12/05/2025
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dengan segala hormatnya, kami ingin menjemput semua bekas pelajar Institut Kemahiran Mara Sungai Petani (IKMSP) untuk hadir ke Majlis Reunion Alumni IKMSP 2025 yang bakal diadakan seperti butiran berikut:
📅 Tarikh: 31 Ogos 2025 - 01 September 2025
📍 Tempat: Sila rujuk poster
Majlis ini bertujuan untuk merapatkan kembali ukhuwah sesama alumni, berkongsi pengalaman serta mengenang kenangan manis zaman pengajian dahulu. Sesi perkongsian alumni, dan jamuan istimewa.
Kehadiran anda amat kami hargai. Mohon sahkan kehadiran anda 30 Jun 2025 melalui:
BORANG PENDAFTARAN REUNION IKMSP 2025. klik link ini https://forms.gle/Jhbf85TEC8C4gaoh7
Sebarkan kepada rakan-rakan alumni lain juga ya!
Sekian, terima kasih dan jumpa anda di sana!
Yang menjalankan tugas,
JK Reunion Alumni IKMSP 2025