MBBS (Malaya)

MBBS (Malaya) Undergraduate degree in Faculty of Malaya

Facebook group:
1964 - 1969
1965 - 1970
1966 - 1971
1967 - 1972
1968 - 1973
1969 - 1974
1970 - 1975
1971 - 1976
1972 - 1977
1973 - 1978
1974 - 1979
1975 - 1980
1976 - 1981
1977 - 1982
1978 - 1983
1979 - 1984
1980 - 1985
1981 - 1986 - http://www.facebook.com/group.php?gid=97175347542
1982 - 1987 - http://www.facebook.com/group.php?gid=161885002948
1983 - 1988 - http://www.facebook.com/group.php?gid

=109545388422
1984 - 1989
1985 - 1990 - http://www.facebook.com/group.php?gid=22175721162
1986 - 1991
1987 - 1992
1988 - 1993
1989 - 1994
1990 - 1995
1991 - 1996 - http://www.facebook.com/group.php?gid=39685118653
1992 - 1997
1993 - 1998 - http://www.facebook.com/group.php?gid=23279987703
1994 - 1999 - http://www.facebook.com/group.php?gid=7999008803
1995 - 2000
1996 - 2001 http://www.facebook.com/group.php?gid=36723112552
1997 - 2002 - http://www.facebook.com/group.php?gid=9362480468
1998 - 2003 - http://www.facebook.com/group.php?gid=35594050582
or website http://medic98-03.blogspot.com/
1999 - 2004 - http://www.facebook.com/group.php?gid=33250251821
2000 - 2005 - http://www.facebook.com/group.php?gid=265292647495
2001 - 2006 - http://www.facebook.com/group.php?gid=33250251821
2002 - 2007 - http://www.facebook.com/group.php?gid=55700765688
2003 - 2008 - http://www.facebook.com/group.php?gid=25296080413
2004 - 2009 - http://www.facebook.com/group.php?gid=37818521066
2005 - 2010 - http://www.facebook.com/group.php?gid=47726604469
2006 - 2011 - http://www.facebook.com/group.php?gid=60593224230
2007 - 2012 - http://www.facebook.com/group.php?gid=142092301717
2008 - 2013 - http://www.facebook.com/group.php?gid=54412372419
2009 - 2014 - http://www.facebook.com/group.php?gid=238022950466

17/09/2017

Langsung tidak terasa lesu mereka mengendong 2 tong gas.

Lenyap terus rasa gemuruh untuk menyimbahkan petrol dan menghidupkan api marak membunuh.

Hilang juga rasa simpati tatkala mendengar rintihan dan jeritan mangsa rentung kepanasan.

Semuanya gara gara ledakan dopamin di otak yang mengambil alih fungsi kewarasan minda.

Segala persoalan dan tanda tanya mengenai insiden kebakaran sekolah tahfiz yang mengorbankan 21 pelajar dan 2 guru telah pun terjawab.

Dadah durjana menjadi sebab musabab peristiwa hitam itu terpalit dalam lipatan sejarah negara.

Percayalah,selepas mereka bangkit dari lamunan khayal, 7 remaja yang terlibat hanyalah remaja biasa, mereka juga merupakan "MANGSA".

-MANGSA kepada kerakusan pengedar dadah yang menjahanamkan anak bangsa.

MANGSA kepada kealpaan masyarakat yang tidak mengendahkan masalah sosial yang berlaku dalam lingkungan komuniti.

MANGSA kegagalan pihak berkuasa mengawal dan memerangi dadah habis habisan.

MANGSA keruntuhan institusi kekeluargaan dan pelbagai masalah sosial.

Ya,mereka semuanya adalah MANGSA.

Untuk makluman,terdapat kajian yang cukup kukuh untuk membuktikan bagaimana bermula dengan merokok, akan mendorong seseorang individu untuk mula mangambil dadah.

Selain itu, berdasarkan kajian juga,90% penagih dadah mengakui bermula dengan merokok pada usia muda.

Adakah kita terus mahu membiarkan semakin ramai generasi hadapan terus menjadi MANGSA?

Hentikan kitaran ini dengan membantah penjualan rokok kiddie pack, satu agenda terancang yang keji bagi merosakkan anak anak Malaysia.

Hentikan sebelum ia bermula,
Bantah agenda rokok kiddie pack

Ayuh tandatangani petisyen berikut.

http://bit.ly/bantahkiddiepack

Our university is back on track to become the top 100 university in the world. Did u still remember the time we've reach...
08/06/2017

Our university is back on track to become the top 100 university in the world. Did u still remember the time we've reached the top 100 in 2005 during the celebration of 100 years University of Malaya? That time our VC was YBhg Prof Datuk Dr Hashim Yaacob and our dean was YBhg Dato' Prof Dr Mohd Amin Jalaludin.

With this improvement, UM is now within the top 1% of world's universities. Imagine that.



18/03/2017
20/11/2016
02/11/2016

Synopsis: Yusuf is diagnosed with an incurable life-limiting illness and chooses to spend his remaining days at home, surrounded by his loved ones instead of...

24/09/2016

MEE SEGERA: HALAL TETAPI MERBAHAYA

Fast fact Mee Segera

✅ Rakyat Malaysia makan mee segera secara berlebihan iaitu 1.34 billion paket mee segera setahun!
✅ Mee segera tergolong dalam kategori "makanan sampah" kerana TIDAK mengandungi khasiat
✅ Ramai yang prihatin soal "Halal" mee segera tapi tidak memikirkan kesan buruk mee segera jika di makan secara kerap dan berlebihan.
✅ Ia mengandungi pelbagai bahan perisa berlebihan yang tidak baik untuk kesihatan seperti garam, gula, bahan pengawet.
✅ Industri makanan menggunakan propaganda "mudah, cepat (2 minit) dan lazat" bagi mempromosikan produk mee segera.
✅ Kajian di Korea Selatan menunjukkan pengambilan mee segera berlebihan menyebabkan penyakit Metabolisma
✅ Wanita lebih berisiko berbanding lelaki untuk mendapat kesan buruk dari mee segera
✅ Mee segera juga menyebabkan depresi dan masalah alahan kulit
✅ Kajian terperinci mengenai kesan jangka masa panjang pengambilan mee segera masih belum banyak di jalankan
✅ Masyarakat di sarankan untuk mengurangkan pengambilan mee segera
-------------------------------------------------------------

Tahukah anda,

"rakyat Malaysia makan 3.6 juta paket Mee Segera setiap hari atau 1.34 billion paket mee segera dalam masa setahun"

Kerakusan rakyat Malaysia melahap 3.6 juta paket mee setiap hari telah menarik minat produk produk mee segera lain untuk memperkenalkan produk mereka di pasaran tempatan. Terkini, produk mee segera dari Korea yang terkenal dengan rasa "pedas" menjengah masuk ke pasaran Malaysia.

Bermula dengan video viral anak anak muda hipter makan mee segera di dalam youtube, jenama mee segera Korea tersebut terus popular di Malaysia. Kontraversi wujud apabila ada yang mempersoalkan mengenai status halal produk tersebut sehingga JAKIM terpaksa mengeluarkan kenyataan khusus untuk mengatakan bahawa produk ini adalah HALAL.

Bagi menyakinkan status Halal mee segera tersebut, beberapa rakyat Malaysia yang bertuah telah di bawa ke kilang tersebut untuk melihat dengan mata sendiri bagaimana mee segera tersebut di hasilkan. Lihat http://www.siakapkeli.my/2016/09/video-viral-pelbagai-isu-halal-samyang.html

Perkongsian kisah melawat kilang tersebut menjadi viral di laman popular Siakap Keli sehingga mendapat perkongsian beribu ribu netizen. Ramai yang bersorak gembira bila mee segera kegemaran di iktiraf halal.

Hebat bukan marketing strategi industri makanan menyuap “sampah” ke mulut rakyat Malaysia?
----------------------------------------------------
HALAL Tetapi Merbahaya

Persoalannya kini,

Adakah status halal sahaja sudah cukup untuk “menghalalkan” mee segera untuk di berikan kepada organ organ dan tubuh badan kita?

Fikirkan semula.

Korea Selatan merupakan pengguna tertinggi mee segera di dunia di ikuti oleh Vietnam, Indonesia dan Thailand. Fakta ini telah menyuntik idea para saintis untuk mengkaji perkaitan antara pengambilan mee segera di kalangan rakyat Korea Selatan dan isu isu kesihatan yang berlaku di sana.

Kajian dari Universiti Havard itu menunjukkan, individu yang makan lebih dari 2 paket mee segera dalam seminggu berisiko untuk mendapat penyakit metabolik seperti darah tinggi, kencing manis, strok dan penyakit jantung.

Lebih mengejutkan, hasil dari kajian menunjukkan Wanita menerima impak kesihatan yang lebih besar. Risiko mendapat penyakit tersebut 68% lebih TINGGI untuk wanita berbanding lelaki.

Selain itu, pembungkus mee segera yang di perbuat dari Styrofoam juga mengandungi sejenis bahan kimia iaitu bisphenol A (BPA) yang boleh menggangu fungsi hormone dalam tubuh badan manusia.

Kajian seterusnya di Korea menunjukkan pengambilan makanan segera seperti mee segera di kaitkan dengan peningkatan risiko depresi di kalangan remaja perempuan di Korea serta masalah alahan kulit di kalangan golongan dewasa.

Walaupun mee segera sering di kaitkan dengan kanser, namun sehingga kini, TIADA kajian santifik yang benar benar dapat membuktikan hipotesis tersebut.

Di harapkan, penemuan ini dapat membuka lembaran bagi kajian yang lebih meluas mengenai kesan pengambilan 1.34 billion pek mee segera kepada rakyat Malaysia.

Selain itu, berikut merupakan alasan lain mengapa mee segera (SEMUA jenis) wajar di kurangkan dalam diet seharian rakyat Malaysia

1. Kandungan GARAM dan GULA yang tinggi
2. Tidak mengandungi sebarang khasiat, vitamin dan mineral.
3. Mengandungi Transfat
4. Kandungan MSG yang TINGGI (serbuk perasa)
5. Mengandungi bahan pengawet

------------------------------------------------------
Jika Memudaratkan Mengapa Masih Di Jual?

Itulah antara maklum balas yang di terima selepas PHM mendedahkan isu minggu lalu.
Tahukah anda,ada syarikat industri makanan telah bertapak di Malaysia selama berpuluh sehinga beratus tahun. Untuk menghentikan operasi atau jualan produk mereka bukanlah semudah menutup kedai V**e ataupun premis haram lain, fikirkan tentang pampasan, ganti rugi yang perlu di bayar yang ternyata di luar kemampuan.

Mudah saja,lakukan tanggung jawab anda, kuasa membeli di tangan anda.

-----------------------------------------------------

Saranan dari Public Health Malaysia

-BERSEDERHANA adalah kata kunci untuk mana mana nasihat pemakanan.
-Jika mahu makan, jangan makan berlebihan,
-Seimbangkan hidangan dengan menambah sayur sayuran dan bahan bahan lain.
-Kurangkan penggunaan serbuk perasa yang di sediakan.
-Tidak perlu membeli dan menyimpan stok banyak di rumah.
-Hadkan pengambilan untuk kanak kanak dan pelajar.

Mesej oleh Page Public Health Malaysia

* Public Health Malaysia tidak mewakili mana mana agensi ataupun organisasi kerajaan mahupun swasta. harap maklum.

Rujukan

1. H. J. Shin, E. Cho, H.-J. Lee, T. T. Fung, E. Rimm, B. Rosner, J. E. Manson, K. Wheelan, F. B. Hu. Instant Noodle Intake and Dietary 2.Patterns Are Associated with Distinct Cardiometabolic Risk Factors in Korea. Journal of Nutrition, 2014; 144 (8): 1247 DOI: 10.3945/jn.113.18844
3. Park S, Choi HS, Bae JH Instant noodles, processed food intake, and dietary pattern are associated with atopic dermatitis in an adult population. Asia Pac J Clin Nutr. 2016;25(3):602-13. doi: 10.6133/apjcn.092015.23
4. http://www.siakapkeli.my/…/video-viral-pelbagai-isu-halal-s…
5. http://kl.coconuts.co/…/malaysians-eat-36-million-packets-i…
6. http://www.consumer.org.my/…/132-stay-away-from-instant-noo…

01/09/2016

THE FIRST ZIKA VIRUS CASE IN MALAYSIA 1ST SEPTEMBER 2016

On 29th of August 2016, the Ministry of Health Malaysia (MOH) has made an announcement advising those who have been to any country with reported cases of Zika and experiencing the symptoms of this infection are expected to come forward for a medical attention. Following this, the MOH have received report of a patient suspected with Zika virus infection on the 31st August, 2016. This patient is a 58 years-old woman residing in Bandar Botanic, Klang, Selangor and is the mother of a female confirmed with Zika infection in Singapore. The patient, together with her husband had visited their daughter in Singapore on 19th August 2016 and returned to Malaysia on 21st August 2016.

The patient started exhibiting symptom of rash on 28th August, and she sought medical attention at a private clinic in Klang on the 30th August 2016. As the patient had traveling history to Singapore and her daughter was confirmed to have Zika virus infection on 30th August 2016, the Private General Practitioner had diagnosed her as "suspected case of Zika". On the same day, the patient was refered to Sungai Buloh Hospital and the result of the urine PCR (Polymerase Chain Reaction) test on 31st August 2016 was found positive for Zika virus. However, the patient’s blood test result is still pending.

The source of infection is suspected to occur in Singapore since the patient had started experiencing signs of Zika infection on the same day with her daughter in Singapore. The patient's husband and family members who lived in the same house with her, has yet to show any symptoms of Zika infection. For the period from 21st - 28th August 2016 when the patient was returning from Singapore, she had visited several areas in the district of Klang and Kuala Lumpur.

Based on the findings from the investigation, the MOH has already started vector control activities in the residential area of the case and other places that the patient had visited. Control activities carried out include eliminating Aedes breeding sites, larvaciding and fogging. In addition, close contacts to the patient will be examined whether they have any fever or other Zika symptoms.

Information obtained from the Ministry of Health Singapore, revealed that there are 5 Malaysians residing and working in Singapore that has also been confirmed to be infected with Zika virus. For the period from 27th to 31st August 2016, there has been 115 confirmed Zika cases reported in Singapore. Due to the rapid spread of Zika virus infection, Aedes monitoring and preventive activities are continuously performed and intensified in all states, especially in the state of Johor and Selangor.

Malaysians, must focus on cleaning the Aedes breeding places, protect themselves from Aedes mosquito bites and seek early medical attention if they have signs such as fever, rash and conjunctivitis. From the first reported case of Zika, we can conclude that it is rather easy to get infected by the virus when visiting places that has outbreak, including Singapore. The MOH once again call upon any individuals whom had visited countries that reported Zika infection, to come forward to seek immediate medical attention if they are experiencing any symptom as mentioned above. Proactive action from the community can help stop the spread of Zika virus in Malaysia. No Aedes: No Zika, Dengue and Chikungunya.


KENYATAAN AKHBAR
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

KES VIRUS ZIKA PERTAMA DI MALAYSIA 1 SEPTEMBER 2016

Pada 29 Ogos 2016, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuat pengumuman agar pelawat yang telah menziarahi negara-negara yang melaporkan kes Zika dan mengalami simptom jangkitan ini untuk tampil membuat pemeriksaan lanjut. Berikutan daripada itu, KKM telah menerima laporan satu kes yang disyaki dijangkiti virus Zika pada 31 Ogos 2016. Pesakit merupakan seorang wanita berumur 58 tahun yang menetap di Bandar Botanic, Klang, Selangor dan merupakan ibu kepada pesakit yang disahkan dijangkiti Zika di Singapura. Pesakit bersama suaminya telah melawat anaknya di Singapura pada 19 Ogos 2016 dan pulang ke Malaysia pada 21 Ogos 2016.

Pesakit mula mendapat gejala ruam pada 28 Ogos dan pada 30 Ogos 2016, pesakit telah mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di Klang. Memandangkan pesakit mempunyai sejarah melawat ke Singapura dan anak perempuannya yang berada di negara tersebut telah disahkan dijangkiti virus Zika pada 30 Ogos 2016, maka Pengamal Perubatan swasta berkenaan telah mendiagnosa pesakit sebagai “disyaki kes Zika”. Pada hari yang sama pesakit dirujuk ke Hospital Sungai Buloh dan hasil pemeriksaan ujian kencing pesakit untuk PCR pada 31 Ogos 2016, adalah positif untuk Zika virus. Manakala ujian darah pesakit masih menunggu keputusan.

Punca jangkitan disyaki berlaku di Singapura yang mana hari pesakit mula mengalami tanda-tanda Zika adalah sama hari dengan anaknya mula sakit di Singapura. Suami pesakit dan ahli keluarga yang tinggal serumah bersamanya, sehingga kini masih belum menunjukkan simptom jangkitan Zika. Bagi tempoh 21 hingga 28 Ogos iaitu sekembalinya pesakit dari Singapura, pesakit telah melawati beberapa kawasan di daerah Klang dan Kuala Lumpur.

Hasil siasatan kes ini, KKM telah pun memulakan kawalan vektor di kawasan kediaman kes dan tempat-tempat yang telah di lawati oleh pesakit. Aktiviti kawalan yang dilaksanakan termasuk, menghapuskan tempat pembiakan Aedes, larvaciding dan semburan kabus. Di samping itu, kontak terdekat pesakit diperiksa dan dipantau sama ada mereka mengalami demam atau simptom Zika yang lain.

Maklumat yang diperolehi daripada Kementerian Kesihatan Singapura, terdapat 5 rakyat Malaysia yang menetap dan bekerja di Singapura juga disahkan dijangkiti virus Zika. Bagi tempoh 27 sehingga 31 Ogos 2016, telah terdapat 115 kes dilaporkan di Singapura. Oleh kerana perebakan jangkitan virus Zika adalah cepat, pemantauan dan aktiviti pencegahan Aedes di teruskan serta tingkatkan di semua negeri terutama negeri Johor dan Selangor.

Rakyat Malaysia, perlu fokus kepada membersihkan tempat-tempat pembiakan Aedes, melindungi diri mereka dari gigitan nyamuk Aedes dan mendapatkan pemeriksaan awal sekiranya terdapat tanda-tanda seperti demam, ruam dan conjunctivitis. Kes pertama Zika yang dilaporkan ini, menunjukkan bahawa mudah untuk dijangkiti virus ini dengan melawat tempat yang mengalami wabak seperti Singapura. KKM sekali lagi menyeru kepada mana-mana individu yang telah melawat negara yang mempunyai jangkitan Zika, untuk tampil membuat pemeriksaan segera apabila mereka mengalami simptom seperti di atas. Tindakan proaktif masyarakat dapat menghentikan sebaran virus Zika di Malaysia. Tiada Aedes: Tiada Zika, Denggi dan Chikungunya.

YB DATUK SERI DR. S.SUBRAMANIAM
MINISTER OF HEALTH MALAYSIA

1st September 2016

27/06/2016

Ramai ibu bapa bertanya adakah anak saya sudah diberikan vaksinasi diphtheria? Adakah vaksin tersebut disediakan oleh kerajaan? Ini jawapannya.

30/03/2014

Good luck semua yg akan menduduki exam final! All the best!

03/11/2012

Meh jmput sume kawan2 like!

26/09/2011

LATEST NEWS
Admission to Clinical Master's Programme
Session 2012/2013 , ( 1 Jun 2012 Intake )

Faculty of Medicine UM, UM Medicine ,Fakulti Perubatan Universiti Malaya

Address

Faculty Of Medicine, University Of Malaya
Kuala Lumpur
50603

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MBBS (Malaya) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to MBBS (Malaya):

Share