09/10/2026
๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐ง๐๐๐๐ก ๐๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐๐๐ ๐๐ง๐๐ก (๐๐๐๐๐ฃ) | ๐ฆ๐ ๐ ๐ฆ๐จ๐ก๐๐๐ ๐ฃ๐จ๐ฆ๐จ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
Pada 25 April 2026 (Sabtu), SMK Sungai Pusu telah mengadakan Bengkel Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) yang disampaikan oleh Pn Tuan Juhaida binti Tuan Muhammad Amin, iaitu Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ilmu Khas.
Bengkel ini memberi fokus kepada integrasi pedagogi inklusif, pentaksiran alternatif dan pembelajaran sosioemosi dalam PdP bermakna ke arah kemenjadian murid secara holistik. Para guru seramai 120 orang turut didedahkan dengan contoh-contoh aktiviti serta terlibat secara aktif dalam sesi hands-on sepanjang bengkel.
Semoga perkongsian ini dapat memperkasakan kompetensi guru dalam mewujudkan pengalaman pembelajaran yang lebih inklusif dan bermakna serta menyokong perkembangan murid secara menyeluruh.