Kampus Kuala Lumpur UKM

Call Directions Website Contact the university

Kampus Kuala Lumpur UKM Media Sosial Rasmi Kampus Kuala Lumpur UKM Kampus Kuala Lumpur UKM merupakan salah satu kampus cawangan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kampus Kuala Lumpur UKM terdiri daripada Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM UKM) yang menawarkan perkhidmatan kesihatan dan Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK UKM) yang menawarkan perkhidmatan kesihatan khusus bagi kanak-kanak. Selain itu, Kampus Kuala Lumpur UKM turut menempatkan Fakulti Perubatan UKM (FPER UKM), Fakulti Sains Kesihatan UKM (FSK UKM), Fakulti Farmasi UKM (FFAR UKM) dan Fakulti Pergigian UKM (FPERG UKM) untuk memberi perkhidmatan pembelajaran. Perkhidmatan penginapan turut disediakan bagi pelajar yang layak di Kolej Tun Dr. Ismail 1(KTDI 1), Kolej Tun Dr. Ismail 2 (KTDI 2) dan Kolej Tun Syed Nasir (KTSN).

๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ง๐—”๐—ž๐—ญ๐—œ๐—”๐—›Warga Kampus Kuala Lumpur UKM merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Tun Dr. ...
28/09/2026

๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ง๐—”๐—ž๐—ญ๐—œ๐—”๐—›

Warga Kampus Kuala Lumpur UKM merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Hj. Mohamad Ali.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampuni segala dosa, menerima segala amal kebajikan serta menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Sesungguhnya jasa, sumbangan dan bakti Allahyarhamah kepada masyarakat dan negara akan sentiasa dikenang.

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga dan insan tersayang. Semoga dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan ini.

Al-Fatihah.





๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒKampus Kuala Lumpur UKM mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia kepada seluruh w...
16/09/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Kampus Kuala Lumpur UKM mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia kepada seluruh warga UKM dan rakyat Malaysia.

Semoga semangat Hari Malaysia terus memperkukuh perpaduan, keharmonian dan kebersamaan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya, demi membina sebuah negara yang aman, sejahtera dan makmur.

Marilah kita bersama-sama menghayati semangat โ€œMalaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmatiโ€ serta terus berganding bahu memacu kemajuan negara dengan penuh rasa cinta dan bangga terhadap tanah air.

Selamat Hari Malaysia!
Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati







14/09/2026

Jemputan menyertai menganjurkan Kejohanan Boling Piala Dekan 2026 anjuran FUN SQUAD, Fakulti Perubatan UKM seperti ketetapan berikut;

Tarikh: 4 Oktober 2026 (Ahad)
Masa: 9.30 pagi โ€“ 2.00 petang
Tempat: Ampang Superbowl, Bangi Gateway

Program ini bertujuan untuk menyemarakkan gaya hidup sihat serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga UKM. Penyertaan adalah TERHAD kepada 30 pasukan terawal sahaja.

Kami menggalakkan penyertaan secara berpasukan merentas PTj / jabatan / unit bagi memberi peluang kepada warga UKM untuk berkenalan, berinteraksi dan membina jaringan dalam suasana yang lebih santai.

Daftar sebelum 25 September 2026 melalui pautan di https://l1nk.dev/imdzsys

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi urus setia ditalian 013-686 6499 atau 014-527 3027.

Ayuh, jangan lepaskan peluang keemasan ini.





03/09/2026
๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒWarga Kampus Kuala Lumpur UKM mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69 ...
30/08/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Warga Kampus Kuala Lumpur UKM mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Semoga sambutan Hari Kebangsaan ini terus menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan serta menyuburkan rasa cinta dan bangga terhadap tanah air.

Marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan terus berganding bahu membina sebuah negara yang aman, sejahtera dan maju demi generasi masa hadapan.

โ€œMalaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmatiโ€







28/08/2026

Tahniah kepada Prof. Datuk Dr. A Rahman A Jamal daripada Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI) atas kejayaan memperoleh Dana Penyelidikan Strategik (SRF), Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi projek penyelidikan โ€œDevelopment of A Malaysia Blood Test For Early Detection of Colorectal Cancer (CRC) Colopredictโ€ dengan peruntukan sebanyak RM7,557,170.00.

Dana Penyelidikan Strategik (SRF) adalah bertujuan untuk membiayai projek-projek yang menyokong pelaksanaan dasar, pelan hala tuju, pelan tindakan atau insiatif kerajaan melalui RFP yang dibangunkan. Projek yang dilaksanakan mestilah bersifat penyelesaian bagi penyataan masalah khusus dalam bentuk teknologi, produk atau proses baharu yang berinovatif dijangka akan menghasilkan impak yang besar kepada sosioekonomi negara selari dengan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN).

Tahniah dan Syabas.

CRIM
28 Ogos 2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐— ๐—”๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐——๐—จ๐—ฅ ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿด๐—›Kampus Kuala Lumpur UKM mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H kepada ...
24/08/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐— ๐—”๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐——๐—จ๐—ฅ ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿด๐—›

Kampus Kuala Lumpur UKM mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh umat Islam.

Semoga sambutan Maulidur Rasul menjadi ruang untuk kita menghayati kembali sirah, perjuangan dan akhlak mulia Rasulullah SAW sebagai teladan dalam membentuk insan yang berilmu, berintegriti dan berakhlak.

Marilah kita bersama-sama menyemai nilai kasih sayang, amanah, ihsan dan perpaduan dalam kehidupan seharian, selaras dengan aspirasi membentuk masyarakat MADANI yang dihayati, demi ummah yang diberkati.

Semoga kecintaan kepada Rasulullah SAW terus menyuburkan Iman, Ilmu dan Amal dalam diri kita serta menjadi pedoman dalam melaksanakan amanah kepada agama, bangsa dan negara.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga serta para sahabat Baginda.

โ€Žุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู






๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž ๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—จ๐—  ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› ๐—”๐—ง๐—Ÿ๐—˜๐—ง ๐—š๐—ข๐—Ÿ๐—™ ๐—ž๐—”๐—ง๐—˜๐—š๐—ข๐—ฅ๐—œ ๐—œ๐—ก๐——๐—œ๐—ฉ๐—œ๐——๐—จ ๐—ฉ๐—œ๐—ฃSetinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Prof. Dato...
13/08/2026

๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž ๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—จ๐—  ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› ๐—”๐—ง๐—Ÿ๐—˜๐—ง ๐—š๐—ข๐—Ÿ๐—™ ๐—ž๐—”๐—ง๐—˜๐—š๐—ข๐—ฅ๐—œ ๐—œ๐—ก๐——๐—œ๐—ฉ๐—œ๐——๐—จ ๐—ฉ๐—œ๐—ฃ

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Prof. Datoโ€™ Dr. Razman Jarmin, Pro Naib Canselor (Kampus Kuala Lumpur), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) atas kejayaan meraih Pingat Perak dalam acara Golf Kategori Individu VIP pada Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) 2026.

Kejayaan ini membuktikan semangat kesukanan, ketekunan dan komitmen tinggi dalam menyemarakkan budaya kecemerlangan warga universiti.

Semoga kejayaan ini terus menjadi inspirasi kepada seluruh warga Kampus Kuala Lumpur UKM untuk sentiasa mengamalkan gaya hidup aktif serta mencipta lebih banyak kejayaan dalam pelbagai bidang.







๐Ÿ†PINGAT PERAK SUKUM 2026๐Ÿ†

TAHNIAH ATLET GOLF KATEGORI INDIVIDU VIP

Syabas dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Prof. Dato Dr.Razman Jarmin, Atlet Golf Kategori Individu VIP Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) atas kejayaan meraih pingat perak dalam Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) 2026.

Pencapaian ini membuktikan komitmen, semangat juang dan kerja berpasukan yang tinggi dalam mengharumkan nama UKM.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa hadapan.

Tahniah dan Syabas!



๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—”๐—ช๐—”๐—Ÿ ๐— ๐—จ๐—›๐—”๐—ฅ๐—ฅ๐—”๐—  ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿด๐—›Warga Kampus Kuala Lumpur UKM mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H kep...
16/06/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—”๐—ช๐—”๐—Ÿ ๐— ๐—จ๐—›๐—”๐—ฅ๐—ฅ๐—”๐—  ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿด๐—›

Warga Kampus Kuala Lumpur UKM mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H kepada seluruh umat Islam khususnya buat warga UKM.

Kehadiran tahun baharu Hijrah menjadi medan untuk memperbaharui tekad, memperkukuh nilai integriti dan mempertingkatkan kecemerlangan dalam melaksanakan amanah selaras dengan aspirasi universiti dalam melahirkan masyarakat berilmu, berakhlak dan berdaya saing.

Bersempena sambutan 1 Muharram 1448H, marilah kita bersama menghayati tema "MADANI Dihayati, Ummah Diberkati".

Semoga semangat hijrah terus menjadi pemangkin kepada pembangunan insan yang seimbang serta menyumbang kepada kemajuan negara dan kesejahteraan ummah.

Selamat Tahun Baharu Hijrah 1448H
1 Muharram 1448H | 17 Jun 2026





15/06/2026

๐“๐š๐ก๐ง๐ข๐š๐ก ๐€๐ญ๐š๐ฌ ๐๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ญ๐ข๐ค๐š๐ง ๐€๐ก๐ฅ๐ข ๐‹๐ž๐ฆ๐›๐š๐ ๐š ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ซ๐š๐ก, ๐”๐ง๐ข๐ฏ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข ๐Š๐ž๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š๐š๐ง ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š (๐”๐Š๐Œ)

Tahniah YBhg. Prof. Dato' Dr. Roslee Rajikan atas pelantikan sebagai Ahli Lembaga Pengarah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkuat kuasa pada 16 Jun 2026.

Semoga pelantikan ini akan terus memperkukuh kecemerlangan UKM serta menyumbang kepada pembangunan pendidikan tinggi negara melalui kepimpinan, pengalaman dan kepakaran yang dimiliki.

Tulus ikhlas daripada Pengerusi, Ahli-ahli Lembaga Pengarah, Naib Canselor, Pengurusan Tertinggi dan seluruh Warga UKM.





Address

Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, Cheras
Kuala Lumpur
56000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+60391459357

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kampus Kuala Lumpur UKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Kampus Kuala Lumpur UKM:

Shortcuts

Share