MAIWP Professional College

MAIWP Professional College Sebuah kolej milik penuh MAIWP yang menawarkan program sijil, diploma dan profesional yang berkualiti.

JASAMU DIKENANG, BUDI DISANJUNG 🌟Telah berlangsung Majlis Jasamu Dikenang sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima ka...
09/05/2026

JASAMU DIKENANG, BUDI DISANJUNG 🌟

Telah berlangsung Majlis Jasamu Dikenang sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih kepada barisan Ahli Lembaga Pengarah Institut Profesional Baitulmal Sdn Bhd (IPB) atas segala jasa, sumbangan serta komitmen sepanjang menggalas amanah dalam memacu kecemerlangan institusi.

Meraikan mereka dalam majlis ringkas ini adalah Prof. Madya Dr. Hj. Mohammad Firdaus Low Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif, Kolej Profesional MAIWP (KPMAIWP) bersama barisan Pengurusan Tertinggi KPMAIWP.

Dalam ucapan alu-aluannya bagi pihak KPMAIWP, Prof. Madya Dr. Hj. Mohammad Firdaus telah menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada kesemua mantan Ahli Lembaga Pengarah atas jasa bakti yang telah dicurahkan kepada KPMAIWP sehingga menjadi apa yang dapat disaksikan kini - sebuah institusi yang berdaya saing dengan pembangunan infrastruktur dan penjenamaan baharu untuk pembangunan anak-anak asnaf dan peluang pendidikan kepada semua, seiring dengan keperluan industri dan jaminan kerjaya.

Antara mantan Ahli Lembaga Pengarah yang diraikan ialah:
β€’ Tuan Haji Zuri Zabuddin bin Budiman
β€’ Datuk Dayang Sadiah binti Abg Bohan
β€’ Dr. Ruziah binti Ghazali
β€’ Dr. Haji Azmi bin Haji Harun
β€’ Puan Wan Azira binti Wan Salleh

Majlis turut menyambut kehadiran salah seorang Ahli Lembaga Pengarah baharu yang turut hadir pada majlis ini iaitu Tuan Hasri bin Harun.

Pada pagi hari yang sama, satu taklimat pengenalan juga telah diberikan kepada Ahli-ahli Lembaga Pengarah IPB yang baharu sebagai permulaan kepada perjalanan baharu di KPMAIWP dalam sebuah majlis tertutup di kolej.

Semoga segala jasa dan bakti yang dicurahkan menjadi inspirasi dalam meneruskan kecemerlangan KPMAIWP demi melahirkan generasi berilmu, berdaya saing dan berintegriti.



IKHLAS | ILTIZAM | IHTIRAM | IHSAN | ITTIHAD

πŸ“’πŸŽ“ Jelajah Pendidikan KPMAIWP – Kedah & Pulau Pinang πŸŽ“πŸ“’Jom sertai Jelajah Pendidikan KPMAIWP yang akan berlangsung di Ke...
08/05/2026

πŸ“’πŸŽ“ Jelajah Pendidikan KPMAIWP – Kedah & Pulau Pinang πŸŽ“πŸ“’

Jom sertai Jelajah Pendidikan KPMAIWP yang akan berlangsung di Kedah dan Pulau Pinang bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai peluang melanjutkan pengajian di Kolej Profesional MAIWP (KPMAIWP)! ✨

πŸ“ 9 Mei 2026
πŸ•£ 8:30 pagi – 12:30 petang
🏫 Bilik Kuliah, Masjid Jame’ Badlishah, Pekan Yan, Kedah

πŸ“ 10 Mei 2026
πŸ•˜ 9:00 pagi – 12:30 petang
🏫 Masjid Jamek Sungai Gelugor, Pulau Pinang

✨ Antara kelebihan di KPMAIWP:
βœ… Tiada yuran pendaftaran
βœ… Elaun bulanan sehingga RM450
βœ… Penginapan ditaja
βœ… Kebolehpasaran graduan tinggi

πŸ“Œ Imbas kod QR pada poster untuk maklumat lanjut.

Jangan lepaskan peluang untuk membina masa depan bersama KPMAIWP! πŸ’ΌπŸ“š

07/05/2026
07/05/2026
[KPMAIWP JALIN KERJASAMA STRATEGIK PERKASA MODAL INSAN INKLUSIF]Kuala Lumpur, 6 Mei 2026 β€” Kolej Profesional MAIWP (KPMA...
06/05/2026

[KPMAIWP JALIN KERJASAMA STRATEGIK PERKASA MODAL INSAN INKLUSIF]

Kuala Lumpur, 6 Mei 2026 β€” Kolej Profesional MAIWP (KPMAIWP) terus mengorak langkah memperkukuh peranan sebagai institusi pendidikan TVET apabila memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama empat rakan strategik iaitu PERKIM, Vortex Real Estate Academy Sdn. Bhd., Gather Building Management Sdn. Bhd. (GBM) dan MLP Property Management (MLP).

Kerjasama ini bertujuan memperkasa pembangunan modal insan serta memperluas akses pendidikan dan latihan yang lebih relevan dengan keperluan industri, khususnya kepada golongan asnaf dan komuniti yang memerlukan.

Melalui kolaborasi ini:
✨ PERKIM akan memberi fokus kepada pembangunan pendidikan mualaf serta program kemahiran dan kebajikan
✨ Vortex Real Estate Academy terlibat dalam pembangunan kurikulum Program Sijil Operasi Bangunan dan Penyelenggaraan
✨ GBM dan MLP berperanan sebagai rakan industri melalui latihan praktikal, latihan industri dan perkongsian kepakaran

Lebih signifikan, program ini turut dibuka kepada peserta bukan Islam sebagai langkah memperluas akses pendidikan yang inklusif dan merentasi latar belakang.

Menurut Prof. Madya Dr. Haji Mohammad Firdaus Low Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Profesional MAIWP (KPMAIWP), kerjasama strategik ini menjadi kunci dalam memastikan institusi pendidikan terus relevan serta mampu membuka lebih banyak peluang kepada masyarakat.

Inisiatif ini dijangka melahirkan graduan berkemahiran tinggi, kompeten dan bersedia memenuhi keperluan industri.

Setinggi-tinggi Tahniah diucapkan kepada YBhs. Dr. Mohd Faridh Hafez Bin Mhd Omar atas pelantikan sebagai Ketua Pegawai ...
05/05/2026

Setinggi-tinggi Tahniah diucapkan kepada YBhs. Dr. Mohd Faridh Hafez Bin Mhd Omar atas pelantikan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa – MAIWP, berkuat kuasa pada 1 Mei 2026.

Seluruh warga kerja, pengurusan tertinggi, serta Ahli Lembaga Pengarah Kolej Profesional MAIWP (KPMAIWP) mendoakan semoga Dr. terus maju jaya dan sukses dalam memimpin Yayasan Taqwa.



IKHLAS | ILTIZAM | IHTIRAM | IHSAN | ITTIHAD

Setinggi-tinggi Tahniah diucapkan kepada YBhg. Dato' Roslina Binti Zainal atas pelantikan sebagai Pengerusi Lembaga Peng...
05/05/2026

Setinggi-tinggi Tahniah diucapkan kepada YBhg. Dato' Roslina Binti Zainal atas pelantikan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Antarabangsa MAIWP (UNIMAIWP), berkuat kuasa pada 21 April 2026.

Seluruh warga kerja, pengurusan tertinggi, serta Ahli Lembaga Pengarah Kolej Profesional MAIWP (KPMAIWP) mendoakan semoga Dato' terus cemerlang dan membawa UNIMAIWP ke tahap yang lebih tinggi.



IKHLAS | ILTIZAM | IHTIRAM | IHSAN | ITTIHAD

Setinggi-tinggi Tahniah diucapkan kepada YBhg. Dato' Haji Ahmad Azam Ab. Rahman atas pelantikan sebagai Pengerusi Pusat ...
05/05/2026

Setinggi-tinggi Tahniah diucapkan kepada YBhg. Dato' Haji Ahmad Azam Ab. Rahman atas pelantikan sebagai Pengerusi Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, berkuat kuasa pada 21 April 2026.

Seluruh warga kerja, pengurusan tertinggi, serta Ahli Lembaga Pengarah Kolej Profesional MAIWP (KPMAIWP) mendoakan semoga Dato' Haji terus sukses dan beroleh kejayaan dalam menerajui institusi yang penting ini.



IKHLAS | ILTIZAM | IHTIRAM | IHSAN | ITTIHAD

Setinggi-tinggi Tahniah diucapkan kepada YBhg. Dato' Mohamad Bin S. Ahmad atas pelantikan sebagai Pengerusi Lembaga Peme...
05/05/2026

Setinggi-tinggi Tahniah diucapkan kepada YBhg. Dato' Mohamad Bin S. Ahmad atas pelantikan sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan, berkuat kuasa pada 21 April 2026.

Seluruh warga kerja, pengurusan tertinggi, serta Ahli Lembaga Pengarah Kolej Profesional MAIWP (KPMAIWP) mendoakan semoga Dato' terus cemerlang dalam menggalas amanah dan tanggungjawab yang diberikan.



IKHLAS | ILTIZAM | IHTIRAM | IHSAN | ITTIHAD

Address

KOLEJ PROFESIONAL BAITULMAL KUALA LUMPUR
Kuala Lumpur
55100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60392814054

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MAIWP Professional College posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to MAIWP Professional College:

Share