11/06/2026
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
YBhg. Dato'/Datuk/Prof./Prof. Madya/Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya, warga Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya menjemput para pensyarah, penyelidik, pelajar, alumni serta orang ramai untuk menghadiri Syarahan Perdana yang akan disampaikan oleh:
Profesor Dr. Abdul Karim bin Ali
Jabatan Fiqh-Usul dan Sains Gunaan
Tajuk Syarahan:
“Harimau Mati Meninggalkan Belang, Manusia Mati Meninggalkan Nama: Sebuah Legasi Imam Shafi‘i, Interaksi Multi Dimensi dan Aplikasi Kontemporari”
📅 Tarikh: 12 Jun 2026 (Jumaat)
🕝 Masa: 2.30 petang - 5.00 petang
📍 Tempat: Balai Ilmu Mahmood Zuhdi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
Syarahan ini akan membawa para hadirin menelusuri dimensi legasi keilmuan Imam Shafi‘i serta relevansinya dalam konteks semasa melalui wacana ilmiah yang mendalam dan berimpak.
📌 Kehadiran warga universiti, pelajar dan masyarakat amat dialu-alukan.
📲 Imbas kod QR pada poster untuk pengesahan kehadiran.
Ayuh bersama memeriahkan medan ilmu dan mengambil manfaat daripada perkongsian tokoh akademik yang berwibawa.
SEMUA DIJEMPUT HADIR