Penulisan Kreatif Aswara

Directions Website Contact the university

Penulisan Kreatif Aswara Laman Rasmi bagi Program Penulisan Kreatif, Fakulti Penulisan Kreatif dan Filem , Akademi Seni Buday

Laman Rasmi bagi Program Penulisan Kreatif, Fakulti Penulisan Kreatif dan Filem , Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan. Program Penulisan Kreatif bermatlamat memberikan peluang kepada mereka yang berminat, berbakat dan berpengalaman dalam bidang penulisan untuk mempelajari dan mendalami ilmu penulisan dalam suasana yang formal, berlandaskan teori, kaedah, pendekatan dan praktik yang lebih bersistematik. Para pelajar diperkenalkan, diberikan kefahaman dan dibimbing dalam disiplin penulisan oleh para pensyarah yang benar-benar berpengetahuan, berpengalaman dan berkelayakan dalam bidang masing-masing. Tumpuan atau kursus teras Program Penulisan lebih kepada penulisan dramatik (drama pentas, drama televisyen dan lakon layar), meskipun kursus-kursus penulisan cereka, biografi, penulisan lirik dan non-kreatif turut ditawarkan. Orientasi pengajaran dan pembelajaran memberat kepada kerja-kerja praktikal (penghasilan naskhah/karya) di samping mendedahkan pelajar kepada ilmu-ilmu teori, sejarah, psikologi, apresiasi dan kritikan dalam penulisan. Kursus-kursus Program Penulisan di susun sedemikian rupa bagi di sesuaikan dengan keperluan dan permintaan industri seni persembahan dan seni layar (televisyen dan filem). Dibawah sistem modul, terdapat tiga bidang pengajian yang ditawarkan oleh Program Penulisan.

03/10/2026
PENSYARAH, ALUMNI FPKF UNGGULI ASIAN ACADEMY CREATIVE AWARDS (NATIONAL WINNER 2026) Fakulti Penulisan Kreatif dan Filem ...
01/10/2026

PENSYARAH, ALUMNI FPKF UNGGULI ASIAN ACADEMY CREATIVE AWARDS (NATIONAL WINNER 2026)

Fakulti Penulisan Kreatif dan Filem (FPKF) ASWARA merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah atas pencapaian membanggakan pensyarah dan alumni yang telah menempa nama di Asian Academy Creative Awards (National Winner 2026).

Tahniah dan syabas diucapkan kepada;

Siti Jasmina Ibrahim, Penulis Skrip Kerikil Depan Pintu (Pebbles in Front of the Door) - Best Single Drama/ Telemovie/ Anthology Episode

Ariff Zulkarnain, Pengarah Good Boys Go to Heaven - Best Drama Series

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada kepada kita untuk menghasilkan karya yang bermutu dan bernilai tinggi.

Tajamkan Pena!





PENSYARAH FPKF ASWARA SEBAGAI SIDANG PENULIS TEATER MUZIKAL MANSUR DAN LIUFakulti Penulisan Kreatif dan Filem mengucapka...
20/09/2026

PENSYARAH FPKF ASWARA SEBAGAI SIDANG PENULIS TEATER MUZIKAL MANSUR DAN LIU

Fakulti Penulisan Kreatif dan Filem mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada barisan tenaga pengajar fakulti yang terlibat sebagai Sidang Penulis bagi Teater Muzikal Mansur & Liu arahan Seniman Dato' M. Nasir. Idea asal bagi naskhah ini merupakan cetusan Allahyarham Zakaria Ariffin.

Barisan tenaga pengajar yang terlibat termasuklah:

Ts. Azrie Izham Hamzah
Puan Roziah Adama
En. Roydy Rokidy
Puan Azielahaneem Idris

Teater Muzikal Mansur & Liu dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya bermula 10 September 2026 hingga 20 September 2026.

Semoga pencapaian ini dapat menjadi inspirasi kepada kita untuk terus menghasilkan karya berkualiti di samping mengangkat nilai seni, budaya dan warisan negara.

Tajamkan Pena!




03/09/2026

PENCALONAN ANUGERAH PENULIS GURU 2026 SEMPENA FESTIVAL GEMA SISWA ASWARA KINI DIBUKA

Sempena penganjuran Festival Gema Siswa ASWARA, buat julung kalinya ASWARA melalui Fakulti Penulisan Kreatif dan Filem memperkenalkan Anugerah Penulis Guru 2026, sebuah penghargaan kepada warga pendidik yang giat berkecimpung dalam dunia penulisan dan penerbitan buku.

Anugerah Penulis Guru 2026 sempena Festival Gema Siswa 2026 terbuka kepada guru Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya yang telah menerbitkan sekurang-kurangnya sebuah buku perseorangan dalam tempoh tiga tahun terkini.

🏆 Satu calon bagi setiap sekolah
📝 Pencalonan kendiri atau oleh pihak sekolah
📅 Tarikh tutup: 21 September 2026

Imbas kod QR pada poster atau isi borang pencalonan di pautan yang disediakan.
Atau layari pautan berikut: https://forms.gle/H2ZaP3dyWAbrP3My7

Ayuh kita raikan guru yang bukan sahaja mendidik, tetapi turut menulis, mencipta dan menginspirasi generasi.





🎓 KEMASUKAN KE PROGRAM PENGAJIAN ASWARA SEPTEMBER 2026 MASIH DIBUKA!Berita baik buat anda yang bercita-cita untuk menyam...
30/07/2026

🎓 KEMASUKAN KE PROGRAM PENGAJIAN ASWARA SEPTEMBER 2026 MASIH DIBUKA!

Berita baik buat anda yang bercita-cita untuk menyambung pengajian dalam bidang penulisan kreatif, filem dan televisyen.

Inilah peluang untuk mengembangkan bakat, memperkukuh kemahiran dan membina masa depan dalam industri kreatif bersama Fakulti Penulisan Kreatif dan Filem, ASWARA.

Antara program yang ditawarkan ialah:

📘 Diploma Penulisan Kreatif
📗 Ijazah Sarjana Muda Penulisan dengan Kepujian (Penulisan Kreatif)
📕 Ijazah Sarjana Muda Penulisan dengan Kepujian (Penulisan Filem dan Televisyen)

✅ Semua program mendapat akreditasi MQA.
✅ Pinjaman pelajar dan bantuan pembiayaan pendidikan turut disediakan kepada pemohon yang layak.

Jangan biarkan bakat anda hanya tinggal sebagai impian. Mulakan perjalanan sebagai penulis, pencerita dan pengkarya bersama kami.

Sertai keluarga Fakulti Penulisan Kreatif dan Filem, ASWARA hari ini!

FESTIVAL FILEM VIDEO PELAJAR MALAYSIA KE-14 BUKA PENYERTAAN HINGGA 10 OGOS"Festival yang bertemakan “Manifestasi MADANI,...
23/07/2026

FESTIVAL FILEM VIDEO PELAJAR MALAYSIA KE-14 BUKA PENYERTAAN HINGGA 10 OGOS

"Festival yang bertemakan “Manifestasi MADANI, Mahakarya Generasi” itu dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan kerjasama Fakulti Penulisan Kreatif dan Filem, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) serta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)."

https://titikbaca.my/2026/07/21/festival-filem-video-pelajar-malaysia-ke-14-buka-penyertaan-hingga-10-ogos/

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Aswara FINAS Malaysia Filem & Televisyen Aswara Penulisan Kreatif Aswara

KUALA LUMPUR — Festival Filem Video Pelajar Malaysia Ke-14 (FFVPM14) kini membuka penyertaan kepada pelajar di seluruh negara yang berminat dan berbakat dalam bidang perfileman serta produksi video. Festival yang bertemakan “Manifestasi MADANI, Mahakarya Generasi” itu dianjurkan oleh Kementeri...

23/07/2026
🎬 FESTIVAL FILEM VIDEO PELAJAR MALAYSIA KE 14 (FFVPM14) PENYERTAAN KINI DIBUKA! 🎬🏆 Festival Filem Video Pelajar Malaysia...
21/07/2026

🎬 FESTIVAL FILEM VIDEO PELAJAR MALAYSIA KE 14 (FFVPM14) PENYERTAAN KINI DIBUKA! 🎬

🏆 Festival Filem Video Pelajar Malaysia Ke-14 (FFVPM14) kini membuka penyertaan kepada semua pelajar yang mempunyai minat dan bakat dalam bidang filem serta produksi video. Festival ini merupakan platform bagi pelajar untuk mengetengahkan karya kreatif, meneroka potensi sinematik, membina jaringan bersama komuniti perfileman serta bersaing secara sihat dalam menghasilkan karya terbaik.

Penyertaan terbuka kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS), Politeknik, Kolej Komuniti serta pelajar Sekolah Menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sertai FFVPM14 dan jadikan karya anda sebagai manifestasi idea, kreativiti serta perspektif generasi muda melalui medium filem dan video.

📅 Tempoh Penyertaan:
20 Julai 2026 – 10 Ogos 2026
🎥 Tema:

“Manifestasi MADANI, Mahakarya Generasi”

Jangan lepaskan peluang untuk:
✨ Menampilkan kreativiti dan bakat dalam bidang perfileman.
✨ Berkongsi karya yang memberi impak kepada masyarakat.
✨ Berpeluang memenangi pengiktirafan di peringkat kebangsaan.
✨ Membina jaringan bersama penggiat industri kreatif dan filem negara.

📲 Daftar sekarang dengan mengimbas kod QR pada poster atau melalui pautan pendaftaran yang disediakan.

Ayuh, jadikan karya anda sebagai suara generasi dan buktikan bahawa idea hebat mampu mengubah perspektif dunia.





*MULAKAN LANGKAH PERTAMA SEBAGAI PENULIS BERSAMA KAMI DI ASWARA*Minat bidang penulisan kreatif?Peluang keemasan kini ter...
22/06/2026

*MULAKAN LANGKAH PERTAMA SEBAGAI PENULIS BERSAMA KAMI DI ASWARA*

Minat bidang penulisan kreatif?

Peluang keemasan kini terbuka kepada anda yang berminat untuk menjadi penulis kreatif.

Kemasukan ke Fakulti Penulisan Kreatif dan Filem kini dibuka.

Teroka peluang menimba ilmu, pengalaman dan kemahiran menerusi program-program pengajian berikut:

🔵 Diploma Penulisan Kreatif
🟢 Ijazah Sarjana Muda Penulisan dengan Kepujian (Penulisan Kreatif)
🟡 Ijazah Sarjana Muda Penulisan dengan Kepujian (Penulisan Filem dan Televisyen)
-
📅 Tarikh Permohonan:
🟢 Fasa 1: 24 Februari – 13 Mei 2026
🟡 Fasa 2: 22 Jun – 21 Julai 2026

💡Dengan akreditasi penuh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
💡Kurikulum terkini berteraskan keperluan industri semasa
💡 Pembiayaan juga disediakan melalui pinjaman pendidikan ASWARA dan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).

Mohon sekarang menerusi pautan berikut:
https://admission.aswara.edu.my/

Ada soalan? DM kami di:
Instagram

atau

☎️ 03-2778 5971/6094/5960
📞Whatsapp : +6010-5816971

Sudilah kiranya berkongsi dengan mereka yang berminat dan berbakat dalam bidang penulisan kreatif.

Terima kasih!

Address

Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), 464 , Jalan Tun Ismail
Kuala Lumpur
50480

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penulisan Kreatif Aswara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Penulisan Kreatif Aswara:

Shortcuts

Share