Pengurusan Pemakanan Pesakit HIV

Pengurusan Pemakanan Pesakit HIV Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pengurusan Pemakanan Pesakit HIV, Community College, Kuala Lumpur.

Kami merupakan pelajar pogram Dietettik Tahun 3, Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur sedang menjalanan promosi pendidikan pesakit berkenaan penyakit HIV/AIDS melalui laman ini berfokuskan pemakanan dan tips menangani simptom. Laman ini dicipta untuk :

1) Memberi pendedahan kepada orang awam dan pesakit HIV tentang latar belakang penyakit HIV.

2) Memberi gambaran tentang statistik

pesakit HIV khususnya di Malaysia dan di seluruh dunia amnya.

3) Memberi pendedahan umum tentang pemakanan bagi pesakit HIV.

4) Memberi pendedahan tentang tips pemakanan khusus bagi mengatasi simptom yang dialami pesakit HIV kesan daripada rawatan dan perubatan yang diterima.

5) Memberi penjelasan tentang suplemen omega-3 asid lemak dan d-a-tokoferol yang memberi kesan pengurangan dislipidemia terhadap pesakit HIV.

19/12/2017

[Diet Neutropenik-Diet untuk sistem imun yang lemah]

Diet neutropenik diperlukan oleh individu yang mempunyai sistem imun atau daya ketahanan badan yang lemah untuk melawan penyakit.

Individu yang menerima rawatan untuk HIV/AIDS mempunyai sistem imun yang lemah akan mengalami kesukaran untuk melindungi badan daripada serangan bakteria atau mikroorganisma yang berbahaya.

Proses memasak secara menyeluruh dapat menghapuskan semua jenis bakteria dan mikroorganisma yang berbahaya.

Mari kita ketahui info pemakanan mengenai diet neutropenik ini.

Hai semua! Macam mana? Dah habis kunjungi setiap genap sudut di laman ini? Menarik bukan? Nanti dulu! Sebelum beredar, j...
19/12/2017

Hai semua! Macam mana? Dah habis kunjungi setiap genap sudut di laman ini? Menarik bukan? Nanti dulu! Sebelum beredar, jom semua sama-sama isikan maklumbalas bagi tujuan penambahbaikan 😊

(Sila isikan maklumat anda di sini. Maklumat anda amat penting untuk penambahbaikan di masa hadapan)

Adakah anda faham mengenai pengurusan pemakanan pesakit HIV menerusi laman ini? Jom uji kefahaman anda melalui ujian di ...
19/12/2017

Adakah anda faham mengenai pengurusan pemakanan pesakit HIV menerusi laman ini? Jom uji kefahaman anda melalui ujian di bawah.

Ujian ini disarankan dilakukan secara berkumpulan. Komputer riba dan telefon bimbit diperlukan untuk melakukan ujian ini. Sila ikuti langkah-langkah berikut :

Langkah 1 = Buka link di bawah di komputer riba anda.
https://play.kahoot.it/ #/?quizId=e217d1ac-deff-4712-b95a-be3bb5393d9a

Langkah 2 = Klik link https://kahoot.it/ di telefon bimbit anda.

Langkah 3 = Pilih mod klasik atau berkumpulan.

Langkah 4 = Masukkan no pin yang tertera di komputer riba ke dalam telefon bimbit anda dan tekan ENTER

Langkah 5 =Masukkan nama anda dan tekan OK.

Langkah 6 = Tekan START dan permainan dimulakan.

Selamat mencuba 😊

Play a game of Kahoot! here. Kahoot! is a free game-based learning platform that makes it fun to learn – any subject, in any language, on any device, for all ages!

[SARANAN PEMAKANAN BERKAITAN KESAN SAMPINGAN UBAT-UBATAN ANTIRETROVIRAL]Menurut World Health Organization 2017, terapi a...
19/12/2017

[SARANAN PEMAKANAN BERKAITAN KESAN SAMPINGAN UBAT-UBATAN ANTIRETROVIRAL]

Menurut World Health Organization 2017, terapi antiretroviral (ARV) terdiri daripada gabungan ubat-ubatan antiretroviral bertujuan untuk menghentikan perkembangan virus HIV.

Namun, terdapat beberapa kesan sampingan yang berlaku apabila menjalani terapi ini antaranya mudah lesu, mual, muntah dan cirit birit. Komplikasi yang lebih kompleks berlaku adalah perubahan aktiviti metabolik dalam badan seperti contoh dislipidemia

Mari kita ketahui saranan pemakanan yang boleh membantu individu yang mengalami kesan sampingan ini.

[GEJALA HIV DAN PEMAKANAN]3) LoyaLoya dalam kalangan pesakit HIV mungkin disebabkan oleh jangkitan atau ubat-ubatan.
19/12/2017

[GEJALA HIV DAN PEMAKANAN]

3) Loya

Loya dalam kalangan pesakit HIV mungkin disebabkan oleh jangkitan atau ubat-ubatan.

[GEJALA HIV DAN PEMAKANAN]2) Cirit - BiritCirit-birit adalah masalah yang biasa dialami oleh pesakit HIV. Ia ditakrifkan...
19/12/2017

[GEJALA HIV DAN PEMAKANAN]

2) Cirit - Birit

Cirit-birit adalah masalah yang biasa dialami oleh pesakit HIV. Ia ditakrifkan sebagai najis berair, ataupun pembuangan najis yang kerap.

Pengambilan diet seharian pesakit boleh terjejas sekiranya pesakit mengalami beberapa gejala yang berlaku akibat penyaki...
19/12/2017

Pengambilan diet seharian pesakit boleh terjejas sekiranya pesakit mengalami beberapa gejala yang berlaku akibat penyakit itu sendiri atau kesan sampingan sepanjang mereka menjalani rawatan. Gejala tersebut akan mengganggu corak pengambilan makanan pesakit dan hal ini sekali gus menjejaskan tahap kesihatan pesakit dalam usaha melawan penyakit mereka.

Berikut adalah sebahagian daripada gejala yang selalu dialami oleh pesakit HIV dan cara bagaimana mereka ataupun penjaga boleh lakukan untuk meningkatkan kualiti pengambilan makanan seharian :

1) Keletihan

Keletihan adalah kekurangan tenaga dan keletihan berpanjangan. Ia boleh menjadi salah satu daripada gejala yang paling melemahkan yang dialami oleh pesakit HIV.

[PEMAKANAN DAN HIV/AIDS]Apakah saranan pemakanan bagi individu yang dijangkiti HIV/AIDS ?
19/12/2017

[PEMAKANAN DAN HIV/AIDS]

Apakah saranan pemakanan bagi individu yang dijangkiti HIV/AIDS ?

[PEMAKANAN DAN HIV/AIDS]Kesan terhadap status pemakanan individu yang dijangkiti HIV.
19/12/2017

[PEMAKANAN DAN HIV/AIDS]

Kesan terhadap status pemakanan individu yang dijangkiti HIV.

Kenapa Pemakanan Yang Baik Penting Untuk Pesakit HIV?Pemakanan yang baik adalah penting bagi semua orang, tetapi ia amat...
19/12/2017

Kenapa Pemakanan Yang Baik Penting Untuk Pesakit HIV?

Pemakanan yang baik adalah penting bagi semua orang, tetapi ia amat penting bagi pesakit HIV. Menjaga diri dengan baik boleh membantu badan melawan jangkitan dan meningkatkan kualiti hidup dalam kalangan pesakit HIV.

[RAWATAN UNTUK HIV/AIDS]Belum ada ubat yang boleh menyembuhkan atau vaksin yang boleh mencegah jangkitan virus HIV. Rawa...
19/12/2017

[RAWATAN UNTUK HIV/AIDS]

Belum ada ubat yang boleh menyembuhkan atau vaksin yang boleh mencegah jangkitan virus HIV. Rawatan Antiretroviral (ARV) hanya menghalang pembiakan virus HIV. Rawatan juga boleh diberi bagi jangkitan opportunis. Rawatan ARV lebih berkesan secara kombinasi. Rawatan ini bertujuan untuk meningkatkan survival dan melambatkan perkembangan ke peringkat AIDS. Amnya lawatan susulan ialah 6 bulan sekali bagi pengidap asimptomatik dan 2 minggu sekali untuk pesakit yang menerima rawatan ARV atau mengalami infeksi oportunis. Keperluan kekerapan lawatan susulan bergantung kepada keterukan penyakit, keperluan pesakit, komplians dan perkembangan penyakit. Keputusan untuk memulakan atau menukar rawatan antiretroviral adalah berpandukan parameter makmal kedua – dua plasma HIV RNA dan bilangan sel CD4 dan T sel serta menilai keadaan klinikal pesakit. Pengukuran CD4 dan T sel pada pengidap HIV adalah pada setiap 6 bulan sekali. Manakala untuk pesakit yang menerima rawatan ARV, pengawasan paras CD4 dan T sel dilakukan setiap 3 bulan sekali.

Address

Kuala Lumpur
50300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pengurusan Pemakanan Pesakit HIV posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share