Jabatan Parasitologi & Entomologi Perubatan, UKM

Call Directions Website Contact the university

Jabatan Parasitologi & Entomologi Perubatan, UKM Jabatan Parasitologi & Entomologi Perubatan,
Ting. 16, Bangunan Praklinikal,
Pusat Perubatan UKM,
Jalan Yaakob Latif,
56000 Cheras, K.Lumpur

Bersempena dengan Maulid Nabi ﷺ, hidupkan suasananya dengan amal kebaikan seperti perbanyakkan selawat, baca dan dengar ...
24/08/2026

Bersempena dengan Maulid Nabi ﷺ, hidupkan suasananya dengan amal kebaikan seperti perbanyakkan selawat, baca dan dengar sirah Baginda ﷺ, bersedekah dan beri makan kepada orang lain, serta dengarkan qasidah dan nasyid yang membina jiwa.

Semoga setiap amalan ini menambah rasa cinta kita kepada Rasulullah ﷺ.

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ🤲🏻

🌿 CROSSING THAT BRIDGE: A JOURNEY IN PARASITOLOGY & MEDICAL ENTOMOLOGYJabatan Parasitologi dan Entomologi Perubatan, Fak...
22/08/2026

🌿 CROSSING THAT BRIDGE: A JOURNEY IN PARASITOLOGY & MEDICAL ENTOMOLOGY

Jabatan Parasitologi dan Entomologi Perubatan, Fakulti Perubatan UKM berbesar hati mengetengahkan kisah perjalanan serta perkongsian Assoc. Prof. Dr. Aishah Hani Azil dalam membina kerjaya dan kepakaran beliau dalam bidang Parasitologi dan Entomologi Perubatan.

Daripada minat terhadap dunia parasit dan artropod, perjalanan tersebut berkembang kepada penglibatan dalam pengajaran, penyelidikan, inovasi dan pembangunan ilmu, termasuk penghasilan inovasi yang berjaya dipatenkan seperti Digital Thermo Mosquito Blood Feeder (DITMOF).

Kisah ini menjadi inspirasi bahawa setiap pilihan dalam perjalanan akademik dan kerjaya boleh membuka ruang kepada penemuan baharu, sumbangan kepada ilmu serta manfaat kepada masyarakat. 🔬🦟

✨ Every journey begins with a choice, and every choice can become a bridge to a greater purpose.

📖 Baca kisah penuh:
Crossing That Bridge – Faculty of Medicine UKM
di link 🔗👇🏻:

https://www.ukm.my/medicine/crossing-that-bridge-my-story-of-choosing-a-path-in-life-and-career-in-parasitology-and-medical-entomology/ .tab=0

22/08/2026

🪰 BETUL KE LALAT BOLEH BERITAHU SESEORANG ITU MATI DIBUNUH DAHULU ATAU TERUS DIBAKAR? 🔍

Pernah dengar bahawa kalau mayat sudah ada telur atau larva lalat, tetapi bahagian mulut masih bersih, itu bermaksud seseorang itu “menamatkan hidupnya” atau mati dalam keadaan tertentu? 🤔

Sebenarnya, kita tak boleh menentukan sebab atau cara kematian hanya berdasarkan satu tanda seperti ini.

Menarik kan bagaimana serangga kecil seperti lalat boleh menjadi “saksi” dalam penyiasatan kematian? 🪰🔬

Jom kita dengar segmen podcast oleh ML Studios bersama Dr. Syamsa Rizal Abdullah, Pakar Entomologi Forensik jabatan kami!

Jabatan merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Prof. Madya Dr. Aishah Hani Azil & Dr. Syamsa Rizal Abdullah di...
22/08/2026

Jabatan merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Prof. Madya Dr. Aishah Hani Azil & Dr. Syamsa Rizal Abdullah di atas kemenangan yang diraih dalam Pembentangan Poster Penyelidikan & Oral bersempena “International Scientific Conference of Entomology & Pest (ISCEP 2026)”

Tahniah sekali lagi diucapakan kepada kedua-dua pakar entomologi kami!! 🎉🌷

🔬✨ STEM ADVENTURES: “UNLEASHING THE SCIENTIST PRODIGY 2.0” ✨🔬📅 19 Ogos 2026 (Rabu)📍 Fakulti Perubatan, Universiti Kebang...
22/08/2026

🔬✨ STEM ADVENTURES: “UNLEASHING THE SCIENTIST PRODIGY 2.0” ✨🔬

📅 19 Ogos 2026 (Rabu)
📍 Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Jabatan Kejuruteraan Tisu dan Perubatan Regeneratif (DTERM) dengan kerjasama Jabatan Parasitologi & Entomologi Perubatan (JPEP) serta jabatan-jabatan tersohor lain di Fakulti Perubatan UKM telah menganjurkan Program Komuniti STEM Adventures: “Unleashing the Scientist Prodigy 2.0” pada 19 Ogos 2026.

Program ini melibatkan seramai 120 orang pelajar Tingkatan 3 hingga 5 daripada 12 buah sekolah sekitar Selangor, Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan, bersama guru-guru pengiring. Program ini bertujuan memupuk minat generasi muda terhadap aliran sains, STEM dan bidang perubatan, di samping memberikan mereka gambaran sebenar tentang dunia sains kesihatan di peringkat universiti. 🧑‍🔬👩‍⚕️

Antara pengisian menarik sepanjang program termasuk:

🧪 Aktiviti STEM Interaktif
Para pelajar berpeluang menyertai modul penyiasatan spesimen “Who Kill Jane?”, pendedahan berkaitan bahaya dadah serta modul “Pharma Heroes” yang menggalakkan pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah.

🏛️ Lawatan Muzium & Galeri
Pelajar turut berpeluang meneroka Muzium Anatomi dan Muzium Parasitologi, termasuk lawatan secara berkumpulan ke Galeri Jabatan Parasitologi & Entomologi Perubatan.

Di Galeri JPEP, mereka didedahkan kepada pelbagai bahan pameran yang menarik seperti parasit helminth, protozoa, entomologi perubatan, pelbagai jenis ular serta diorama Forensik Entomologi. Para pelajar turut disajikan dengan beberapa soalan berkaitan parasitologi dan bahan pameran untuk menguji pengetahuan dan mencetuskan rasa ingin tahu mereka. 🔬🪱🦠🦟🐍

Sebagai kenang-kenangan, para pelajar turut menerima “Special Bookmark” daripada JPEP. 📖💙

💬 Sesi Perkongsian & Pendedahan Kerjaya
Program turut diserikan dengan Ceramah Kerjaya Sains Kesihatan (TESMA) serta perkongsian berkaitan kesihatan usus bersama Yakult, memberikan peluang kepada para pelajar untuk melihat dengan lebih luas laluan kerjaya dan kepentingan sains dalam kehidupan seharian.

Apa yang paling bermakna ialah melihat para pelajar ceria, teruja dan begitu aktif sepanjang program. Pelbagai pengalaman baharu yang diperoleh bukan sahaja menambahkan pengetahuan mereka, malah membuka perspektif bahawa dunia sains dan perubatan sebenarnya sangat luas, menarik dan penuh dengan peluang. 🌱✨

Lebih menggembirakan apabila ada dalam kalangan pelajar yang mula menyimpan impian untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan dan menjadi sebahagian daripada warga Fakulti Perubatan UKM pada masa akan datang. 🎓🩺

Semoga STEM Adventures: “Unleashing the Scientist Prodigy 2.0” menjadi satu pengalaman yang mencetuskan inspirasi, membina keyakinan dan menyemarakkan minat generasi muda untuk terus meneroka dunia STEM.

Kerana mungkin…

Hari ini mereka datang sebagai pelajar yang ingin tahu.
Esok, mereka mungkin kembali sebagai saintis, doktor, penyelidik atau profesional kesihatan yang membanggakan. 💙🔬











🌙✨ CERAMAH MAULIDUR RASUL ﷺ ✨🌙Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, telah berlangsung Majlis Ceramah Maulidur Rasul ﷺ an...
22/08/2026

🌙✨ CERAMAH MAULIDUR RASUL ﷺ ✨🌙

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, telah berlangsung Majlis Ceramah Maulidur Rasul ﷺ anjuran bersama Kelab Wanita UKM Gugusan Kesihatan dan Jabatan Parasitologi & Entomologi Perubatan, Fakulti Perubatan UKM pada Khamis, 20 Ogos 2026 bertempat di Dewan Kuliah 2, Blok Pra Klinikal, Fakulti Perubatan, UKM Cheras.

Majlis yang penuh dengan pengisian ilmu ini telah disampaikan oleh Ustaz Izmir Fareez bin Noorazalan dengan tajuk:

“Memperkasa Akhlak Mulia, Berteraskan Sunnah Rasulullah SAW”

Semoga perkongsian yang disampaikan menjadi peringatan dan pedoman buat kita semua untuk terus meneladani akhlak mulia Rasulullah ﷺ, bukan sekadar melalui kata-kata, tetapi dengan menghayatinya dalam kehidupan seharian — dalam keluarga, pekerjaan, persahabatan dan juga dalam hubungan sesama manusia.

Majlis turut diserikan dengan alunan Qasidah daripada Maahad Tahfiz Alhidayah Wal Ihsan, yang menambahkan lagi suasana penuh kecintaan dan penghormatan kepada junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ. 🤍

🌿 Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, ahli keluarga serta para sahabat Baginda.

Semoga majlis ini menjadi asbab bertambahnya kecintaan kita kepada Rasulullah ﷺ, menguatkan semangat untuk menghidupkan sunnah Baginda dan memperindah akhlak dalam setiap aspek kehidupan.

اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan majlis ini, para penceramah, pengisi acara, urus setia serta semua warga UKM yang hadir dan memberikan sokongan.

Semoga setiap langkah, masa dan tenaga yang dicurahkan menjadi amal soleh yang diterima Allah SWT. آمين يا رب العالمين 🤲🏻











Excited to share the upcoming Malaria & Filariasis: Basic Microscopy & Diagnostic Workshop 2026 organised by the Departm...
21/08/2026

Excited to share the upcoming Malaria & Filariasis: Basic Microscopy & Diagnostic Workshop 2026 organised by the Department of Parasitology & Medical Entomology, UKM!

A great opportunity for medical laboratory technologists, researchers, postgraduate students, and healthcare professionals to strengthen hands-on skills in malaria & filaria parasite identification, staining techniques, parasitaemia counting, and diagnostic microscopy.

✨ Featuring:
✔️ Hands-on practical sessions
✔️ WHO-level facilitators
✔️ Parasite identification & microscopy training
✔️ Competency assessment

📅 22–24 September 2026
📍 Faculty of Medicine, UKM, Cheras, Kuala Lumpur

⚠️ Limited to 35 participants only!

Tahniah diucapkan kepada Dr. Vinoth a/l Kumarasamy .
20/08/2026

Tahniah diucapkan kepada Dr. Vinoth a/l Kumarasamy .

Tahniah diucapkan kepada Dr. Vinoth a/l Kumarasamy (Jabatan Parasitologi & Entomologi Perubatan) atas pelantikan sebagai Editor Subjek (Perubatan Tropika) Tropical Biomedicine (2026-2027) yang berkuat kuasa mulai 1 April 2026.

Tulus ikhlas daripada Ahli Pengurusan dan seluruh warga Fakulti Perubatan UKM.




🌙✨ **JEMPUTAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL ﷺ** ✨🌙Assalamualaikum w.b.t. 🌷Dengan sukacitanya, Jabatan Parasitologi & En...
11/08/2026

🌙✨ **JEMPUTAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL ﷺ** ✨🌙

Assalamualaikum w.b.t. 🌷

Dengan sukacitanya, Jabatan Parasitologi & Entomologi Perubatan dengan kerjasama Kelab Wanita UKM berbesar hati menjemput semua **warga kakitangan Jabatan** untuk hadir ke **Majlis Sambutan Maulidur Rasul ﷺ** bagi bersama-sama menghayati sirah, akhlak dan sunnah junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ.

🗓️ **Tarikh:** *20/8/2026*
⏰ **Masa:** *2.00pm - 4.30pm*
📍 **Tempat:** *DK2 Bangunan Pra Klinikal, Fakulti Perubatan UKM*

🤍 *“Sesungguhnya pada diri Rasulullah ﷺ itu terdapat contoh teladan yang terbaik.”*

Kehadiran semua amat dialu-alukan bagi memeriahkan majlis dan mengeratkan ukhuwah sesama warga jabatan.

**Jom bersama-sama berselawat dan mengimarahkan majlis!** 🌹✨

Terima kasih dan jumpa di sana! 🤲🏻

Address

Ting. 16 Bangunan Praklinikal, PPUKM, , Jalan Yaakob Latif, Cheras
Kuala Lumpur
56000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 20:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+60391459527

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Parasitologi & Entomologi Perubatan, UKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Jabatan Parasitologi & Entomologi Perubatan, UKM:

Shortcuts

Share