PKPIM KLMUC

PKPIM KLMUC Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Kebangsaan Cawangan Kampus KLMUC telah bertapak di bumi metropolitan sejak tahun 2010

Assalamualaikum buat semua sahabat & kenalan PKPIM KLMUCTempahan t-shirt ppiwp kini dibuka!Harga ๐Ÿ’ฐ:T-shirt lengan pendek...
21/09/2019

Assalamualaikum buat semua sahabat & kenalan PKPIM KLMUC

Tempahan t-shirt ppiwp kini dibuka!

Harga ๐Ÿ’ฐ:
T-shirt lengan pendek : RM 35
Baju muslimah : RM 40
(tidak termasuk postage)

Untuk makluman baju adalah pre order, bukan ready stock.

Sebarang soalan dan tempahan anda boleh terus contact melalui whatsapp saudari Afina di talian 011-10232141 ( https://wa.me/601110232141 )

Ayuh sahabat-sahabat semua, kita bersama-sama kongsikan perkara ini di semua 'platform' laman sosial yang ada
03/07/2019

Ayuh sahabat-sahabat semua, kita bersama-sama kongsikan perkara ini di semua 'platform' laman sosial yang ada

-EDARAN SEGERA-

KENYATAAN MEDIA PKPIM
TAKRIFAN UMUR BELIA : PKPIM GESA KERAJAAN JANGAN TERBURU-BURU

1. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kepada perkembangan terkini berhubung pembentangan Rang Undang-undang (RUU) Akta Pertubuhan & Pembangunan Belia 2007 pindaan 2019 oleh Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan, Tuan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

2. PKPIM menuntut YB Menteri melaksanakan janji yang dibuat sewaktu ucapan YB pada Hari Belia Negara 2019 berkaitan cadangan transisi penurunan umur secara berperingkat daripada 40 kepada 35 terlebih dahulu bukannya terus kepada 30 tahun. Proses transisi secara berperingkat akan membuka ruang kepada sebahagian besar pertubuhan belia untuk lebih bersedia dengan dasar terbaru ini.

3. PKPIM sebagai antara gabungan pelajar dalam Majlis Belia Malaysia sentiasa komited dan menyokong usaha KBS bagi memudakan kepimpinan pertubuhan belia seluruh negara. Namun, sewajarnya langkah ini dibuat secara berperingkat dan tidak terlalu drastik dengan mengambil kira kelestarian organisasi belia dari peringkat akar umbi hinggalah peringkat kebangsaan.

4. Selari dengan agenda reformasi Parlimen dalam era Malaysia baharu, PKPIM juga ingin mencadangkan agar rang undang-undang ini dirujuk terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-Undang bagi membolehkan RUU ini diperhalusi sewajarnya serta membuka ruang konsultasi bersama seluruh pemegang taruh hal ehwal belia di Malaysia.

5. PKPIM berdiri teguh bersama Majlis Belia Malaysia (MBM) dalam menganggapi perkara ini serta menggesa pimpinan belia seluruh negara berganding bahu bagi memastikan suara nurani belia tidak dipinggirkan kerajaan dalam apa-apa dasar berkaitan belia.

6. PKPIM berharap perkara ini mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak Ahli Parlimen yang rata-ratanya lahir dari rahim perjuangan belia. PKPIM menaruh setinggi kepercayaan kepada kerajaan baharu pimpinan Tun Dr Mahathir bagi menangani isu ini secara bijaksana.

--Hidup Biar Berjasa--

Muhamad Nur Iman Abdul Khudus
Presiden, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
Ahli DT-Majlis Belia Malaysia
Ahli Majlis Perundingan Belia Malaysia

3hb Julai 2019

Ayuh beramai-ramai memeriahkan majlis yang di anjurkan oleh PKPIMKepada yang berkelapangan amatlah di alu-alukan untuk h...
21/05/2019

Ayuh beramai-ramai memeriahkan majlis yang di anjurkan oleh PKPIM

Kepada yang berkelapangan amatlah di alu-alukan untuk hadir bersama ๐Ÿ˜Ž

JEMPUTAN KE MAJLIS IFTAR DAN MAHABBAH (MIFTAH) PKPIM
๐ŸŒ ๐ŸŒ ๐ŸŒ ๐ŸŒ ๐ŸŒ ๐ŸŒ ๐ŸŒ ๐ŸŒ ๐ŸŒ ๐ŸŒ ๐ŸŒ 

Assalamualaikum wbt.

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia ( PKPIM) akan menganjurkan Majlis Iftar dan Mahabbah(MIFTAH) bagi bersama-sama untuk kita memaknai Ramadhan pada tahun ini.

Maklumat lanjut adalah seperti berikut:

๐Ÿ—“ Tarikh : 25 Mei 2019 (20 Ramadhan 1440)
โฐ Masa : 2.00 pm - 10.00 pm
๐Ÿ“ Tempat : Sekretariat PKPIM Pusat, Wangsa Maju

โšœAktiviti yang akan dijalankan:

๐Ÿ”ธ Gotong-royong
๐Ÿ”ธ Majlis Khatam Al-Quran
๐Ÿ”ธ Senyuman Ramadan (SERUM)
๐Ÿ”ธ Iftar Jamaie

โšœPendaftaran boleh dibuat melalui:
https://forms.gle/3DfkqCrrMMPZGfNb7

โšœSebarang pertanyaan, sila hubungi:

๐Ÿง•๐Ÿป Sis Nadia
http://www.wasap.my/+60017-7680429

Kenyataan Media PKPIM
20/05/2019

Kenyataan Media PKPIM

KENYATAAN MEDIA PKPIM
ISU KUOTA MATRIKULASI : PKPIM MINTA SEMUA PIHAK RASIONAL

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menggesa semua pihak bersikap rasional dan berlapang dada dalam menekuni polemik berkaitan kuota 90:10 penempatan pelajar di Pusat Matrikulasi. PKPIM berpendirian menyokong langkah YB Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik bagi mengekalkan agihan kuota 90% bumiputera dan 10% bukan bumiputera.

Pengekalan sistem ini juga dilihat adil dan memenuhi keperluan semasa, bukan dibuat berdasarkan keistimewaan kepada mana-mana pihak. Ini selaras dengan objektif Program Matrikulasi KPM sendiri yang bertujuan memastikan pembangunan potensi pelajar bumiputera dapat dilakukan melalui pendidikan yang berkualiti untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama di IPT di dalam dan di luar negara dalam bidang sains, teknologi dan profesional.

PKPIM menyambut baik langkah KPM meningkatkan pengambilan pelajar daripada 25,000 kepada 40,000. Peningkatan ini dengan erti kata lain membuka lebih peluang kepada pelajar bukan bumiputera yang layak untuk memasuki program matrikulasi seluruh negara.

PKPIM juga berpandangan tidak timbul isu diskriminasi dalam menanggapi perkara ini. Isu ini harus dilihat secara holistik berdasarkan pemilihan pelajar untuk memasuki Pusat Matrikulasi dibuat secara merit berdasarkan pencapaian akademik dalam peperiksaan SPM.

PKPIM juga memetik pandangan Pakar Ekonomi, Dr Muhammad Abdul Khalid dalam bukunya The Colour of Inequality. Pecahan etnik bagi universiti awam tempatan diwakili terdiri daripada 72,387 pelajar bumiputera & 175,426 Bukan Bumiputera. Bagi pengajian di luar negara, terdapat seramai 5,800 pelajar bumiputera dan 112,000 pelajar bukan bumiputera. Kadar kemasukan ke universiti awam p**a adalah terdiri daripada sebanyak 62.6% Bumiputera, 32.2% Cina dan 5.2%. Ini mengesahkan bahawasanya komposisi pelajar bukan bumiputera di universiti awam mengatasi komposisi pelajar bumiputera.

Dalam perkembangan berkaitan, PKPIM juga bersetuju wujudnya diskriminasi kepada Bumiputera dalam pekerjaan terutama dalam sektor swasta. Ini berdasarkan satu kajian akademik yang dijalankan Dr Hwon-Aun Lee dan Dr Muhammed Abdul Khalid pada 2015.

PKPIM juga menyeru semu pihak lebih cermat dan tidak melatah dalam mengeluarkan apa jua kenyataan dan jangan cuba mengaitkan isu ini dengan isu perkauman. Ini bagi mengelakkan sebarang salah faham dan kekeliruan timbul dalam masyarakat berbilang kaum dalam negara ini.

Ahmad Fahmi Adzha Mohd Nasarudin,
Setiausaha Agung PKPIM
20 Mei 2019

Ayuh bersama kita semangati salah satu Budaya 7 PKPIM, Membugar Budaya Ilmu ๐Ÿ˜Ž
23/04/2019

Ayuh bersama kita semangati salah satu Budaya 7 PKPIM, Membugar Budaya Ilmu ๐Ÿ˜Ž

๐Ÿ“–MEMBACA JAMBATAN ILMU๐Ÿ“š

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mengucapkan Selamat Hari Buku Sedunia kepada seluruh teman-teman peminat buku.

Bersempena dengan sambutannya, ayuh sertai Kempen ! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Jom kongsikan buku-buku menarik bagi anda dengan tagar

Ingin sertai PKPIM? Jom isi borang keahlian dalam pautan berikut:
keahlian.pkpim.org.my

Ikuti perkembangan kami di
https://www.pkpim.org.my

Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram

[ PKPIM Membantah Deklarasi Balfour ]23 Oktober 2017 - PKPIM bersama dengan AlQuds Foundation Malaysia dalam membantah D...
27/10/2017

[ PKPIM Membantah Deklarasi Balfour ]

23 Oktober 2017 - PKPIM bersama dengan AlQuds Foundation Malaysia dalam membantah Deklarasi Balfour yang telah membenarkan penempatan haram Israel di bumi Palestin.

Kami menentang sekeras-kerasnya perbuatan terkutuk Israel sehingga ke hari ini!

2hb November 2017 menandakan 100 tahun sejak Deklarasi Balfour ditandatangani. Ini bermakna 2hb November 2017 merupakan tarikh bermulanya penjajahan Israel ke atas bumi Palestin!

Ayuh kita tularkan hashtag sehingga 2hb November sebagai tanda solidariti kita dengan gerakan antarabangsa untuk membantah perbuatan terkutuk ini.



Mari sama sama kita amalkan... Semoga Diberkati Allah...
21/09/2017

Mari sama sama kita amalkan... Semoga Diberkati Allah...

*|PKPIM RAKAM DUKACITA DAN UCAPAN TAKZIAH UNTUK MANGSA KEBAKARAN PUSAT TAHFIZ*| Khamis, 14 September 20171. Persatuan Ke...
14/09/2017

*|PKPIM RAKAM DUKACITA DAN UCAPAN TAKZIAH UNTUK MANGSA KEBAKARAN PUSAT TAHFIZ*|

Khamis, 14 September 2017

1. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merakamkan ucapan takziah dan berkongsi rasa kesedihan di atas kejadian kebakaran yang menimpa Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kuala Lumpur.

2. PKPIM menyeru masyarakat Malaysia memberi pertolongan sewajarnya kepada keluarga mangsa dan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah daripada sudut sokongan moral dan bantuan kewangan.

3. PKPIM menggesa semua pihak menghentikan sebarang penyebaran gambar atau video berkaitan kejadian bagi menghormati perasaan pihak keluarga yang terlibat dalam kejadian tersebut.

4. PKPIM mendoakan agar seluruh ahli keluarga dan waris dapat bersabar atas musibah yang menimpa. Beruntunglah kalian kerana dikurniakan ahli keluarga yang tergolong dalam kalangan mereka yang menghafaz kalimah suci Al-Quran.

5. Seluruh ahli PKPIM dan mahasiswa seluruh negara diserukan mendoakan semua mangsa yang terkorban ditempatkan dalam kalangan mereka yang soleh dan dirahmati Allah SWT.

Al-Fatihah.

Muhammad Khair Bin Sujud,
Presiden,
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

013-7001849.

*Assalamualaikum ..  dukacita dimaklumkan Kemangkatan Kebawah Duli Yg Maha Mulia Sultan Kedah sebentar tadi...*Innalilla...
11/09/2017

*Assalamualaikum .. dukacita dimaklumkan Kemangkatan Kebawah Duli Yg Maha Mulia Sultan Kedah sebentar tadi...*

Innalillahiwainnailaihirojiun.... Al-Fatihah... Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Baginda

KBDYMM Tuanku Sultan Kedah mangkat pada jam 2.30pm di istana anak bukit..

Daulat Tuanku...Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah.. Semoga Tuanku diberkati Allah..
09/09/2017

Daulat Tuanku...Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah.. Semoga Tuanku diberkati Allah..

AssalamualaikumPerutusan Setiausaha PKPIM-KLMUC, Riduan MuhammadDengan kesempatan ini kami dari PKPIM KLMUC ingin menguc...
31/08/2017

Assalamualaikum
Perutusan Setiausaha PKPIM-KLMUC, Riduan Muhammad

Dengan kesempatan ini kami dari PKPIM KLMUC ingin mengucapkan

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA 1438H, DAN KEMERDEKAAN KALI KE-60.

Syukur ke hadrat Ilahi, dengan rahmat Nya dan kasih sayang Nya kita masih dilimpahi nikmat kesejahteraan dan keamanan.

Kita harus bersyukur pada hari raya ini, kita diberi keamanan, dan juga kejayaan dalam sukan SEA 2017. Sekalung penghargaan bagi para atlet negara yang mengerah keringat bagi meraih kejayaan serta mengharumkan nama negara di mata dunia.

Jika kita melihat di negara2 yang bergolak kini, banyak terjadinya keganasan dan perang. Namun kita walau pon terjadi sedikit sengketa, kita masih lagi mempunyai nilai toleransi dan rasional dalam memupuk semangat kecintaan kita terhadap negara.

Ingin saya kongsikan ayat keramat dari pemimpin yang ulung utk tatapan kita,
" Semangat Kebangsaan hendaklah dijadikan baja menyuburkan kemerdekaan yang kita capai"
Tunku Abdul Rahman, bapa kemerdekaan

Jadi pada hari kemerdekaan serta hari raya aidil adha ini, hendaklah kita menyuburkan sifat cinta kita ini terhadap negara dengan berbakti kepada masyarakat. Hilangkan lah sengketa antara kita, leraikanlah perbalahan antara kita, pahamilah keselah pahaman. Serta kukuhkan semangat perpaduan agar kita dapat lagi kecapi nikmat kemerdekaan ini hingga ke akhirat, dan dpt kita wariskan kepada anak serta cucu cicit kita kemakmurannya Malaysia yang dicintai.

Sekian dari saya, seorang insan yang menyintai kemakmuran sejagat. Harap bermakna.

Amin.

Riduan Muhammad,
Setiausaha PKPIM KLMUC.




[ Album Ahli PKPIM KLMUC Convo 2017 ]Sekalung tahniah sekali lagi buat para aktivis PKPIM KLMUC yang berjaya menamatkan ...
16/08/2017

[ Album Ahli PKPIM KLMUC Convo 2017 ]

Sekalung tahniah sekali lagi buat para aktivis PKPIM KLMUC yang berjaya menamatkan pengajian di KLMUC !

Semoga ukhwah yang terbina tidak hanya berhenti di sini !

Address

Level 20, Menara Tun Ismail Mohamed Ali
Kuala Lumpur
50350

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PKPIM KLMUC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to PKPIM KLMUC:

Share