Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya

Directions Website Contact the university

Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya TRADEMARK PMKUM “PAKAT CAGHO, BEGHEH BLAKO” PMKUM sudah mula bertapak seawal tahun 1976 dan terus aktif menguruskan hal ehwal mahasiswa Kelantan.

Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya (PMKUM) merupakan sebuah persatuan yang menghimpunkan mahasiswa daripada negeri Kelantan Darul Naim yang menuntut di Universiti Malaya. Dengan sambutan dan sokongan yang tinggi, PMKUM terus menjadi persatuan anak negeri yang paling aktif dengan penganjuran program, aktiviti dan sebagainya. Lebih menarik apabila penglibatan dalam persatuan ini turut disertai oleh mahasiswa yang pelbagai latar belakang negeri, agama, bangsa dan fakulti pengajian. Fokus utama PMKUM adalah memberi perhatian kepada hal kebajikan anak-anak Kelantan khasnya disamping mengetengahkan nilai kemahiran kepada mahasiswa amnya. Jom sertai PMKUM ! Daftar di MyUM atau hubungi jawatankuasa persatuan.

“Pakat Cagho, Begheh Blako”

03/10/2026
*TERBANG TINGGI KE BUMI QATAR!*Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada Saudara Muhammad Ar...
24/09/2026

*TERBANG TINGGI KE BUMI QATAR!*

Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada Saudara Muhammad Arif Sabri Bin Sakri, Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya (PMKUM) Sesi 2025/2026, atas keberangkatan beliau mewakili Universiti Malaya bagi Program Mobiliti Jangka Panjang: Qatar University Visiting Student - Fall 2026 Semester.

Seluruh warga PMKUM mendoakan agar segala urusan persekolahan dan penerokaan ilmu di bumi Qatar dipermudahkan, berjalan lancar, serta memberikan pengalaman bernilai demi kemajuan mahasiswa dan persatuan.

Selamat berjuang dan harumkan nama Universiti Malaya di persada antarabangsa!

TAHNIAH & SYABAS  BARISAN KEPIMPINAN MAJLIS TERTINGGI PMKUM SESI 2026/2027Selamat menjalankan tugas diucapkan kepada bar...
24/09/2026

TAHNIAH & SYABAS BARISAN KEPIMPINAN MAJLIS TERTINGGI PMKUM SESI 2026/2027

Selamat menjalankan tugas diucapkan kepada barisan kepimpinan baharu Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya (PMKUM) bagi Sesi 2026/2027 yang dipimpin oleh Saudara T. Syam Edi Ahmad bersama barisan Majlis Tertinggi.

Semoga amanah dan tanggungjawab yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh komitmen, dedikasi serta integriti demi memperkukuh kebajikan dan kesejahteraan seluruh mahasiswa Kelantan di Universiti Malaya.

“Merintis Kepimpinan Mahasiswa Profesional”

TAHNIAH & SYABAS | DEDIKASI DAN KEJAYAAN   Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas diucapkan kepada Inspektor KS Nik M...
18/09/2026

TAHNIAH & SYABAS | DEDIKASI DAN KEJAYAAN

Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas diucapkan kepada Inspektor KS Nik Muhamad Naim bin Nik Ramzi, Sekretariat Akademik dan Intelektual, Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya (PMKUM) Sesi 2025/2026 atas pentauliahan beliau sebagai Inspektor Kor Sukarelawan Simpanan Polis.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh mahasiswa untuk terus berbakti, berdisiplin, dan mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang. Semoga segala urusan dan perkhidmatan beliau sentiasa dipermudahkan dan diberkati.

SELAMAT MAJU JAYA & SETIAP KEJAYAANBERMULA DENGAN LANGKAH PERTAMASetinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat maju jaya di...
15/09/2026

SELAMAT MAJU JAYA & SETIAP KEJAYAAN
BERMULA DENGAN LANGKAH PERTAMA

Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada Saudara T. Syam Edi Ahmad Tuan Mohd Shamsudddin, Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya (PMKUM) Sesi 2026/2027, atas perwakilan beliau membawa nama Universiti Malaya ke Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan.

Semoga urusan sepanjang majlis dipermudahkan
dan dapat membawa suara serta aspirasi
mahasiswa dan belia dengan jayanya.

“Pakat Cagho Begheh Blako”

📢 [PENCARIAN SEKRETARIAT PMKUM 26/27] 🔔Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera✨.Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Ma...
13/09/2026

📢 [PENCARIAN SEKRETARIAT PMKUM 26/27] 🔔

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera✨.

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya (PMKUM) sesi 2026/2027 sedang mencari Sekretariat PMKUM.

Pautan pendaftaran:
📌 *https://forms.gle/pV4mZknoawvpab3U6*

Berikut jawatan yang ditawarkan:
1. Kebajikan
2. Ekonomi dan Keusahawanan
3. Perhubungan Luar
4. Multimedia dan Teknikal
5. Akademik dan Intelektual
6. Sukan dan Rekreasi
7. Kesenian dan Kebudayaan

Tarikh permohonan:
📄 14-17 September 2026

Jangan lepaskan peluang anda!!🔥

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
☎️ 011-36066022 (Syam)
☎️ 010-6504403 (Nurin)

[TAHNIAH & SELAMAT BERTUGAS KEPADA MAJLIS TERTINGGI PMKUM SESI 2026/2027]Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.Setingg...
05/09/2026

[TAHNIAH & SELAMAT BERTUGAS KEPADA MAJLIS TERTINGGI PMKUM SESI 2026/2027]

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada barisan Majlis Tertinggi Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya (PMKUM) sesi 2026/2027 atas pelantikan yang telah diberikan.

Semoga amanah dan tanggungjawab yang digalas dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi, komitmen dan integriti dalam memimpin serta membawa PMKUM ke arah yang lebih cemerlang.

Selamat menjalankan amanah dan semoga terus menjadi barisan kepimpinan yang mampu membawa aspirasi mahasiswa Kelantan dengan penuh semangat dan kesungguhan.

Pakat Cagho Begheh Blako!

Address

Kuala Lumpur
50603

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya:

Shortcuts

Share