09/10/2026
🔬✨ JOM KE PESTA KOMUNITI SAINS 2026! ✨🧪
Anjuran Fakulti Sains, Universiti Malaya dengan kerjasama Persatuan Penduduk PPR Seri Pantai.
Bawa anak-anak, keluarga dan rakan-rakan untuk menikmati keseronokan dunia sains melalui pelbagai aktiviti menarik!
Dirasmikan oleh : YB Dato' Seri Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
📅 18 Oktober 2026 (Ahad)
⏰ 8.00 pagi – 1.00 petang
📍 PPR Seri Pantai, Lembah Pantai, Kuala Lumpur
Julung-julung kalinya, program seumpama ini dibawakan oleh Universiti Malaya khas untuk komuniti setempat. Semua penduduk Lembah Pantai dan kawasan sekitar dijemput hadir!
Antara aktiviti yang menanti anda:
🧪 Pameran dan eksperimen interaktif daripada pelbagai bidang sains seperti Biologi, Fizik, Kimia, Geologi, Matematik serta Sains dan Teknologi
👨👩👧👦 Aktiviti menarik untuk semua peringkat umur
🎙️ Forum dan sembang santai bersama para penyelidik
🎁 Cabutan bertuah serta hadiah menarik
🎟️ PERCUMA dan terbuka kepada semua!
Jangan lepaskan peluang untuk belajar, mencuba dan meneroka dunia sains bersama-sama.
🔍 Sentuh. Cuba. Teroka.
Jumpa anda di sana! 😊
Untuk pertanyaan:
📞 En. Mohammad Talib: 011-59125454
📞 Dr. Siti Jariani Mohd Jani: 013-3440398