Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Call Directions Website

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia National Defence University of Malaysia (NDUM)

13/10/2026

12/10/2026

Pagi ni anak-anak Asasi UPNM ada exam. Semoga yang dibaca keluar, yang dihafal tak lupa dan yang dijawab semuanya tepat.
Mak ayah, kirimkan doa untuk mereka ya. ❤️

12/10/2026

“Dulu balik outing, barang yang kadet beli pun Naib Canselor periksa dekat gate.”

Itu antara kenangan yang masih segar dalam ingatan Lt Kdr Syaheer bin Saifudin TLDM, alumni pengambilan pertama UPNM pada tahun 2006 yang juga merupakan YDP MPP UPNM yang pertama.

Bertahun dah berlalu, tapi ada kenangan yang bila disebut, terus terasa macam baru semalam.

Alumni UPNM, siapa masih ingat pengalaman balik outing dulu?

Alumni UPNM

“Minyak pesawat belum sampai. Bagasi bermasalah. Pesawat p**a terpaksa berpatah balik.”Kalau jadi juruterbang, apa keput...
12/10/2026

“Minyak pesawat belum sampai. Bagasi bermasalah. Pesawat p**a terpaksa berpatah balik.”

Kalau jadi juruterbang, apa keputusan korang? Di UPNM, bakal juruterbang bukan hanya belajar menerbangkan pesawat. Mereka juga dilatih memahami apa yang berlaku di sebalik setiap penerbangan.

Melalui kursus Aviation Management and Security, pelajar Sarjana Muda Penerbangan dengan CPL/IR & Frozen ATPL diberi tiga senario operasi untuk dilakonkan.

Ada yang jadi juruterbang, kru kabin, pengawal trafik udara dan petugas lapangan terbang. Cuma 15 minit untuk bersedia dan 5 minit untuk memainkan setiap situasi.

Di sinilah mereka belajar bahawa satu keputusan di kokpit boleh memberi kesan kepada ratusan penumpang dan seluruh operasi penerbangan.

UPNM mahu melahirkan juruterbang yang bukan sahaja cekap mengendalikan pesawat, tetapi juga memahami tanggungjawab, komunikasi dan keselamatan di sebalik setiap penerbangan. Nampak juruterbang bawa pesawat. Tapi berapa ramai tahu apa yang diperlukan sebelum pesawat boleh terbang?

Fakulti Kejuruteraan UPNM
UPNM Aeronautics & Aviation

12/10/2026

“126 pelajar Tingkatan 5 di Melaka kenal UPNM, mahasiswa p**ang bantu adik-adik rancang masa depan.”2 OKTOBER 2026 | MEL...
12/10/2026

“126 pelajar Tingkatan 5 di Melaka kenal UPNM, mahasiswa p**ang bantu adik-adik rancang masa depan.”

2 OKTOBER 2026 | MELAKA: Dulu mereka juga pelajar sekolah yang memikirkan ke mana hala tuju selepas SPM. Hari ini, mahasiswa UPNM anak Melaka kembali ke negeri sendiri untuk berkongsi pengalaman dengan generasi seterusnya.

Melalui UPNM Future Leader Outreach (UFLO), seramai 126 pelajar SMKA Sharifah Rodziah didedahkan kepada peluang pengajian dan kerjaya di UPNM. Bukan sekadar mendengar taklimat, mereka turut menyertai UPNM Explorace dan UPNM Code Breaker.

Program ini digerakkan oleh Ikatan Mahasiswa Anak Melaka (IMAM) UPNM dengan kerjasama JHEPA dan pihak sekolah.

Dulu mereka mencari peluang untuk melangkah ke universiti. Sekarang, mereka p**a membantu adik-adik melihat peluang yang sama.

Adik-adik SPM 2026, dah ada pilihan nak sambung belajar di mana?

Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni UPNM

12/10/2026

“Selfie dengan Naib Canselor dah dapat. Pesanan pun dapat sekali!”

Sempat bergambar, bergurau dan bersembang dengan pelajar. Tapi pesan Naib Canselor UPNM tetap satu belajar rajin-rajin, buat yang terbaik.

Bila Naib Canselor dah pesan macam ni, mak ayah kat rumah mesti setuju!

12/10/2026

“20 Tahun UPNM: Memori Sepanjang Dua Dekad.”Dulu berdiri sebagai Pegawai Kadet. Hari ini, masing-masing sudah membawa am...
11/10/2026

“20 Tahun UPNM: Memori Sepanjang Dua Dekad.”

Dulu berdiri sebagai Pegawai Kadet. Hari ini, masing-masing sudah membawa amanah dan tanggungjawab kepada negara.

Mengimbau kembali Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet ALK UPNM.

Cuba teka gambar ni tahun berapa?

11/10/2026

Address

Kem Perdana Sungai Besi
Kuala Lumpur
57000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Universiti Pertahanan Nasional Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share