23/11/2023
KESAN GEJALA MAT REMPIT
Disediakan Oleh:
Nama: Mohd. Zulnurain Bin Hossen
No Matrik: 295824
Daripada hasil pemerhatian kajian, Mat Rempit merupakan satu gejala sosial dilihat mampu memberi kesan yang negatif terhadap masa depan individu, sosial masyarakat dan ekonomi negara.
Hasil kajian menunjukkan, mereka yang terjerumus dalam gejala Mat Rempit akan menyebab berlakunya perubahan tingkah laku, keruntuhan moral atau akhlak. Selain itu, wujudnya pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan, hilangnya sifat beradab atau malu, seks bebas dan lain-lain. Akibat dari aktivit Mat Rempit menyebab berlakunya peningkatan kemalangan jalan raya. Kesan kepada kesihatan, mengidap penyakit siplis, HIV dan penyakit berjangkit yang lain. Faktor kewangan juga, menyebabkan mereka terlibat dalam aktiviti jenayah seperti merogol, bergaduh, merompak, samun dan mencuri motorsikal. Dari kes jenayah yang mereka pernah lakukan, menyebabkan nama mereka tersenarai hitam dalam sistem kesalahan undang-undang polis yang menjadi halangan besar untuk mendapatkan pekerjaan.
Seterusnya, kesan dari gejala Mat Rempit turut menyebabkan masalah terhadap ketidakselesaan dalam masyarakat disebabkan oleh aktiviti Mat Rempit yang menganggu ketenteraman awam. Meningkatkan tahap stress, kebimbangan, dan ketidakselesaan dalam masyarakat. Wujudnya keresahan di kalangan masyarakat, berasa tidak selamat atau bimbang dengan kehadiran mereka. Mengurangkan kualiti hidup penduduk tempatan. Selain itu, menyebabkan sumber pendapatan masyarakat yang bergantung dengan hasil perniagaan akan terjejas akibat gangguan dari Mat Rempit.
Akhir sekali, gejala Mat Rempit mempunyai kesan yang luas terhadap ekonomi negara yang sedang membangun. Menyumbang kepada peningkatan perbelanjaan negara disebabkan kenaikan kos rawatan perubatan, kos pemulihan akibat kemalangan dan terpaksa menanggung kerugian kerosakan kemudahan awam. Kawasan yang menjadi tarikan akan menjadi kawasan yang kurang menarik disebabkan kehadiran Mat Rempit yang melakukan kekacauan. Sekali gus, menyebabkan penurunan sumber pendapatan yang diperoleh daripada sektor pelancongan. Memberi kesan kepada imej negara dalam kalangan pelabur asing seterusnya mempengaruhi keyakinan pelabur dan kredibiliti ekonomi negara.