Universiti P. Ramlee

Universiti P. Ramlee Universiti P. Ramlee dahulunya dikenali sebagai Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (Aswara)

PADA penghujung kariernya, P. Ramlee telah dijemput ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk 'Konsert 3 Ramlee' yang meng...
27/05/2024

PADA penghujung kariernya, P. Ramlee telah dijemput ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk 'Konsert 3 Ramlee' yang menggabungkan beliau, A. Ramlee dan L. Ramlie. Bila tiba gilirannya menyanyi, penonton beramai-ramai telah 'boo' beliau yang ketika itu baru hendak membuat persembahan di pentas utama.

Pada tahun 1968, syarikat rakaman EMI yang banyak mengaut keuntungan daripada nyanyiannya bertindak MENAMATKAN kontraknya. Muka P. Ramlee merah padam apabila Mr. Devan (EMI) memberitahu beliau yang lagunya orang dah tak boleh terima dan suaranya dah tidak digemari. P. Ramlee selepas itu bersumpah tidak akan lagi bekerjasama dengan syarikat tersebut yang selama ini membuat kekayaan dari lagu-lagunya.

Pengeluar filem Shaw Brothers yang kaya-raya hasil karya Allahyarham juga telah mengeluarkan satu surat yang KONTRAK P. RAMLEE TAK AKAN DISAMBUNG LAGI.

Tahun 1972-1973 adalah tahun yang paling sedih buat P. Ramlee kerana dia langsung takda sumber pendapatan, tiada show, tiada tawaran mengarah/ berlakon filem etc sehingga beliau dan isteri Saloma terpaksa mengambil upah dengan menyanyi di kenduri kahwin dan jadi hakim pertandingan nyanyian. Bila P. Ramlee nak buat filem warna ketika itu, semua bank menolak permohonannya untuk meminjam wang.

Malah RTM juga tidak menawarkan sebarang peluang untuk dia buat show/ menyanyi...bila arwah pergi ke sana untuk menemani isteri Saloma buat program, P. Ramlee hanya duduk di kantin sahaja. Dalam kunjungan terakhirnya ke Singapura untuk Pesta Filem Asia Pasifik, P. Ramlee yang ketika itu dicalonkan untuk filem Laksamana Do Re Mi, telah masuk ke dewan. Tiada siapa pun delegasi dari Malaysia yang pelawa beliau untuk duduk sekali dengan mereka...akhirnya dia cari sendiri kerusi dan duduk dengan delegasi Singapura, di belakang Aziz Sattar.

" Yam, orang dah tak peduli saya, karier saya pun orang dah tak suka...saya dah tua. Cita-cita saya nak jadikan filem Melayu lebih maju telah gagal, saya kecewa," katanya pada iparnya, Maryam. P. Ramlee mengalami masalah kewangan yang sangat teruk sampai hanya makan nasi dengan telur...

Sebelum subuh 29 Mei 1973, P. Ramlee diserang sakit jantung di rumahnya dalam usia 44 tahun dan meninggal dunia...Al-Fatihah.

(petikan dari P. Ramlee | History Channel Documentary)

AL FATIHAH Kak Ros
19/05/2024

AL FATIHAH Kak Ros

08/03/2024

Saya tahu awak keseorangan, apakah perlu saya temankan?

06/02/2024

Selamat Hari Seniman.
23/03/2022

Selamat Hari Seniman.

Nasib baik McDonald's buat Burger P Ramlee, ada jugalah pencapaian universiti p ramlee tahun ni. Syukur!
31/12/2021

Nasib baik McDonald's buat Burger P Ramlee, ada jugalah pencapaian universiti p ramlee tahun ni. Syukur!

50 sen je, siapa masih simpan?
18/07/2021

50 sen je, siapa masih simpan?

Anda peminat syair?
30/05/2021

Anda peminat syair?

Betul ke auta?
27/05/2021

Betul ke auta?

P.RAMLEE AKUR PERMINTAAN TUNKU

Semasa P.Ramlee ingin mengarahkan filem Masam-Masam Manis di Studio Merdeka. Beliau telah dihubungi oleh Tunku Abdul Rahman. Tunku Abdul Rahman meminta P.Ramlee agar memberi salah satu peranan penting untuk anak saudaranya dalam filem berkenaan.

Sharifah Hanim binti Syed Hamzah berketurunan dari kerabat Di-Raja Perlis yang berasal dari Arau. Beliau pernah menjadi pengacara di RTM dan pernah menjuarai gelaran Ratu Cantik UMNO pada tahun 1956.

P.Ramlee telah merombak semula watak-watak di dalam filem Masam-Masam Manis. Watak Cikgu Norkiah yang sepatutnya dibawa oleh Mariani diberikan kepada Sharifah Hanim. Manakala Mariani diberikan watak Rosnah yang sepatutnya peranan itu milik Jah Haji Mahadi.

Filem ini juga merupakan filem pertama dan terakhir Sharifah Hanim berlakon dibawah arahan P.Ramlee.

Teks : HAR

Sumber :
Erti Yang Sakti - Tun Ahmad Sarji
Berita Filem

10/03/2021
"Ajis, kalau aku mati hari ini, aku akan hidup seribu tahun lagi.." 1973 (Singapura)
26/02/2021

"Ajis, kalau aku mati hari ini, aku akan hidup seribu tahun lagi.." 1973 (Singapura)

Address

464, Jalan Tun Ismail
Kuala Lumpur
50480

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Universiti P. Ramlee posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share