12/10/2026
Alhamdulillah, GIATMARA Titiwangsa telah dijemput untuk membuka booth pameran dan promosi sempena Pesta Sukan Futsal Titiwangsa – Piala YB Johari Ghani 2026.
Penglibatan ini disertai oleh Cikgu Izan dan Cikgu Aznizi, tenaga pengajar Teknologi Fotografi, bersama tiga orang pelatih.
📸 Sebagai tanda penghargaan, GIATMARA Titiwangsa turut menyampaikan cenderahati berupa poster frame segera kepada YB Dato’ Johari Ghani sebagai kenang-kenangan.
Terima kasih atas jemputan dan kepercayaan yang diberikan. Semoga penglibatan ini dapat memperkenalkan GIATMARA kepada masyarakat serta menyemarakkan pembangunan kemahiran TVET dalam kalangan belia.