَ غَفَرَ لِي ذَنْبًا مِنْ ذُنُوبِي ،.
Aku sangat berharap agar Allah mengampuni satu dosa daripada dosa-dosa ku.

وَإِنِّي دُعِيتُ عَبْدَ اللهِ بْنَ رَوْثَةَ
dan aku dipanggil 'Abdullah bin Kotoran.

[Al-Mustadrak, Kitab Ma'rifah al-Sahabah, no: 5382].

Tahukah kita siapakah 'Abdullah bin Mas'ud yang menyatakan perkataan di atas?

Beliaulah insan yang pernah Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam sebutkan:

وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ ، لَهُمَا أَثْقَلُ فِي الْمِيزَانِ مِنْ أُحُدٍ.
Demi Tuhan yang diri ku berada di TanganNya! Sesungguhnya kedua betis itu (iaitu betis 'Abdullah bin Mas'ud) lebih berat pada timbangan Al-Mizan berbanding gunung Uhud. [Musnad Ahmad, Musnad Abdullah bin Mas'ud, no: 3991, Shaikh al-Arnaouth berkata: Sahih Lighairihi].

Jika inilah perkataan 'Abdullah bin Mas'ud kepada dirinya, bagaimana p**a dengan diri kita?

Oleh kerana itu ulama salaf mengajar kita untuk berdoa memohon ampun daripada Allah di atas pujian manusia kepada diri kita.

Imam Al-Awzaie’ berkata:

إِذَا أَثْنَى رَجُلٌ عَلَى رَجُلٍ فِي وَجْهِهِ، فَلْيَقُلِ:
Apabila seseorang memuji orang secara berhadapan, hendakah (yang dipuji berkata):

اللهُمَّ أَنْتَ أَعْلَمُ بِي مِنْ نَفْسِي، وَأَنَا أَعْلَمُ بِنَفْسِي مِنَ النَّاسِ، اللهُمَّ لَا تُؤَاخِذْنِي بِمَا يَقُولُونَ، وَاغْفِرْ لِي مَا لَا يَعْلَمُونَ "
Ya Allah. Engkau lebih mengetahui diri ini daripada diri ku sendiri. Aku p**a lebih mengenali diri aku daripada manusia lain. Ya Allah, jangan kau hukum aku atas apa yang mereka katakan. Ampuni aku atas apa yang mereka tidak tahu. [Syu’ab al-Iman, Bab Hifz al-Lisan, no: 4533]


HUNUSLAH PEDANG ITU BIAR SAMPAI TEPAT PADA SASARANNYABukankah Allah berfirman:وَقَالَ رَبُّكُم ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُ...
23/04/2017

HUNUSLAH PEDANG ITU BIAR SAMPAI TEPAT PADA SASARANNYA

Bukankah Allah berfirman:

وَقَالَ رَبُّكُم ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ
Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri daripada menyembah Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan yang hina [Ghafir 40: 60]
Akan tetapi, kenapa sebahagian daripada kita lelah berdoa, tetapi masih tidak mendatangkan hasil. Renungilah kata-kata di bawah yang dinukilkan oleh Al-Imam Ibn Al-Qayyim di dalam Al-Jawab Al-Kafi;

وَالْأَدْعِيَةُ وَالتَّعَوُّذَاتُ بِمَنْزِلَةِ السِّلَاحِ ،
Doa dan memohon perlindungan Allah itu umpama pedang.

وَالسِّلَاحُ بِضَارِبِهِ ، لَا بِحَدِّهِ فَقَطْ ،
Pedang bergantung kepada orang yang menghunusnya, bukan sekadar kepada ketajaman bilahnya.

فَمَتَى كَانَ السِّلَاحُ سِلَاحًا تَامًّا لَا آفَةَ بِهِ ،
Apabila pedang itu pedang yang sempurna tanpa kecacatan.

وَالسَّاعِدُ سَاعِدُ قَوِيٍّ
Lengan yang memegangnya p**a lengan yang kuat.

وَالْمَانِعُ مَفْقُودٌ؛ ،
Tiada p**a perkara yang menghalang.

حَصَلَتْ بِهِ النِّكَايَةُ فِي الْعَدُوِّ
Maka pedang itu berhasil mencederakan musuhnya.

وَمَتَى تَخَلَّفَ وَاحِدٌ مِنْ هَذِهِ الثَّلَاثَةِ تَخَلَّفَ التَّأْثِيرُ ،
Apabila hilang salah satu daripada tiga perkara ini, maka hilanglah keberkesanan senjata itu.

فَإِنْ كَانَ الدُّعَاءُ فِي نَفْسِهِ غَيْرَ صَالِحٍ ،
Begitu jugalah doa seandainya doa itu sendiri doa yang tidak elok.

أَوِ الدَّاعِي لَمْ يَجْمَعْ بَيْنَ قَلْبِهِ وَلِسَانِهِ فِي الدُّعَاءِ ،
Atau orang yang berdoa itu tidak menggabungkan hati dan lisannya ketika berdoa.

أَوْ كَانَ ثَمَّ مَانِعٌ مِنَ الْإِجَابَةِ ، لَمْ يَحْصُلِ الْأَثَرُ
Atau apabila terdapat penghalang daripada terkabulnya doa, maka kesan doa itu tidak diperolehi.
Apakah perkara yang menyebabkan doa menjadi tidak berkesan umpama pedang yang tumpul?
Jawapannya pada hadis di bawah;

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ اللَّهَ طَيِّبٌ لَا يَقْبَلُ إِلَّا طَيِّبًا ،
Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Allah itu Baik, dan tidak menerima kecuali sesuatu yang baik jua.

وَإِنَّ اللَّهَ أَمَرَ الْمُؤْمِنِينَ بِمَا أَمَرَ بِهِ الْمُرْسَلِينَ ، فَقَالَ : يَأَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا إِنِّي بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ سورة المؤمنون آية 51 ،
Sesungguhnya Allah menyuruh orang beriman dengan apa yang pernah disuruh kepada para rasul. Allah berfirman: Wahai para rasul. Makanlah daripada makanan yang baik-baik. Lakukanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kalian lakukan. [Al-Mukminun: 51].

وَقَالَ : يَأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ سورة البقرة آية 172 ،
Firman Allah lagi: Wahai orang beriman, makanlah daripada makanan yang baik yang telah kami kurniakan kepada kalian. [Al-Baqarah : 172]

ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ ، يَمُدُّ يَدَيْهِ إِلَى السَّمَاءِ يَا رَبِّ يَا رَبِّ ،
Kemudian baginda menyebutkan tentang seorang lelaki yang bermusafir jauh. Keadaanya kusut masai dan diselaputi debu. Dia menadah tangannya ke langit dan menyebut ‘ Wahai tuhan, wahai Tuhan’,

وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ " .
sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram. Lalu bagaimana mahu diterima (doanya) disebabkan keadaannya itu?
[Sahih Muslim, Kitab az-Zakat, hadis no: 1015]


23/04/2017

*Tips doa mustajab: Bersangka Baik Dengan Allah*

عَنْ جَابِرٍ، قَالَ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَبْلَ وَفَاتِهِ بِثَلاَثٍ يَقُولُ
Jabir radiallahu ‘anhu berkata: Aku mendengar Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda pada tiga hari sebelum kewafatannya:

لاَ يَمُوتَنَّ أَحَدُكُمْ
Janganlah salah seorang daripada kalian mati

إِلاَّ وَهُوَ يُحْسِنُ بِاللَّهِ الظَّنَّ
kecuali dalam keadaan dia bersangka baik dengan Allah. [Sahih Muslim, Kitab al-Jannah, hadis no: 2877]

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم
Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

إِنَّ اللَّهَ يَقُولُ أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي
Sesungguhnya Allah berkata: Aku berada pada persangkaan hamba Ku terhadap Ku.

وَأَنَا مَعَهُ إِذَا دَعَانِي .
Aku bersamanya tatkala dia berdoa kepada Ku. [Sahih Muslim, Kitab ad-Dzikr wa ad-Dua’ wa at-Taubah wa al-Istighfar, hadis no: 2675]

Bersangka baik dengan Allah merupakan antara ciri-ciri manusia yang doanya mustajab.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ
Abu Hurairah radiallahu ‘anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

: " يُسْتَجَابُ لِأَحَدِكُمْ مَا لَمْ يَعْجَلْ يَقُولُ
Akan dijawab doa salah seorang daripada kalian selagi mana dia tidak tergesa-gesa, iaitu dengan berkata:

: دَعَوْتُ فَلَمْ يُسْتَجَبْ لِي
Aku telah berdoa, tetapi tidak dimakbulkan. [Sahih al-Bukhari, Kitab ad-Da’awat, hadis no: 6340]

*Mahukah kita menyempurnakan iman kita?* عَنْ أَنَسٍ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏ ‏Daripada Anas radialla...
20/04/2017

*Mahukah kita menyempurnakan iman kita?*

عَنْ أَنَسٍ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏ ‏
Daripada Anas radiallahu 'anhu, Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

‏ لا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ ‏‏
Tidak (sempurna) iman seseorang sehingga dia mencintai untuk saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya sendiri.

[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Iman, hadis no: 13].

Hendaklah kita mencintai untuk saudara kita apa yang kita cintai untuk diri kita sendiri.

Kita s**a pahala, mahu masuk syurga, maka hendaklah kita turut menyukai agar saudara kita dapat masuk ke syurga jua.

Jangan sampai kita s**a tatkala saudara kita ditimpa musibah atau aib dan dosanya terbongkar. Ini kerana itu adalah petanda kecacatan iman kita.

Dalam sebuah riwayat dhaif disebutkan:

لاَ تُظْهِرِ الشَّمَاتَةَ لأَخِيكَ فَيَرْحَمُهُ اللَّهُ وَيَبْتَلِيكَ
Jangan kau zahirkan kegembiraan di atas keburukan yang menimpa saudara engkau. Nanti Allah akan merahmatinya dan menguji engkau.
[Jami' at-Tirmizi, no: 2506]


Kekayaan yang hilng dapat dikejar kembali dengan kerajinan dan jimat cermat, kesihatan yang  hilang dapat direbut kembal...
19/04/2017

Kekayaan yang hilng dapat dikejar kembali dengan kerajinan dan jimat cermat, kesihatan yang hilang dapat direbut kembali dengan ubat ubatan. Akan tetapi waktu yang hilang pasti tidak akan kembali.

16/04/2017

*Ilmu Tidak Diperolehi Dengan Kerehatan*

Al-Imam Muslim rahimahullah berkata:

حدثنا يحيى بن يحيى التميمي قال أخبرنا عبد الله بن يحيى بن أبي كثير قال سمعت أبي يقول لا يستطاع العلم براحة الجسم

Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Yahya al-Tamimi, katanya telah mengkhabarkan kepada kami Abdullah bin Yahya bin Abi Kathir, katanya aku telah mendengar bapaku (Yahya bin Abi Kathir) berkata: "Ilmu tidak akan dicapai dengan kerehatan jasmani".

Para ulama mempersoalkan mengapa Imam Muslim rh membawa kata-kata Yahya bin Abi Kathir dalam kitab Sahihnya dan kenapa kata-kata Yahya ini diselitkan oleh Imam Muslim rh dalam hadis-hadis berkaitan waktu solat.

Menurut al-Qadi Iyad, sebahagian ulama mengandaikan bahawa Imam Muslim merasa takjub dengan keindahan jalur riwayat hadis Abdullah bin Amru (hadis yg dinyatakan sebelum kata-kata Yahya dlm kitab Sahih Muslim) di samping banyak faedah serta rumusan objektif dan hukum hakam drp hadis tersebut. Barangkali apabila beliau (Imam Muslim) melihat hal tersebut, beliau mahu memberi peringatan bahawa peringkat dan perasaan yg dikecapi tidak akan dicapai kecuali dengan usaha dan kepenatan demi mendapatkan ilmu. (Sila rujuk Sharh Sahih Muslim li al-Nawawi)

Beginilah kesungguhan para ulama dalam menuntut ilmu sehingga mereka dapat merasai kenikmatan dan keindahan ilmu selepas berpenat lelah dalam usaha mencarinya. Seorang pelajar hendaklah memahami keperitan ini tidak kira di mana mereka belajar sama ada di sekolah, kolej, universiti, pondok dan masjid-masjid.

*Berdoalah agar kita menjadi contoh baik yang diikuti manusia*Antara ciri 'Ibadurrahman adalah mereka berdoa dengan doa ...
14/04/2017

*Berdoalah agar kita menjadi contoh baik yang diikuti manusia*

Antara ciri 'Ibadurrahman adalah mereka berdoa dengan doa berikut:

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Wahai tuhan kami, kurniakan kepada kami pasangan-pasangan kami dan zuriat-zuriat kami yang menjadi penyejuk mata, dan jadikanlah kami IMAM kepada orang-orang bertaqwa. [Lihat Surah al-Furqan : 74].

Doa ini mengandungi permintaan:

1- Dikurniakan pasangan dan keturunan yang menjadi 'penyejuk mata'. Dalam Tafsir Ibnu Kathir dinukilkan bahawa maksud 'penyejuk mata' ialah orang-orang yang taat beribadah kepada Allah.

2- Permintaan menjadi IMAM kepada orang bertaqwa p**a bermaksud kita memohon agar kita menjadi pendakwah dan contoh ikutan yang baik untuk orang lain melakukan kebaikan.

Ini menunjukkan bahawa kita tidak cukup sekadar menjadi seorang yang baik, bahkan kita mesti berusaha agar kita menjadi pendakwah dan contoh ikutan mengajak manusia kepada Allah.

Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

مَنْ سَنَّ في الإسلامِ سنَّةً حَسَنَةً فَلَهُ أجْرُهَا، وَأجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا بَعْدَهُ،مِنْ غَيرِ أنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُورهمْ شَيءٌ،وَمَنْ سَنَّ في الإسْلامِ سُنَّةً سَيِّئَةً كَانَ عَلَيهِ وِزْرُهَا ، وَوِزْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا مِنْ بَعْدِهِ ، مِنْ غَيرِ أنْ يَنْقُصَ مِنْ أوْزَارِهمْ شَيءٌ
Sesiapa yang melakukan di dalam Islam satu perkara yang baik, maka baginya pahala untuk amalan itu dan pahala orang yang beramal dengannya selepas itu tanpa mengurangkan pahala mereka sedikit pun. Sesiapa yang melakukan di dalam Islam satu perkara yang buruk, maka dia menanggung dosa perbuatan itu dan dosa mereka yang beramal dengannya selepas itu tanpa mengurangkan dosa sedikit pun. [Sahih Muslim].

Semoga kita sentiasa berusaha membawa kebaikan kepada masyarakat.

11/04/2017

Just now Dr. Ibrahim Nuhu explained that there are two types of believer, two types of kafir, and two types of hypocrite.

Believer- Al-Saabiqun and Al-Abrar
Disbeliever- Caller and Follower
Hypocrite- Pure and non-pure

Let's read what Al-Imam Ibn Kathir mentioned in his tafseer:

Types of Believers and Types of Disbelievers

Consequently, there are several types of people. There are the believers whom the first four Ayat (2:2-5) in Surat Al-Baqarah describe. There are the disbelievers who were described in the next two Ayat. And there are two categories of hypocrites: the complete hypocrites who were mentioned in the parable of the fire, and the hesitant hypocrites, whose light of faith is sometimes lit and sometimes extinguished. The parable of the rain was revealed about this category, which is not as evil as the first category.

This is similar to the parables that were given in Surat An-Nur (chapter 24). Like the example of the believer and the faith that Allah put in his heart, compared to a brightly illuminated lamp, just like a rising star. This is the believer, whose heart is built on faith and receiving its support from the divine legislation that was revealed to it, without any impurities or imperfections, as we will come to know, Allah willing.

Allah gave a parable of the disbelievers who think that they have something, while in reality they have nothing; such people are those who have compounded ignorance. Allah said,

﴿وَالَّذِينَ كَفَرُواْ أَعْمَـلُهُمْ كَسَرَابٍ بِقِيعَةٍ يَحْسَبُهُ الظَّمْآنُ مَآءً حَتَّى إِذَا جَآءَهُ لَمْ يَجِدْهُ شَيْئاً﴾

(As for those who disbelieved, their deeds are like a mirage in a desert. The thirsty one thinks it to be water, until he comes up to it, he finds it to be nothing) (24:39).

Allah then gave the example of ignorant disbelievers, simple in their ignorance. He said;

﴿أَوْ كَظُلُمَـتٍ فِى بَحْرٍ لُّجِّىٍّ يَغْشَـهُ مَوْجٌ مِّن فَوْقِهِ مَوْجٌ مِّن فَوْقِهِ سَحَابٌ ظُلُمَـتٌ بَعْضُهَا فَوْقَ بَعْضٍ إِذَآ أَخْرَجَ يَدَهُ لَمْ يَكَدْ يَرَاهَا وَمَن لَّمْ يَجْعَلِ اللَّهُ لَهُ نُوراً فَمَا لَهُ مِن نُورٍ ﴾

(Or (the state of a disbeliever) is like the darkness in a vast deep sea, overwhelmed by waves, topped by dark clouds, (layers of) darkness upon darkness: if a man stretches out his hand, he can hardly see it! And he for whom Allah has not appointed light, for him there is no light) (24:40).

Therefore, Allah divided the camp of the disbelievers into two groups, advocates and followers. Allah mentioned these two groups in the beginning of Surat Al-Hajj,

﴿وَمِنَ النَّاسِ مَن يُجَـدِلُ فِى اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَيَتَّبِعُ كُلَّ شَيْطَـنٍ مَّرِيدٍ ﴾

(And among mankind is he who disputes about Allah, without knowledge, and follows every rebellious (disobedient to Allah) Shaytan (devil) (devoid of every kind of good)) (22:3), and,

﴿ومِنَ النَّاسِ مَن يُجَـدِلُ فِى اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَلاَ هُدًى وَلاَ كِتَـبٍ مُّنِيرٍ ﴾

(And among men is he who disputes about Allah, without knowledge or guidance, or a Book giving light (from Allah)) (22:8).

Furthermore, Allah has divided the group of the believers in the beginning of Surat Al-Waqi`ah (56) and at the end. He also divided them in Surat Al-Insan (76) into two groups, the Sabiqun (those who preceded), they are the "near ones" (Muqaribun) and Ashab Al-Yamin (the companions of the right), and they are righteous (Abrar).

In summary, these Ayat divide the believers into two categories, the near ones and righteous. Also, the disbelievers are of two types, advocates and followers. In addition, the hypocrites are divided into two types, pure hypocrites and those who have some hypocrisy in them. The Two Sahihs record that `Abdullah bin `Amr said that the Prophet said,

«ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ كَانَ مُنَافِقًا خَالِصًا، وَمَنْ كَانَتْ فِيهِ وَاحِدَةٌ مِنْهُنَّ كَانَتْ فِيهِ خَصْلَةٌ مِنَ النِّفَاقِ حَتَّى يَدَعَهَا: مَنْ إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ، وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ، وَإِذَا ائْتُمِنَ خَان»

(Whoever has the following three (characteristics) will be a pure hypocrite, and whoever has one of the following three characteristics will have one characteristic of hypocrisy, unless and until he gives it up. Whenever he speaks, he tells a lie. Whenever he makes a covenant, he proves treacherous. Whenever he is entrusted, he breaches the trust)

Hence, man might have both a part of faith and a part of hypocrisy, whether in deed, as this Hadith stip**ates, or in the creed, as the Ayah (2:20) stip**ates.


Address

Kuala Lumpur
53100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ANR Youth Council posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to ANR Youth Council:

Share