Office of Deputy Vice-Chancellor : Research & Innovation UTM KL

Directions Website Contact the university

Office of Deputy Vice-Chancellor : Research & Innovation UTM KL Office of Deputy Vice-Chancellor (Research & Innovation) is a centre of administration and research

MENGUKUHKAN SINERGI TEKNOLOGI & INOVASI KESIHATAN: SEKSYEN STRATEGI & HUBUNGAN LUAR PTNCPI UTM KL ADAKAN SESI PERBINCANG...
07/10/2026

MENGUKUHKAN SINERGI TEKNOLOGI & INOVASI KESIHATAN: SEKSYEN STRATEGI & HUBUNGAN LUAR PTNCPI UTM KL ADAKAN SESI PERBINCANGAN STRATEGIK BERSAMA SECOND HEART ASIA SDN BHD

Kuala Lumpur, 7 Okt 26 - Memperkasa Sektor Kesihatan & Inovasi: Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UTM Kuala Lumpur telah melangsungkan Sesi Taklimat Pengenalan dan Kerjasama Strategik secara dalam talian bersama pihak Second Heart Asia Sdn Bhd. Perbincangan berfokus ini meneroka peluang jalinan kolaborasi mampan dalam projek penyelidikan inovatif, pemindahan teknologi (KTP), pengoptimuman fasiliti makmal, serta penglibatan pakar demi memperkukuh ekosistem penyelidikan dan pembangunan (R&D) antara industri dan universiti.

PEMERKASAAN JALINAN STRATEGIK: SEKSYEN STRATEGI & HUBUNGAN LUAR PEJABAT TNCPI UTM KL TEROKA POTENSI KERJASAMA BERSAMA G ...
07/10/2026

PEMERKASAAN JALINAN STRATEGIK: SEKSYEN STRATEGI & HUBUNGAN LUAR PEJABAT TNCPI UTM KL TEROKA POTENSI KERJASAMA BERSAMA G PLUS TECH SDN BHD

Kuala Lumpur, 7 Okt 26 - Meningkatkan Sinergi Akademi-Industri: Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UTM Kuala Lumpur telah menganjurkan Sesi Taklimat Pengenalan dan Kerjasama Strategik secara dalam talian bersama pihak G Plus Tech Sdn Bhd. Perbincangan berfokus ini meneroka ruang jalinan pintar dalam pembangunan projek inovasi, pemindahan teknologi (KTP), pemerkasaan fasiliti makmal, serta pendedahan industri mampan demi melonjakkan kecemerlangan kedua-dua pihak.

𝑺𝒆𝒕𝒊𝒏𝒈𝒈𝒊-𝒕𝒊𝒏𝒈𝒈𝒊 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒉𝒂𝒓𝒈𝒂𝒂𝒏 & 𝑻𝒆𝒓𝒊𝒎𝒂 𝑲𝒂𝒔𝒊𝒉 Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTM Kuala Lumpur me...
02/10/2026

𝑺𝒆𝒕𝒊𝒏𝒈𝒈𝒊-𝒕𝒊𝒏𝒈𝒈𝒊 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒉𝒂𝒓𝒈𝒂𝒂𝒏 & 𝑻𝒆𝒓𝒊𝒎𝒂 𝑲𝒂𝒔𝒊𝒉

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTM Kuala Lumpur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada:

𝐸𝑛. 𝐹𝑎𝑑ℎ𝑖𝑙𝑎𝑙 𝐻𝑎𝑧𝑖𝑚 𝑏𝑖𝑛 𝐹𝑎𝑘ℎ𝑟𝑢𝑟𝑎𝑑𝑧𝑖
𝑃𝑢𝑎𝑛 𝑁𝑢𝑟 '𝐴𝑎𝑖𝑛𝑎𝑎 𝑏𝑖𝑛𝑡𝑖 𝑀𝑢𝑛𝑖𝑟
𝐸𝑛. 𝑀𝑢ℎ𝑎𝑚𝑚𝑎𝑑 𝐻𝑎𝑟𝑖𝑧 𝑏𝑖𝑛 𝑀𝑜ℎ𝑎𝑚𝑚𝑎𝑑 𝐷𝑎𝑚𝑎𝑛ℎ𝑢𝑟𝑖

atas segala sumbangan, komitmen dan dedikasi sepanjang berkhidmat di Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTM Kuala Lumpur.

Sesungguhnya, segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan amat dihargai dan akan sentiasa dikenang.

🌷 Selamat Maju Jaya dan Selamat Menjalankan Tugas di tempat baharu.

Semoga terus melakar kejayaan, dipermudahkan segala urusan serta sentiasa diberikan kesihatan, kecemerlangan dan keberkatan dalam setiap langkah perjalanan kerjaya.

𝐼𝑘ℎ𝑙𝑎𝑠 𝑑𝑎𝑟𝑖𝑝𝑎𝑑𝑎
Warga Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
UTM Kuala Lumpur

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐀𝐂𝐀𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐒𝐈𝐍 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐀𝐅 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐓𝐍𝐂𝐏𝐈𝐊𝐋Alhamdulillah, telah berl...
02/10/2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐀𝐂𝐀𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐒𝐈𝐍 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐀𝐅 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐓𝐍𝐂𝐏𝐈𝐊𝐋

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat secara dalam talian pada 2 Oktober 2026 (Jumaat) bagi mendoakan kesejahteraan, kesihatan dan kesembuhan buat warga Pejabat TNCPIKL serta ahli keluarga yang sedang diuji dengan masalah kesihatan.

Majlis ini turut dikhususkan buat:

🤲 𝑷𝒖𝒂𝒏 𝑴𝒊𝒔𝒂𝒔𝒕𝒊𝒌𝒂 𝒃𝒊𝒏𝒕𝒊 𝑴𝒊𝒔𝒍𝒂𝒏 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒔𝒆𝒅𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒆𝒏𝒆𝒓𝒊𝒎𝒂 𝒓𝒂𝒘𝒂𝒕𝒂𝒏 𝒅𝒊 𝒉𝒐𝒔𝒑𝒊𝒕𝒂𝒍

🤲 𝑺𝒖𝒂𝒎𝒊 𝑷𝒖𝒂𝒏 𝑯𝒂𝒇𝒊𝒛𝒂𝒉 𝒃𝒊𝒏𝒕𝒊 𝑨𝒉𝒎𝒂𝒅 𝑷𝒖𝒂'𝒂𝒕

🤲 𝑨𝒏𝒂𝒌𝒂𝒏𝒅𝒂 𝑷𝒖𝒂𝒏 𝒁𝒂𝒊𝒏𝒂𝒃 𝒃𝒊𝒏𝒕𝒊 𝑹𝒂𝒎𝒛𝒂𝒏

🤲 𝑰𝒃𝒖𝒏𝒅𝒂 𝑬𝒏𝒄𝒊𝒌 𝑴𝒖𝒉𝒂𝒎𝒎𝒂𝒅 𝑨𝒛𝒓𝒊 𝒃𝒊𝒏 𝑰𝒃𝒓𝒂𝒉𝒊𝒎

Majlis telah diketuai oleh Encik Mohd. Hairil Hafiz bin Hasim, manakala bacaan Yasin telah dipimpin oleh Encik Rosshainie bin Hamzah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua warga Pejabat TNCPIKL yang meluangkan masa untuk bersama-sama membaca Yasin dan menitipkan doa.

🤲 Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan yang sempurna, kesihatan yang berpanjangan, kekuatan dan ketabahan kepada mereka yang sedang diuji serta seluruh ahli keluarga. Semoga segala doa yang dipanjatkan diperkenankan oleh Allah SWT.**

“𝐃𝐚𝐧 𝐚𝐩𝐚𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐚𝐤𝐮 𝐬𝐚𝐤𝐢𝐭, 𝐃𝐢𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐞𝐦𝐛𝐮𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐤𝐮.”
— 𝑆𝑢𝑟𝑎ℎ 𝑎𝑙-𝑆𝑦𝑢'𝑎𝑟𝑎', 26:80

JK Kesejahteraan
PTNCPIKL

🏆𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐂𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐀𝐍𝐆 (𝐀𝐏𝐂) 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓🏆Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada P...
01/10/2026

🏆𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐂𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐀𝐍𝐆 (𝐀𝐏𝐂) 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓🏆

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UTM Kuala Lumpur atas pengiktirafan yang diterima semasa Majlis Citra Karisma 2026 pada 24 September 2026.

Anugerah ini merupakan penghargaan atas komitmen, dedikasi, integriti serta kecemerlangan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab, di samping memberikan sumbangan bermakna kepada kecemerlangan perkhidmatan di UTM.

Semoga pengiktirafan ini menjadi suntikan semangat untuk terus mengekalkan prestasi cemerlang, memperkukuh budaya kerja berprestasi tinggi serta terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada universiti.

🌟 Tahniah dan syabas atas pencapaian yang membanggakan!

𝐏𝐓𝐍𝐂𝐏𝐈𝐊𝐋 𝐔𝐊𝐈𝐑 𝐏𝐄𝐍𝐂𝐀𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐋𝐄𝐒𝐓𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍 (𝐊𝐀𝐓𝐄𝐆𝐎𝐑𝐈 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍/𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓) 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓KUALA LUMPUR, 24 September...
01/10/2026

𝐏𝐓𝐍𝐂𝐏𝐈𝐊𝐋 𝐔𝐊𝐈𝐑 𝐏𝐄𝐍𝐂𝐀𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐋𝐄𝐒𝐓𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍 (𝐊𝐀𝐓𝐄𝐆𝐎𝐑𝐈 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍/𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓) 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓

KUALA LUMPUR, 24 September 2026 – Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UTM Kuala Lumpur (PTNCPIKL) telah memperoleh pengiktirafan Tempat Ketiga dengan penarafan 5 Green Leaf bagi Kategori Jabatan/Pejabat dalam Anugerah Kelestarian UTM 2025. Pengiktirafan tersebut telah disampaikan sempena Majlis Citra Karisma 2026 sebagai penghargaan terhadap usaha pejabat dalam menerapkan amalan kelestarian di tempat kerja.

Pencapaian ini menjadi bukti kepada usaha PTNCPIKL dalam menyemai kesedaran dan menggalakkan pengamalan gaya kerja yang lebih lestari dalam kalangan warga pejabat. Pelbagai inisiatif yang menitikberatkan aspek penjagaan alam sekitar, penggunaan sumber secara berhemah dan penglibatan warga kerja merupakan antara elemen penting dalam menyokong aspirasi kelestarian universiti.

Kejayaan yang diraih ini turut mencerminkan kepentingan kerjasama dan komitmen kolektif seluruh warga PTNCPIKL dalam menjayakan agenda kelestarian. Sokongan pihak pengurusan serta penglibatan aktif jawatankuasa dan warga pejabat menjadi asas kepada pelaksanaan inisiatif yang dapat menyumbang kepada persekitaran kerja yang lebih kondusif, bertanggungjawab dan mampan.

Pencapaian ini diharapkan dapat menyuntik semangat kepada seluruh warga PTNCPIKL untuk terus memperluas pelaksanaan amalan hijau serta menjadikan kelestarian sebagai sebahagian daripada budaya kerja seharian.

Syabas dan tahniah kepada seluruh warga PTNCPIKL atas kejayaan ini! Semoga pengiktirafan yang diterima menjadi pemangkin kepada usaha yang lebih progresif dalam memperkukuh budaya kelestarian selaras dengan aspirasi UTM untuk mewujudkan persekitaran yang lestari dan sejahtera.

BANGI, 15 Sept. – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur memperkukuh amalan pengurusan sisa terjadual melalui ...
29/09/2026

BANGI, 15 Sept. – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur memperkukuh amalan pengurusan sisa terjadual melalui penganjuran Sesi Perkongsian Amalan Terbaik Sistem Pengurusan Sisa Terjadual bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bilik Mesyuarat Fizik, Bangunan Sains Fizik, Fakulti Sains dan Teknologi (FST), UKM, hari ini.

Read more.

18/09/2026

Buat yang terbaik dalam tugas hari ini, kerana hasil yang besar, bermula dari usaha yang kecil


🇲🇾❤️𝐅𝐀𝐈 𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀 𝐌𝐈𝐒𝐒𝐈𝐎𝐍 𝟔𝟗: 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐑𝐀𝐊 𝐏𝐀𝐓𝐑𝐈𝐎𝐓𝐈𝐒𝐌𝐄, 𝐄𝐑𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐋𝐀𝐓𝐔𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐏𝐓𝐍𝐂𝐏𝐈 𝐔𝐓𝐌 𝐊𝐋KUALA LUMPUR, 15 September 2026 ...
17/09/2026

🇲🇾❤️𝐅𝐀𝐈 𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀 𝐌𝐈𝐒𝐒𝐈𝐎𝐍 𝟔𝟗: 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐑𝐀𝐊 𝐏𝐀𝐓𝐑𝐈𝐎𝐓𝐈𝐒𝐌𝐄, 𝐄𝐑𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐋𝐀𝐓𝐔𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐏𝐓𝐍𝐂𝐏𝐈 𝐔𝐓𝐌 𝐊𝐋

KUALA LUMPUR, 15 September 2026 – Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2026, warga Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) (PTNCPI), UTM Kuala Lumpur telah menyertai FAI Merdeka Mission 69 anjuran Fakulti Kecerdasan Buatan (FAI), UTM yang berlangsung di Gelanggang Bola Keranjang, UTM Kuala Lumpur.

Penyertaan PTNCPI menerusi dua kump**an melibatkan seramai 12 orang warga PTNCPI, iaitu The Lab Warriors disertai oleh Mohd Hairil Hafiz bin Hasim, Mohd Amin bin Hassan, Ahmad Fadhli bin Mohd Suhaimi, Noor Aniza binti Ghazali, Suhaini binti Mashuri dan Sarah Nadeha binti Samad. Manakala Wira Tech p**a disertai oleh Shamrie bin Jamaludin, Amirulhail bin Ishak, Muhammad Khairuddin bin Mohd Karim, Norhayati binti Abdullah, Norizah binti Aziz dan Norlaili binti Abd Jalal. Program ini menghimpunkan 8 kump**an daripada pelbagai jabatan di UTM Kuala Lumpur dengan setiap kump**an terdiri daripada enam orang peserta.

'FAI Merdeka Mission 69' menampilkan pelbagai aktiviti berkonsepkan Merdeka Games yang mengetengahkan elemen kerjasama berpasukan, komunikasi, kreativiti, kepimpinan dan semangat kesukanan. Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuk majlis pembukaan, senaman ringan, Cheers berkump**an, permainan, penyampaian hadiah serta sesi bergambar.

🏆 𝐏𝐄𝐍𝐂𝐀𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐆𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐓𝐍𝐂𝐏𝐈

🥇 The Lab Warriors
🏆 Juara Keseluruhan
📣 Best Cheers Award

🏅 Wira Tech
Tempat Ke-4 Keseluruhan

Kejayaan ini membuktikan semangat kerjasama, kesungguhan dan komitmen warga PTNCPI dalam menyertai aktiviti yang bukan sahaja menggalakkan gaya hidup aktif, malah memperkukuh hubungan serta semangat kekitaan dalam kalangan warga UTM.

Turut hadir memberikan sokongan ialah rakan-rakan sekerja dari Pejabat TNCPI UTM KL, yang sentiasa memberikan semangat dan sokongan kepada para peserta sepanjang program berlangsung.

Penghargaan turut dirakamkan kepada Profesor Ir. Dr. Muhamad Ali bin Muhammad Yuzir, Pengarah Pentadbiran PTNCPI UTM KL, atas sokongan dan dorongan yang diberikan kepada warga PTNCPI dalam menjayakan penyertaan ini.

Semoga kejayaan The Lab Warriors dan Wira Tech menjadi pemangkin kepada warga PTNCPI untuk terus aktif menyertai program universiti serta menghayati semangat Malaysia Madani, Rakyat Disantuni.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada The Lab Warriors dan Wira Tech!
Teruskan semangat, teruskan kerjasama dan teruskan mengharumkan nama PTNCPI UTM Kuala Lumpur! 💪🏻

Penyertaan ini menyokong:
🎯 SDG 3 – Good Health and Well-being
Menggalakkan gaya hidup aktif dan kesejahteraan warga kerja.
🎯 SDG 5 – Gender Equality
Menggalakkan penyertaan dan kerjasama secara inklusif.
🎯 SDG 17 – Partnerships for the Goals
Memperkukuh kerjasama dan hubungan antara warga UTM.

Address

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UTM Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
54100

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:45
Tuesday 08:30 - 16:45
Wednesday 08:15 - 16:30
Thursday 08:30 - 16:45
Friday 08:30 - 12:00
14:45 - 16:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Office of Deputy Vice-Chancellor : Research & Innovation UTM KL posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Office of Deputy Vice-Chancellor : Research & Innovation UTM KL:

Shortcuts

Share