17/09/2018
Siapa s**a main KUTU ?? Baca dan sebarkan knowledge ini.
Di bawah Sek 3 Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971
'Salah di sisi undang-undang menjalankan perniagaan menganjurkan kumpulan wang kutu'
Salah di sisi undang-undang bagi mana-mana orang untuk menjalankan perniagaan menganjurkan kumpulan wang kutu dan mana-mana orang yang menjalankan perniagaan itu melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
---------------------------------------------------------------------------
So, lepas ni kalau ada ibu kutu yang lari, jangan cakap admin tak payung info bagi tau permainan KUTU itu DILARANG. 🙄
Tetapi jika ibu kutu lari, anda tetap boleh buat repot Polis di balai berhampiran dan kebiasaannya kes ini akan dipindahkan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk disiasat.
Ini adalah contoh kes-kes yang disiasat oleh agensi / badan lain selain PDRM.