08/12/2023
* Posting 3
Nama: Adrian Loo Lee Heng (299002)
Tema: Krisis Alam Sekitar
Tajuk: Kesan dan Langkah mengatasi pencemaran air
Pencemaran air telah menjadi isu yang semakin mendapat perhatian di seluruh dunia kerana impaknya yang serius terhadap ekosistem akuatik dan kesihatan manusia. Ia berlaku apabila bahan pencemar seperti bahan kimia, limbah industri, sisa pertanian dimasukkan ke dalam sumber air termasuk sungai, tasik, dan lautan. Pencemaran ini boleh berlaku melalui pelbagai cara, termasuk pembuangan sisa industri dan domestik secara langsung ke badan air, aliran air larian dari ladang yang mengandungi baja dan racun serangga, serta kebocoran dari tangki penyimpanan bawah tanah.
Kesan pencemaran air
Kesan pencemaran air terhadap ekosistem akuatik sangat serius. Hal ini kerana ia boleh mengakibatkan kematian ikan dan organisma akuatik lain, mengganggu kitaran makanan, dan mengurangkan kepelbagaian hidupan. Pencemaran air juga boleh menyebabkan berlakunya fenomena eutrofikasi, di mana pertumbuhan tumbuhan air dan alga meningkat secara dramatik, mengakibatkan kekurangan oksigen dalam air dan membahayakan kehidupan akuatik.
Di samping itu, pencemaran air juga mempunyai kesan langsung terhadap kesihatan manusia. kehidupan laut seperti ikan dan kerang yang ada di dalam laut dimakan oleh manusia boleh mengakibatkan penyakit berjangkit. Pembuangan sampah turut menyebabkan pembiakan dan memberi masalah kepada air dan manusia kerana sumber makanan manusia terdiri daripada air. Contohnya, yang belaku di teluk Minamata, Jepun, pencemaran toksik menyebabka nmanusia menjadi sakit kepala, kebas-kebas dan jarak penglihatan menjadi kabur.
Langkah-langkah mengatasi pencemaran air
Untuk mengatasi masalah ini, langkah-langkah perlindungan dan pemuliharaan sumber air perlu diambil. Antara langkah yang boleh dilakukan termasuk menguatkuasakan perundangan yang ketat berkaitan pembuangan sisa, mempromosikan teknologi rawatan air yang lebih canggih, dan menggalakkan penggunaan amalan pertanian yang mampan yang mengurangkan penggunaan baja dan racun serangga. Kesedaran masyarakat tentang kepentingan menjaga sumber air juga perlu ditingkatkan.
Selain itu, menyediakan tangki takungan bawah tanah yang dirawat. Untuk mengatasi masalah pelepasan air buangan domestik supaya tidak dilepaskan terus ke dalam sistem perparitan maka adalah perlu menyediakan tangki takungan bawah tanah dan dirawat menggunakan bioteknologi. Malah, pihak kerajaan seharusnya memperuntukkan sejumlah wang untuk sistem perparitan di kawasan perumahan terutama kawasan perindustrian dan juga pengusaha kedai makanan supaya dapat dibina saluran paip khas dan air buangan dapat dikumpulkan di kolam takungan sebelum disalirkan ke dalam sistem perparitan.
Akhir sekali, langkah pencegahan dan pendidikan adalah penting untuk memastikan sumber air kita bersih dan selamat untuk generasi akan datang. Melalui kerjasama antara pemerintah, industri, dan masyarakat, kita boleh mengurangkan pencemaran air dan melindungi ekosistem serta kesihatan manusia.