18/09/2026
*UPNM CIPTA KEJAYAAN DI PENTAS ROBOTIK ASIA*
Pencapaian ini lahir daripada proses latihan dan persediaan yang penuh komitmen. Setiap cabaran yang dihadapi menjadi ruang pembelajaran untuk memperkukuh kemahiran teknikal, kerjasama pasukan serta keyakinan pelajar.
Tahniah kepada pelajar Jabatan Sains Komputer, Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan (FSTP), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), di bawah bimbingan Dr. Yuhanim Hani binti Yahaya, atas pencapaian membanggakan dalam *WRFāAsian Robotic Championship 2026 Peringkat Antarabangsa* yang berlangsung pada 12 September 2026 (Sabtu) di Kolej Vokasional Kajang, Selangor.
š¤ *KATEGORI LINE FOLLOWER*
š„ *TEMPAT PERTAMA*
* Nurul Nazirah binti Omar
* Nur Qistina Najihah binti Adam
* Nik Ahmad Syakir bin Nik Mohd Zainudin
š¤ *KATEGORI AI MOBILE ROBOT*
š„ *TEMPAT PERTAMA*
* Nurul Nazirah binti Omar
* Nur Qistina Najihah binti Adam
* Nik Ahmad Syakir bin Nik Mohd Zainudin
š¤ *KATEGORI HUMANOID ROBOT*
š„ *TEMPAT PERTAMA*
* Harrishraj Athithya Kumanan
* Dhia Elman binti Ahmad Razman
* Nawwarah binti Zulkifli
š„ *TEMPAT KETIGA*
* Nurul Nazirah binti Omar
* Nur Qistina Najihah binti Adam
* Nik Ahmad Syakir bin Nik Mohd Zainudin
Kejayaan meraih tiga kejuaraan dan satu tempat ketiga dalam tiga kategori pertandingan ini merupakan pencapaian yang amat membanggakan buat UPNM. Ia membuktikan bahawa kesungguhan peserta, bimbingan berterusan serta sokongan daripada pelbagai pihak mampu menghasilkan pencapaian cemerlang di peringkat antarabangsa.
Syabas dan tahniah kepada semua peserta, pembimbing serta pihak yang terlibat!