01/08/2024
Tahniah UKM atas pencapaian yang cemerlang.
UKM telah menunjukkan peningkatan yang cemerlang dalam QS World University Rankings 2025 dengan kedudukan ke-138 berbanding kedudukan ke-159 tahun 2024. Dengan peningkatan ini, UKM telah melonjak ke kedudukan ke-2 terbaik antara universiti awam dan swasta di Malaysia.
Peningkatan sebanyak 21 anak tangga ini menunjukkan komitmen yang kukuh UKM dalam meningkatkan kualiti penyelidikan, pengajaran, kelestarian, pengantarabangsaan dan kebolehpasaran graduan. Ini juga mencerminkan usaha berterusan UKM dalam meningkatkan reputasi dan kecemerlangan dalam arena pendidikan tinggi global.
Peningkatan tersebut merupakan pencapaian yang membanggakan dan semestinya memberi dorongan kepada UKM untuk terus berusaha ke arah kecemerlangan yang lebih tinggi lagi dalam pengukuhan ekosistem penyelidikan dan inovasi serta pengantarabangsaan pendidikan tinggi. Semoga kejayaan ini menjadi titik tolak untuk pencapaian lebih besar dalam masa akan datang. Teruskan usaha yang baik, UKM!