Masjid UTM Kuala Lumpur

Call Directions Website Contact the university

Masjid UTM Kuala Lumpur Pusat Islam UTM Kuala Lumpur
www.facebook.com/PusatIslamUTMKL

Pusat Islam UTM Kuala Lumpur,
Jalan Maktab,
Off Jalan Sultan Yahya Petra,
54100 Kuala Lumpur,
Malaysia

Bila hidup terasa berat, jangan jauhkan diri daripada solat. ๐Ÿฅ€Kita selalu mencari manusia saat diuji, sedangkan Allah su...
28/09/2026

Bila hidup terasa berat, jangan jauhkan diri daripada solat. ๐Ÿฅ€
Kita selalu mencari manusia saat diuji, sedangkan Allah sudah menyediakan tempat untuk kita mengadu.

Jangan tunggu hati tenang baru mahu solat. Solatlah, kerana di situlah kita mencari ketenangan.

Dunia mungkin tak mendengar tangisanmu, tetapi Allah Maha Mendengar setiap doa dalam sujudmu. ๐Ÿคฒ

"Adab bermula dengan menjaga solat"



@topfans

Gaji lambat masuk, kita gelisah.Solat lama ditinggalkan, hati masih rasa biasa.Takut tak cukup duit, tapi tak takut hila...
23/09/2026

Gaji lambat masuk, kita gelisah.
Solat lama ditinggalkan, hati masih rasa biasa.
Takut tak cukup duit, tapi tak takut hilang rahmat Allah. ๐Ÿ˜”

"Adab bermula dengan menjaga solat"

Kita hanya nampak jalan yang sedang dilalui,tetapi Allah tahu ke mana akhirnya kita akan sampai.
22/09/2026

Kita hanya nampak jalan yang sedang dilalui,
tetapi Allah tahu ke mana akhirnya kita akan sampai.

๐๐จ๐ฎ๐ฌ๐ญ๐ž๐š๐ ๐‡๐ž๐š๐ฏ๐ฒ ๐ˆ๐ง๐๐ฎ๐ฌ๐ญ๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ๐‚๐จ๐ซ๐ฉ๐จ๐ซ๐š๐ญ๐ข๐จ๐ง ๐๐ž๐ซ๐ก๐š๐ (๐๐‡๐ˆ๐‚) ๐’๐š๐ฅ๐ฎ๐ซ ๐–๐š๐ค๐š๐ฅ๐š๐ก ๐™๐š๐ค๐š๐ญ, ๐’๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐ง๐ข ๐Ÿ“๐ŸŽ ๐Œ๐š๐ก๐š๐ฌ๐ข๐ฌ๐ฐ๐š ๐”๐“๐Œ ๐Š๐ฎ๐š๐ฅ๐š ๐‹๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ซKUALA LUMP...
18/09/2026

๐๐จ๐ฎ๐ฌ๐ญ๐ž๐š๐ ๐‡๐ž๐š๐ฏ๐ฒ ๐ˆ๐ง๐๐ฎ๐ฌ๐ญ๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ๐‚๐จ๐ซ๐ฉ๐จ๐ซ๐š๐ญ๐ข๐จ๐ง ๐๐ž๐ซ๐ก๐š๐ (๐๐‡๐ˆ๐‚) ๐’๐š๐ฅ๐ฎ๐ซ ๐–๐š๐ค๐š๐ฅ๐š๐ก ๐™๐š๐ค๐š๐ญ, ๐’๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐ง๐ข ๐Ÿ“๐ŸŽ ๐Œ๐š๐ก๐š๐ฌ๐ข๐ฌ๐ฐ๐š ๐”๐“๐Œ ๐Š๐ฎ๐š๐ฅ๐š ๐‹๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ซ

KUALA LUMPUR, 18 September 2026 โ€“ Seramai 50 orang mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur yang terdiri daripada pelajar program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda menerima sumbangan Wakalah Zakat berjumlah RM25,000 daripada Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC) bagi membantu mereka menyiapkan Projek Tahun Akhir atau Final Year Project (FYP).

Sumbangan tersebut disampaikan dalam Program Sumbangan Kewangan Bersama BHIC kepada mahasiswa FYP UTM Kuala Lumpur yang berlangsung di perkarangan Kaunter Kutipan Zakat PPZ-UTMKL, Masjid UTM Kuala Lumpur pada hari ini.

Majlis turut dihadiri oleh YBrs. Encik Feroz Razi Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif BHIC, YBrs. Tuan Haji Mohammed Hassan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Pusat Pungutan Zakat โ€“ Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) serta Prof. Madya Dr. Mohd Alโ€™Ikhsan bin Ghazali, Timbalan Pengarah Pusat Islam UTM Kuala Lumpur.

Setiap mahasiswa menerima sumbangan sebanyak RM500 yang diharapkan dapat membantu menampung keperluan berkaitan pelaksanaan projek akhir pengajian.

Sumbangan ini juga mencerminkan keprihatinan pihak industri dalam menyokong pembangunan pendidikan dan kebajikan mahasiswa, khususnya mereka yang sedang berada di peringkat akhir pengajian.

Menariknya, selepas selesai acara simbolik penyerahan sumbangan dan cek cura, para tetamu kehormat turut berkesempatan mengadakan lawatan ke pameran FYP yang menampilkan hasil projek beberapa orang mahasiswa UTM Kuala Lumpur.

Dalam sesi tersebut, para mahasiswa berpeluang menerangkan projek masing-masing kepada para tetamu, termasuk idea, proses pembangunan serta potensi dan manfaat hasil projek yang dihasilkan.

Sesi lawatan ini bukan sahaja memberi peluang kepada pihak industri untuk mengenali hasil inovasi mahasiswa, malah menjadi ruang kepada mahasiswa untuk berkongsi idea serta mendapatkan pendedahan secara langsung dengan pihak industri.

Kerjasama antara BHIC, PPZ-MAIWP dan UTM Kuala Lumpur ini memperlihatkan bagaimana dana Wakalah Zakat dapat dimanfaatkan secara langsung bagi menyokong keperluan pendidikan mahasiswa.

Melalui peranan Pusat Islam UTM Kuala Lumpur sebagai ejen PPZ-MAIWP, usaha menyampaikan manfaat zakat kepada warga universiti dapat dilaksanakan dengan lebih dekat dan berkesan.

Pihak UTM Kuala Lumpur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada BHIC dan PPZ-MAIWP atas keprihatinan serta sokongan yang diberikan kepada mahasiswa UTM.

Semoga sumbangan ini menjadi pemangkin kepada 50 mahasiswa penerima untuk terus berusaha menyiapkan projek akhir pengajian dengan jayanya, seterusnya melahirkan graduan yang berilmu, berkemahiran dan mampu memberikan manfaat kepada masyarakat serta negara.


๐ŸŒŸ๐’๐Œ๐€๐‘๐“ ๐‚๐€๐‹๐ˆ๐๐‡ ๐Ÿ“.๐ŸŽ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐ŸŒŸAlhamdulillah, tirai ๐’๐Œ๐€๐‘๐“ ๐‚๐€๐‹๐ˆ๐๐‡ ๐Ÿ“.๐ŸŽ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” telah dilabuhkan dengan penuh kenangan dan rasa syukur...
04/09/2026

๐ŸŒŸ๐’๐Œ๐€๐‘๐“ ๐‚๐€๐‹๐ˆ๐๐‡ ๐Ÿ“.๐ŸŽ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐ŸŒŸ

Alhamdulillah, tirai ๐’๐Œ๐€๐‘๐“ ๐‚๐€๐‹๐ˆ๐๐‡ ๐Ÿ“.๐ŸŽ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” telah dilabuhkan dengan penuh kenangan dan rasa syukur.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa atas kepercayaan, sokongan serta komitmen yang diberikan sepanjang program ini berlangsung.

Semoga setiap ilmu, pengalaman dan nilai murni yang dipelajari menjadi bekalan dalam membentuk generasi soleh, berilmu, beradab dan berjiwa pemimpin.

Segala pandangan dan cadangan amat kami hargai demi menambah baik penganjuran program pada masa akan datang.

Jutaan kemaafan dipohon atas segala kekurangan dan kekhilafan sepanjang program ini berlangsung. Yang baik datang daripada Allah SWT, manakala segala kekurangan datang daripada kelemahan kami sendiri.

Semoga kita bertemu lagi dalam Smart Caliph yang akan datang, insya-Allah.๐Ÿคฒ๐Ÿปโœจ

Ye.. kami sediakan tempat untuk anak2 buat persediaan hadapi peperiksaan UPKK.. mai daftar cepat,, 2 hari lagi tutup pen...
26/08/2026

Ye.. kami sediakan tempat untuk anak2 buat persediaan hadapi peperiksaan UPKK.. mai daftar cepat,, 2 hari lagi tutup penyertaan,, peluang hanya sekali,, kita nak pastikan A+ milik anak2 anda,,

@topfans

๐‚๐ข๐ง๐ญ๐š ๐ฉ๐š๐๐š ๐‘๐š๐ฌ๐ฎ๐ฅ๐ฎ๐ฅ๐ฅ๐š๐ก ๐’๐€๐– bukan sekadar di bibir. Buktikan dengan menjaga solat, mendampingi al-Quran dan memperbanyak s...
26/08/2026

๐‚๐ข๐ง๐ญ๐š ๐ฉ๐š๐๐š ๐‘๐š๐ฌ๐ฎ๐ฅ๐ฎ๐ฅ๐ฅ๐š๐ก ๐’๐€๐– bukan sekadar di bibir. Buktikan dengan menjaga solat, mendampingi al-Quran dan memperbanyak selawat. ๐ŸŒน ๏ทบ

๐Ÿ๐Ÿ ๐‘๐š๐›๐ข๐ฎ๐ฅ๐š๐ฐ๐š๐ฅ | ๐Œ๐ž๐ง๐ ๐ข๐ง๐ ๐š๐ญ๐ข ๐Š๐ž๐ฅ๐š๐ก๐ข๐ซ๐š๐ง ๐‰๐ฎ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ง ๐๐ž๐ฌ๐š๐ซ ๐๐š๐›๐ข ๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ฆ๐ฆ๐š๐ ๏ทบBukan sekadar mengingati hari kelahiran Baginda, tet...
24/08/2026

๐Ÿ๐Ÿ ๐‘๐š๐›๐ข๐ฎ๐ฅ๐š๐ฐ๐š๐ฅ | ๐Œ๐ž๐ง๐ ๐ข๐ง๐ ๐š๐ญ๐ข ๐Š๐ž๐ฅ๐š๐ก๐ข๐ซ๐š๐ง ๐‰๐ฎ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ง ๐๐ž๐ฌ๐š๐ซ ๐๐š๐›๐ข ๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ฆ๐ฆ๐š๐ ๏ทบ

Bukan sekadar mengingati hari kelahiran Baginda, tetapi inilah masanya kita hidupkan kembali rasa cinta kepada Rasulullah ๏ทบ.

Banyakkan selawat. Ringankan lidah menyebut nama Baginda. โค๏ธ
ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ูˆุณู„ู… ูˆุจุงุฑูƒ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ู‡ ูˆุตุญุจู‡ ุฃุฌู…ุนูŠู†

Kalau benar kita rindu Rasulullah ๏ทบ, jangan biarkan hari berlalu tanpa berselawat.

โœจ Jom berselawat. Jom hidupkan sunnah. Jom suburkan cinta kepada Baginda ๏ทบ.


๐๐„๐‚๐”๐“๐€๐ ๐“๐„๐‘๐€๐Š๐‡๐ˆ๐‘ ๐๐„๐๐ƒ๐€๐…๐“๐€๐‘๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‚๐”๐“๐ˆ ๐’๐„๐Š๐Ž๐‹๐€๐‡: ๐‰๐Ž๐Œ ๐’๐„๐‘๐“๐€๐ˆ ๐”๐๐Š๐Š ๐€-๐๐”๐„๐’๐“ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Exam UPKK tinggal berapa bulan je lagi.. ...
24/08/2026

๐๐„๐‚๐”๐“๐€๐ ๐“๐„๐‘๐€๐Š๐‡๐ˆ๐‘ ๐๐„๐๐ƒ๐€๐…๐“๐€๐‘๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‚๐”๐“๐ˆ ๐’๐„๐Š๐Ž๐‹๐€๐‡: ๐‰๐Ž๐Œ ๐’๐„๐‘๐“๐€๐ˆ ๐”๐๐Š๐Š ๐€-๐๐”๐„๐’๐“ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Exam UPKK tinggal berapa bulan je lagi.. persoalannya.. anak2 dah bersedia ke? daftar sekarang sebelum tarikh tutup penyertaan.

@topfans

AYUH!!!.. Anak anda perlukan A+ setiap subjek UPKK.. x cukup belajar dalam kelas sahaja.. anak2 perlukan pendedahan deng...
20/08/2026

AYUH!!!.. Anak anda perlukan A+ setiap subjek UPKK.. x cukup belajar dalam kelas sahaja.. anak2 perlukan pendedahan dengan pakar2 ketua pemeriksa UPKK dan penggubal soalan UPKK.. rugi x ambil peluang ini..

pendaftaran masih dibuka...daftar secara berkumpulan kami terima,, ada diskaun tau!!.


Address

UTM Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
54100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 05:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60189291266

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid UTM Kuala Lumpur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Masjid UTM Kuala Lumpur:

Shortcuts

Share