Penghayatan Etika & Peradaban - Oktober 2023

Penghayatan Etika & Peradaban - Oktober 2023 Laman ini diwujudkan atas keperluan tugasan kursus Penghayatan Etika & Peradaban - MPU1013 Oktober 23

Nama: Mohd Hasli Bin AliasNo. Matrik: 295810Tajuk: Penderaan Mental - Keluarga Toksik.Salah satu ciri keluarga menjadi t...
15/12/2023

Nama: Mohd Hasli Bin Alias
No. Matrik: 295810
Tajuk: Penderaan Mental - Keluarga Toksik.

Salah satu ciri keluarga menjadi toksik ialah apabila mereka memanipulasi ahlinya untuk membuatkan mereka rasa serba salah dan mengkritik hingga membuatkan ahli keluarga yang lain merasa rendah diri.

Public Health Care (PHC) dalam satu kenyataan berkata, selain itu, keluarga yang s**a membanding-bandingkan juga merupakan tanda-tanda toksik.

“Lebih toksik apabila ada yang enggan mengakui kesilapan dan mengatakan anda sebagai beban kewangan,” katanya sempena bulan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023.

Menurut PHC, keluarga yang s**a merendahkan atau memalukan serta memberi penderaan fizikal, mental dan emosi turut menjadi penyumbang ciri-ciri tersebut.

Bagaimanapun, boleh jadi ahli keluarga tidak sedar mereka sedang berkelakuan toksik dan penulis mencadangkan untuk berbincang terlebih dahulu dengan keluarga mengenai hal ini.

PHC turut memberi cadangan mencari seseorang yang dipercayai untuk meluahkan perasaan jika memerlukan bantuan sokongan.

Nama: mohd mohzi bin mohammad norNo.Metrik: 296476Tajuk: penderaan fizikal kanak-kanakPenderaan fizikal merujuk kepada s...
15/12/2023

Nama: mohd mohzi bin mohammad nor
No.Metrik: 296476
Tajuk: penderaan fizikal kanak-kanak

Penderaan fizikal merujuk kepada sebarang perbuatan yang disengajakan untuk menyebabkan kecederaan atau trauma kepada seseorang melalui perhubungan badan . Penderaan fizikal kanak-kanak, juga dikenali sebagai kecederaan tidak sengaja atau dipukul/dera, berlaku apabila kanak-kanak mengalami kecederaan akibat tindakan fizikal yang disengajakan .
Penderaan fizikal boleh memberikan kesan negatif terhadap mangsa seperti luka-luka badan, kesakitan emosi dan mental, serta masalah kesihatan jangka panjang . Ini adalah satu bentuk penderaan yang serius dan memerlukan tindakan segera untuk melindungi mangsa dan membantu mereka mendapatkan bantuan yang diperlukan.Sekiranya anda atau sesiapa yang anda kenal mengalami penderaan fizikal, adalah penting untuk mencari bantuan daripada pihak berkuasa seperti polis atau agensi perlindungan kanak-kanak. Terdapat juga organisasi dan pusat bantuan tempatan yang boleh memberikan sokongan dan nasihat dalam situasi ini.
Terdapat beberapa undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan isu ini.Salah satu undang-undang yang adalah Akta Kanak-Kanak 2001. Seksyen 4 dalam akta ini menyatakan bahawa seseorang ibu, bapa, penjaga, atau orang lain yang bertanggungan di sisi undang-undang untuk menyara seorang kanak-kanak hendaklah disifatkan telah melakukan penderaan jika mereka secara fizikal atau mental menyebabkan kecederaan atau kesengsaraan kepada kanak-kanak tersebut. Mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, pesalah kes penderaan kanak-kanak tidak dikenakan hukuman sebatan. Sebaliknya, hukuman yang diperuntukkan adalah hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Nama:Nur Azam JamaludinNo matrik:295880Tajuk:Penderaan Emosi “Malapetaka Senyap”Secara umumnya masyarakat akan lebih mem...
28/11/2023

Nama:Nur Azam Jamaludin
No matrik:295880
Tajuk:Penderaan Emosi “Malapetaka Senyap”

Secara umumnya masyarakat akan lebih memberi perhatian terhadap penderaan fizikal berbanding penderaan emosi.Masyarakat melihat penderaan emosi sebagai satu bentuk penderaan yang berbeza daripada penderaan fizikal.Hal ini kerana penderaan emosi tidak dapat dillihat daripada pandangan kasar berbanding penderaan fizikal.Penderaan fizkikal mudah terlihat dengan kesan dan tanda seperti luka,lebam,patah dan sebaginya jika dibandingkan dengan penderaan emosi.Namun,keadaan ini tidak berlaku dalam kebanyakan kes yang melibatkan penderaan emosi dan menjadikan ia amat s**ar dikenalpasti serta diadili.Walhal kes penderaan emosi lebih banyak berlaku berbanding penderaan fizikal pada masa kini.Stigma seperti ini menyukarkan kes penderaan dibendung serta tiada jaminan bahawa penderaan emosi dapat dicegah.

Secara ketara, penderaan emosi boleh berlaku akibat dari perbuatan seperti mengejek dengan nama panggilan yang tidak elok, menghina keperibadian dan maruah, mendatangkan ancaman, kritikan menghina secara keterlaluan, sindiran yang mengaibkan, ungkapan kasar dan kata-kata yang menyakitkan, meletakkan tuduhan palsu dan pembulian emosi, serta lain-lain, yang akan mendatangkan kecederaan emosi dan kehilangan identiti moral. Kecederaan emosi akan berlaku dengan pelbagai tanda di mana mangsa akan berasa takut dan cemas, berasa rendah diri akibat hilang maruah dan harga diri, serta pelbagai simptom trauma lain yang menyentuh isu kesihatan, akhirnya menjejaskan kesejahteraan mental dan emosi serta fizikal. Ia juga akan menjejaskan komunikasi, perhubungan dan interaksi sosial sesama umat Islam serta menjurus kepada perpecahan perpaduan di kalangan mereka. Namun, perlu diingat bahawa penderaan dalam apa jua bentuk sekalipun, sama ada secara fizikal atau pun mental dan emosi, ia adalah aktiviti keganasan dan tetap merupakan jenayah yang boleh menerima balasan dan hukuman serta dakwaan di mahkamah. Ia adalah tindakan kezaliman dan penganiayaan terhadap individu lain.

Sebagai kesan daripada penderaan jenis ini, ia mengakibatkan mangsa mengalami kesan trauma penderaan emosi. Penderaan emosi ini sama juga seperti penderaan fizikal yang mengakibatkan kecederaan fizikal, namun, penderaan emosi akan mengakibatkan kecederaan emosi dan mengundang lebih banyak kemerbahayaan yang tidak terjangkau oleh pemikiran manusia. Hakikatnya, kecederaan emosi yang dialami ini s**ar kelihatan walaupun ia benar-benar dialami oleh mangsa dan memakan masa yang lama untuk pulih serta memerlukan banyak sokongan dan intervensi, sama seperti kecederaan fizikal lain.

Mangsa penderaan emosi akan turut mengalami kekeliruan identiti diri, dan memiliki tahap kerendahan harga diri dan moral yang amat lemah dan kronik. Jika tidak dibantu dan dipulihkan sewajarnya, ia akan mengakibatkan gejala gangguan mental dan emosi lain seperti penyakit kebimbangan dan kemurungan yang akhirnya boleh juga membawa kepada kejadian bunuh diri. Ini kerana di sebalik setiap kejadian bunuh diri, akan tersingkap kecederaan emosi yang terselindung oleh penderaan emosi dan tekanan mental yang mendorong kepada peristiwa sadis tersebut. Ini juga bermakna, tekanan mental dan penderaan emosi yang kita lakukan kepada mereka turut mendorong seseorang itu untuk berfikir dan merancang keputusan membunuh diri.

Mangsa penderaan emosi akan turut mengalami kekeliruan identiti diri, dan memiliki tahap kerendahan harga diri dan moral yang amat lemah dan kronik. Jika tidak dibantu dan dipulihkan sewajarnya, ia akan mengakibatkan gejala gangguan mental dan emosi lain seperti penyakit kebimbangan dan kemurungan yang akhirnya boleh juga membawa kepada kejadian bunuh diri. Ini kerana di sebalik setiap kejadian bunuh diri, akan tersingkap kecederaan emosi yang terselindung oleh penderaan emosi dan tekanan mental yang mendorong kepada peristiwa sadis tersebut. Ini juga bermakna, tekanan mental dan penderaan emosi yang kita lakukan kepada mereka turut mendorong seseorang itu untuk berfikir dan merancang keputusan membunuh diri.

Namun, Islam telah diturunkan oleh Allah kepada kita umat-Nya dan hamba-Nya, awal sebelum kita dilahirkan lagi, bagi menyediakan diri kita dengan persediaan dan teknik untuk mencegah penderaan emosi ini. Pelajarilah dan hayatilah ia, dan sematkan diri untuk kita aplikasikan dalam urusan kehidupan harian kita semua. Apakah teknik tersebut? Di sini, Islam menganjurkan bahawa kemuliaan seseorang Islam itu dilihat dari betapa baik akhlak dan tingkahlakunya serta mulia tutur katanya. Inilah gambaran kepada jiwa dan rohnya. Ia bersesuaian dengan sebuah hadis rasulullah S.A.W yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru bermaksud ‘seorang muslim yang baik itu ialah apabila orang muslim lain berasa selamat dari kejahatan lidah dan tangannya’. Berhati-hatilah dalam pertuturan dan ungkapan agar tidak menyakiti. Sebarang keterlanjuran, perlulah diakui dan mohonlah kemaafan kerana permohonan maaf juga satu terapi yang merawat gejala kecederaan emosi.

NAMA: MOHD SYIBLY BIN ABD RAHMANNO MATRIX: 296480TAJUK: PENDERAAN SEKSUAL KANAK-KANAKPengenalan:Penderaan seksual kanak-...
23/11/2023

NAMA: MOHD SYIBLY BIN ABD RAHMAN
NO MATRIX: 296480
TAJUK: PENDERAAN SEKSUAL KANAK-KANAK

Pengenalan:
Penderaan seksual kanak-kanak adalah satu bentuk penderaan yang melibatkan sebarang tindakan seksual yang merugikan kanak-kanak. Ini boleh termasuk sentuhan fizikal yang tidak sesuai, penggunaan ancaman, pendedahan kepada bahan seksual, atau penipuan dalam talian. Penderaan ini merosakkan hak dan keselamatan kanak-kanak, meninggalkan impak emosi dan fizikal yang serius.

Faktor-Faktor Pendorong:

Ketidakseimbangan Kuasa:
Penderaan seksual kanak-kanak melibatkan ketidakseimbangan kuasa antara individu yang lebih kuat atau dewasa dengan kanak-kanak yang lebih lemah.

Manipulasi Emosi:
Penipuan dan manipulasi emosi digunakan untuk mendapatkan kepercayaan kanak-kanak, memanipulasinya agar terlibat dalam aktiviti seksual.

Keadaan Kehidupan yang Tidak Stabil:
Kanak-kanak yang hidup dalam keadaan keluarga yang tidak stabil mungkin lebih rentan kepada risiko penderaan seksual.

Kurangnya Kesedaran:
Kurangnya kesedaran dalam masyarakat tentang tanda-tanda dan kesan penderaan seksual boleh mengakibatkan kegagalan dalam melaporkan atau mencegah kejadian ini.

Keperluan Kuasa Individu:
Pihak yang melakukan penderaan mungkin mengalami keperluan akan kuasa dan kawalan, menggunakan kanak-kanak sebagai mangsa untuk memenuhi keperluan tersebut.

Punca:
Penderaan seksual kanak-kanak boleh berpunca dari pelbagai faktor, termasuk ketidakpuasan emosi individu, keperluan akan kawalan, dan kegagalan untuk memahami dan menghormati hak dan batasan kanak-kanak.

Akta di Malaysia Berkenaan Penderaan Seksual Kanak-Kanak:
Akta Pencegahan Penderaan Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) adalah undang-undang di Malaysia yang memperuntukkan undang-undang untuk melindungi kanak-kanak daripada sebarang bentuk penderaan, termasuk penderaan seksual. Akta ini memberikan definisi jelas tentang pelbagai bentuk penderaan dan mekanisme perlindungan, termasuk pelaporan dan proses undang-undang terhadap mereka yang melakukan penderaan.

Tindakan dan Pemulihan:
Pencegahan:
Program pendidikan awal kepada kanak-kanak dan remaja tentang kesedaran seksual, batasan peribadi, dan cara untuk mengenali situasi berisiko

Kesedaran dan Latihan:
Meningkatkan kesedaran dalam masyarakat tentang tanda-tanda penderaan seksual dan cara melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Undang-Undang dan Penegakan Hukum:
Memastikan penegakan undang-undang yang tegas dan hukuman yang berat terhadap mereka yang melakukan penderaan seksual kanak-kanak.

Pemulihan dan Sokongan:
Menyediakan sokongan psikososial kepada kanak-kanak yang mengalami penderaan melalui kaunseling dan perkhidmatan sokongan.

Kerjasama Masyarakat:
Melibatkan masyarakat dalam usaha pencegahan dan perlindungan kanak-kanak terhadap penderaan seksual.
Penderaan seksual kanak-kanak adalah suatu isu yang memerlukan perhatian serius dan kerjasama semua pihak untuk melindungi hak dan keselamatan kanak-kanak di Malaysia. Akta Pencegahan Penderaan Kanak-Kanak adalah satu langkah positif dalam menangani isu ini di peringkat undang-undang.

Address

Universiti Utara Malaysia Kampus Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
50300

Telephone

+60105518680

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penghayatan Etika & Peradaban - Oktober 2023 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Penghayatan Etika & Peradaban - Oktober 2023:

Share