11/05/2026
๐๐๐๐๐ ๐
๐๐ค๐ฎ๐ฅ๐ญ๐ข ๐
๐๐ซ๐ฆ๐๐ฌ๐ข ๐๐ซ๐จ๐ฆ๐จ๐ฌ๐ข ๐๐๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค๐๐ง ๐๐๐ฌ๐ข๐ก๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ฉ๐๐๐ ๐๐๐ฌ๐ฒ๐๐ซ๐๐ค๐๐ญ ๐
๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐ฅ๐จ๐ง๐
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Fakulti Farmasi (FFAR) telah menganjurkan Program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) 2026 di FELDA Palong 7 dan 8, Gemas, Negeri Sembilan, bermula 2 hingga 6 Mei 2026.
Bertemakan โKhidmat Dihulur, Kasih Dikongsiโ, program tahunan ini memberi peluang kepada mahasiswa untuk mempraktikkan kemahiran di lapangan, mempromosikan pendidikan kesihatan serta meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan penjagaan kesihatan dalam kalangan penduduk FELDA Palong 7 dan 8.
Antara pengisian utama program termasuk Pemantauan Ubat-Ubatan di Rumah (Home Medication Review, HMR), saringan kesihatan percuma dan program anak angkat yang bertujuan mengeratkan hubungan mahasiswa bersama komuniti setempat.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Dr. Bariah Mohd Ali. Pihak FELDA p**a diwakili oleh Timbalan Pengarah FELDA Wilayah Raja Alias, Encik Mohd Rohanas Mohd Nor.
Program seperti ini diharapkan dapat terus menyumbang kepada kesejahteraan komuniti, memperkukuh hubungan antara universiti dan masyarakat serta melahirkan mahasiswa yang holistik, berdaya saing dan cakna terhadap keperluan sosial.
Turut hadir ialah Dekan FFAR, Prof. Dr. Mohd Makmor Bakry; Pengurus FELDA Palong 8, Encik Azman Mat Nawi; Pengurus FELDA Palong 7, Encik Mohamad Hafiz Kamaruzaman serta Timbalan Pengarah Pusat Jaringan Industri dan Komuniti merangkap Pemantau Program OPKIM 2026, Dr. Adliah Mhd Ali.