Universiti Malaya

Directions Website

Universiti Malaya This is the official Universiti Malaya page. Our website is at https://www.um.edu.my/ Come and join us!

www.um.edu.my
study.um.edu.my (for prospective students and admissions inquiry)

Universiti Malaya (UM) is the foremost and premier Research University in Malaysia. It is a multidisciplinary RU that has more than 23,000 students and 2,000 academic staff with 17 faculties and research centres that covers the whole spectrum of learning from the Arts, Sciences and Humanities. The university's beginning at the Kuala Lumpur campus dates back to 1959 and thus far has a huge alumni of over 100,000, among them renowned and illustrious personalities and leaders in various fields. We are the first choice of Malaysia's top students and our international student population comes from more than 80 different countries.

Bila kali terakhir kita betul-betul tanya diri sendiri, “Aku okay ke?”Tekanan, jangkaan, perubahan hidup dan dunia yang ...
20/09/2026

Bila kali terakhir kita betul-betul tanya diri sendiri, “Aku okay ke?”

Tekanan, jangkaan, perubahan hidup dan dunia yang bergerak terlalu pantas boleh memberi kesan kepada kesihatan mental, terutama dalam kalangan generasi hari ini.

Apa sebenarnya cabaran yang dihadapi oleh generasi kini, dan bagaimana kita boleh membina minda yang lebih sihat?

Jom dengarkan perkongsian Farhana Nabila Fakaruddin, Pegawai Psikologi, Pusat Kebolehpasaran Graduan & Kerjaya, Universiti Malaya menerusi Selamat Pagi Malaysia.


Seluruh warga Universiti Malaya merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Ra...
20/09/2026

Seluruh warga Universiti Malaya merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara, atas pengiktirafan bertaraf antarabangsa sebagai Setiausaha Agung Pertubuhan Institusi Audit Tertinggi Asia (ASOSAI) bagi penggal 2027 hingga 2030.

Pencapaian dan pengiktirafan ini adalah satu kebanggaan buat negara. Semoga YBhg. Dato' Seri terus cemerlang dalam mengemudi ASOSAI ke tahap yang lebih tinggi.





20/09/2026

121 Tahun Memacu Kecemerlangan! 🏛️✨

Menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Canselor Universiti Malaya, atas perkenan menyempurnakan Majlis Pelancaran Sambutan Ulang Tahun Ke-121 Universiti Malaya (UM121) yang telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang pada 19 September 2026.

Sambutan UM121 menandakan satu lagi detik bersejarah buat institusi ini dalam meraikan legasi lebih satu abad kecemerlangan akademik, penerokaan penyelidikan berimpak, serta sumbangan berterusan kepada pembangunan negara. Seluruh warga kampus berbangga menjadi sebahagian daripada detik bermakna ini.

Semoga Universiti Malaya terus unggul sebagai mercu tanda keilmuan dan kekal relevan dalam melahirkan pemimpin masa hadapan.

Tinggalkan ucapan dan harapan anda dibahagian komen!




UNIVERSITI MALAYA RAIKAN 121 TAHUN LEGASINYA, TEKAD TERUS BERBAKTI KEPADA NEGARAUniversiti Malaya (UM) hari ini meraikan...
19/09/2026

UNIVERSITI MALAYA RAIKAN 121 TAHUN LEGASINYA, TEKAD TERUS BERBAKTI KEPADA NEGARA

Universiti Malaya (UM) hari ini meraikan ulang tahun ke-121 dalam sebuah majlis penuh bermakna yang berlangsung di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya, dengan keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Canselor Universiti Malaya, serta Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim.

Dalam sembah ucapan sempena majlis tersebut, Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr Noor Azuan Abu Osman, menegaskan bahawa usia 121 tahun bukan sekadar angka, sebaliknya mencerminkan panjangnya perjalanan ilmu yang diwarisi serta hubungan erat Universiti Malaya dengan sejarah pembentukan negara.

Bermula daripada penubuhan King Edward VII College of Medicine di Singapura pada tahun 1905, perjalanan tersebut berkembang bersama Raffles College sebelum melahirkan Universiti Malaya, sebuah institusi yang kemudiannya menjadi medan lahirnya ilmuwan, pemimpin dan anak bangsa yang terus menyumbang kepada tanah air.

Mengangkat tema warisan dan amanah, Universiti Malaya turut menegaskan komitmennya untuk terus memperkasa ilmu, membina insan, memperluas peluang serta memastikan setiap langkah yang diambil membawa manfaat kepada masyarakat dan negara.

UM121 menjadi titik untuk Universiti Malaya mengenang sejarah, menghargai jasa generasi terdahulu dan memperbaharui tekad untuk menghala ke hadapan dengan akar yang terus kukuh dalam sejarah, sambil membawa ilmu dan bakti ke peringkat dunia.

121 tahun berlalu dan perjalanan ini masih diteruskan.


18/09/2026

Debaran kian memuncak, masanya hampir tiba.

Menjelang sambutan ulang tahun ke-121 Universiti Malaya (UM121), seluruh warga kampus sedang menghitung hari untuk meraikan sebuah legasi kegemilangan yang telah memacu aspirasi negara selama lebih satu abad.

Satu detik bersejarah bakal berlangsung esok. Terus ikuti saluran rasmi kami dan bersedia untuk menjadi sebahagian daripada lembaran baharu Universiti Malaya.


18/09/2026

Di UM inilah ramai pemimpin, tokoh akademik, ilmuan, dan profesional dilahirkan sehingga dapat memberi sumbangan besar kepada negara dan masyarakat. UM yang kini menjadi flag bearer negara memiliki tanggungjawab yang besar tidak hanya sekadar mengejar kedudukan tetapi tugas untuk terus membangunkan tamadun yang lebih maju.


PENAFIAN: IKLAN JAWATAN PALSUUniversiti Malaya ingin memaklumkan bahawa iklan kekosongan jawatan yang dipaparkan seperti...
18/09/2026

PENAFIAN: IKLAN JAWATAN PALSU

Universiti Malaya ingin memaklumkan bahawa iklan kekosongan jawatan yang dipaparkan seperti di bawah bukan iklan rasmi dan tidak pernah dikeluarkan atau disahkan oleh pihak kami.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang permohonan, memberikan maklumat peribadi atau membuat sebarang bayaran melalui pautan yang dinyatakan dalam iklan tersebut.

Sebarang hebahan rasmi berkaitan kekosongan jawatan di Universiti Malaya hanya akan disiarkan melalui saluran rasmi https://career.um.edu.my/.

Harap maklum.

THE WAIT IS ALMOST OVER.1 HARI LAGI.Esok, seluruh UM punya cerita akan tertumpu pada satu hari yang penuh gemilang iaitu...
18/09/2026

THE WAIT IS ALMOST OVER.

1 HARI LAGI.

Esok, seluruh UM punya cerita akan tertumpu pada satu hari yang penuh gemilang iaitu Majlis Pelancaran Sambutan Ulang Tahun UM ke-121.

19.09.2026

Sudahkan anda bersedia?

17/09/2026

121 tahun telah berlalu dan kita telah melihat bagaimana UM berkembang maju dan kini berada dipersimpangan yang sangat penting. Ikuti bingkisan oleh Naib Canselor UM, Dato’ Seri Profesor Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman tentang bagaimana persimpangan ini penting untuk menentukan corak dan hala tujunya bagi 100 tahun kehadapan.


MAKLUMAN PENUTUPAN JALAN DI DALAM KAMPUS UM SEMPENA MAJLIS PELANCARAN UM121Universiti Malaya (UM) ingin memaklumkan baha...
17/09/2026

MAKLUMAN PENUTUPAN JALAN DI DALAM KAMPUS UM SEMPENA MAJLIS PELANCARAN UM121

Universiti Malaya (UM) ingin memaklumkan bahawa beberapa laluan di dalam kampus, termasuk akses masuk dan keluar melalui Gate Kuala Lumpur (Gate KL), akan ditutup secara berperingkat pada Sabtu, 19 September 2026, sempena Majlis Pelancaran Sambutan Ulang Tahun Universiti Malaya Ke-121 (UM121).

Majlis yang akan disempurnakan oleh DYMM Tuanku Canselor Universiti Malaya akan berlangsung dari 7.30 pagi hingga 11.00 pagi di Dataran Dewan Tunku Canselor (DTC) dan kawasan sekitarnya, dengan penyertaan kira-kira 2,000 warga UM.

Penutupan jalan akan dilaksanakan seperti berikut:
Tarikh : 19 September 2026
Masa : 12.00 tengah malam – 12.00 tengah hari
Jalan yang ditutup : Laluan menuju ke Dewan Tunku Canselor (DTC) akan ditutup bagi tujuan persiapan dan pelaksanaan program. Kenderaan ringan akan dilencongkan melalui laluan hadapan Rumah Universiti.

Pengguna jalan raya dan warga kampus yang ingin memasuki atau keluar dari UM dalam tempoh tersebut dinasihatkan supaya menggunakan pintu masuk dan keluar lain yang dibuka seperti biasa, merancang perjalanan lebih awal serta mematuhi arahan Polis Bantuan UM dan papan tanda lalu lintas di lokasi.

Untuk pertanyaan lanjut berkaitan kawalan trafik dan akses kampus, sila hubungi Polis Bantuan UM di talian 03-7967 7777 atau 03-7967 7070. Universiti Malaya menghargai kerjasama dan kesabaran semua pihak sepanjang pelaksanaan pengurusan trafik ini.


Address

Kuala Lumpur
50603

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Universiti Malaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share