UM Giving

UM Giving Menghubungkan penyumbang & rakan universiti dengan peluang yang bermakna bagi menyokong projek & inisiatif transformasi selaras dengan inisiatif universiti.

UM Giving bersama Siva Balan Damodharan  Presiden Persatuan Alumni India Universiti Malaya (PANI UM) membincangkan berka...
14/08/2026

UM Giving bersama Siva Balan Damodharan Presiden Persatuan Alumni India Universiti Malaya (PANI UM) membincangkan berkaitan agihan RM10,000 sumbangan daripada YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan kepada pelajar Universiti Malaya yang kurang berkemampuan.

Filantropi bukan sekadar memberi, ia tentang mencipta peluang, mengangkat potensi dan memastikan tiada mahasiswa tercicir hanya kerana kekangan kewangan.

Setiap ringgit yang disalurkan membawa kita lebih dekat kepada sebuah masa depan yang lebih inklusif.

Majlis Penyerahan Cek Cura bagi Tabung De’Xandra Care.De’Xandra menyumbang RM10,000 dalam bentuk wakalah zakat kepada Un...
13/08/2026

Majlis Penyerahan Cek Cura bagi Tabung De’Xandra Care.

De’Xandra menyumbang RM10,000 dalam bentuk wakalah zakat kepada Universiti Malaya melalui Tabung De’Xandra Care pada 11 Ogos 2026.

Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada kerjasama strategik yang terus diperkukuh antara De’Xandra dan Universiti Malaya.

Dalam sesi tersebut, Yang Berusaha Encik Mohd Safwan bin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif De’Xandra Sdn. Bhd., menyampaikan hasrat agar sumbangan ini menjadi titik permulaan kepada perjalanan yang lebih besar, termasuk perancangan untuk melaksanakan latihan bersama pelajar asnaf Universiti Malaya bagi membuka peluang kepada mereka sebagai affiliator De’Xandra.

Inisiatif ini turut mencerminkan komitmen De’Xandra dalam memperkasa mahasiswa serta menggalakkan penglibatan SME tempatan dalam agenda filantropi.

Majlis turut dihadiri Yang Berbahagia Profesor Dr. Zamri Radzi, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Universiti Malaya; Yang Berusaha Encik Mohd Safwan bin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif De’Xandra; dan Yang Berusaha Profesor Madya Dr. Azni Zarina binti Taha, Pengarah Eksekutif, UM Giving, Universiti Malaya serta wakil Universiti Malaya dan De’Xandra.

Terima kasih De’Xandra atas kepercayaan dan komitmen dalam bersama-sama memperkasa mahasiswa Universiti Malaya.

🌱 AppleSeeds: Belajar. Cipta. Inspirasikan. 🍎📱Adakah anda pelajar asnaf yang ingin menguasai kemahiran digital dan tekno...
04/08/2026

🌱 AppleSeeds: Belajar. Cipta. Inspirasikan. 🍎📱

Adakah anda pelajar asnaf yang ingin menguasai kemahiran digital dan teknologi Apple? Inilah peluang anda untuk belajar secara interaktif bersama pakar Apple serta memperoleh sijil yang diiktiraf!

✨ Apa yang menanti anda?
✅ Latihan percuma bersama Apple Education
✅ Sijil disahkan oleh Apple Professional Learning Specialist
✅ iPad disediakan sepanjang program
✅ Penginapan dan makanan percuma
✅ Peluang memenangi hadiah menarik

📅 15–19 Ogos 2026
📍 KK7 dan Fakulti Pernaiagaan dan Ekonomi

Program ini terbuka kepada pelajar asnaf (Muslim) Universiti Malaya. Tempat adalah terhad kepada 50 peserta sahaja!

Jangan lepaskan peluang untuk membina kemahiran, mencipta inovasi, dan menginspirasikan masa depan anda. 🌟

📌 Daftar sekarang:
https://forms.gle/D8Pv8mJHEvc8QD4z9

Universiti Malaya dinobatkan sebagai Penerima Anugerah Ejen Universiti Terbaik 2025Setinggi-tinggi kesyukuran dan pengha...
03/08/2026

Universiti Malaya dinobatkan sebagai Penerima Anugerah Ejen Universiti Terbaik 2025

Setinggi-tinggi kesyukuran dan penghargaan dirakamkan atas pengiktirafan sebagai Penerima Anugerah Ejen Universiti Terbaik 2025 (Kategori Emas) sempena Majlis Apresiasi Ejen Kutipan Zakat dan Wakaf PPZ-MAIWP 2026 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Majlis telah disempurnakan oleh YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Turut hadir ialah YB Senator Puan Marhamah Rosli, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama barisan kepimpinan MAIWP dan PPZ-MAIWP.

Bagi pihak Universiti Malaya, anugerah ini telah diterima oleh Prof. Madya Dr. Azni Zarina Taha, Pengarah Eksekutif UM Giving, yang mewakili universiti dalam majlis penuh bermakna ini.

Tahniah Universiti Malaya! Bersama Memperkasa Zakat, Melestarikan Wakaf, Membina Masa Hadapan.

Pertemuan Bersama Bursa MalaysiaUM Giving berbesar hati dapat mengadakan sesi pertemuan bersama Puan Mazliana Mohamad, P...
31/07/2026

Pertemuan Bersama Bursa Malaysia

UM Giving berbesar hati dapat mengadakan sesi pertemuan bersama Puan Mazliana Mohamad, Pengarah Impak Sosial dan Pemerkasaan Pelabur, Bursa Malaysia bagi meneroka potensi kerjasama strategik antara Universiti Malaya dan Bursa Malaysia Bhd 197601004668 (30632-P) .

Perbincangan memberikan tumpuan kepada peluang kolaborasi dalam melaksanakan pelbagai inisiatif berimpak tinggi khususnya dalam memperkasa pembangunan mahasiswa melalui program impak sosial, pemerkasaan komuniti serta inisiatif yang dapat memberi manfaat kepada pelajar dan masyarakat secara menyeluruh.

UM Giving merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Mazliana Mohamad dan pihak Bursa Malaysia atas kesudian meluangkan masa serta berkongsi pandangan dalam perbincangan yang amat bermakna ini. Semoga jalinan kerjasama ini menjadi pemangkin kepada pelaksanaan lebih banyak inisiatif yang memberi impak positif kepada mahasiswa, universiti dan masyarakat.

Kunjungan Hormat daripada Belt and Road Initiative Caucus for Asia Pacific (BRICAP)UM Giving berbesar hati mengadakan se...
30/07/2026

Kunjungan Hormat daripada Belt and Road Initiative Caucus for Asia Pacific (BRICAP)

UM Giving berbesar hati mengadakan sesi pertemuan bersama YBhg. Tan Sri Ong Tee Keat, Presiden Belt and Road Initiative Caucus for Asia Pacific (BRICAP) merangkap bekas Menteri Pengangkutan Malaysia serta Komander Ang Chin Hup, Pengarah Penyelidikan Maritim BRICAP.

Pertemuan ini diadakan bagi membincangkan potensi kerjasama strategik antara BRICAP dan Universiti Malaya dalam memperkukuh hubungan industri dan akademia. Perbincangan memberi tumpuan kepada usaha mewujudkan lebih banyak peluang pembangunan, perkongsian kepakaran, pendedahan industri serta pembelajaran berasaskan pengalaman kepada mahasiswa Universiti Malaya, sekali gus melahirkan graduan yang lebih berdaya saing dan bersedia memenuhi keperluan industri.

UM Giving merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg. Tan Sri Ong Tee Keat dan Komander Ang Chin Hup atas kesudian meluangkan masa serta berkongsi pandangan dalam perbincangan yang amat bermakna ini.

Semoga jalinan kerjasama ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif yang memberi manfaat kepada mahasiswa Universiti Malaya dan pembangunan pendidikan tinggi negara.

UMISONE

Kunjungan Hormat daripada Malaysian Life Reinsurance Group Berhad (MLRe)UM Giving berbesar hati mengadakan sesi pertemua...
29/07/2026

Kunjungan Hormat daripada Malaysian Life Reinsurance Group Berhad (MLRe)

UM Giving berbesar hati mengadakan sesi pertemuan bersama Dr. Liew Min Liang, Ketua Pegawai Kewangan dan Mr. Vincent Wen Sen Chu, Pengurus Kanan Kewangan daripada Malaysian Life Reinsurance Group Berhad (MLRe) pada 27 Julai 2026.

Perbincangan memberikan tumpuan kepada peluang kerjasama dalam menyokong pembangunan bakat pelajar melalui pelbagai inisiatif latihan, pembangunan profesional serta pendedahan kepada dunia industri. Tumpuan khusus turut diberikan kepada bidang Sains Aktuari dan Analitik Data, sejajar dengan keperluan industri yang semakin dipacu oleh kemajuan teknologi, kecerdasan buatan (AI) dan transformasi digital.

Kerjasama yang dicadangkan diharapkan dapat merapatkan jurang antara dunia akademik dan industri, sekali gus melengkapkan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran serta pengalaman praktikal yang relevan bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan dan melahirkan bakat masa hadapan yang mampu memenuhi keperluan industri.

UM Giving merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Malaysian Life Reinsurance Group Berhad (MLRe) atas kesudian meluangkan masa dan berkongsi pandangan dalam perbincangan yang amat bermakna ini. Semoga jalinan kerjasama ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif berimpak tinggi dalam melahirkan graduan yang berdaya saing, inovatif dan bersedia menghadapi cabaran era teknologi.

Kunjungan Hormat daripada Malaysian Life Reinsurance Group Berhad (MLRe)UM Giving berbesar hati mengadakan sesi pertemua...
29/07/2026

Kunjungan Hormat daripada Malaysian Life Reinsurance Group Berhad (MLRe)

UM Giving berbesar hati mengadakan sesi pertemuan bersama Dr. Liew Min Liang, Ketua Pegawai Kewangan dan Mr. Vincent Wen Sen Chu, Pengurus Kanan Kewangan daripada Malaysian Life Reinsurance Group Berhad (MLRe) bagi meneroka potensi kerjasama strategik dalam memperkasa pembangunan mahasiswa Universiti Malaya.

Perbincangan memberi tumpuan kepada peluang kerjasama dalam menyokong pembangunan bakat pelajar melalui pelbagai inisiatif latihan, pembangunan profesional serta pendedahan kepada dunia industri. Tumpuan khusus turut diberikan kepada bidang Sains Aktuari dan Analitik Data, sejajar dengan keperluan industri yang semakin dipacu oleh kemajuan teknologi, kecerdasan buatan (AI) dan transformasi digital.

Kerjasama yang dicadangkan diharapkan dapat merapatkan jurang antara dunia akademik dan industri, sekali gus melengkapkan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran serta pengalaman praktikal yang relevan bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan dan melahirkan bakat masa hadapan yang mampu memenuhi keperluan industri.

UM Giving merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Malaysian Life Reinsurance Group Berhad (MLRe) atas kesudian meluangkan masa dan berkongsi pandangan dalam perbincangan yang amat bermakna ini. Semoga jalinan kerjasama ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif berimpak tinggi dalam melahirkan graduan yang berdaya saing, inovatif dan bersedia menghadapi cabaran era teknologi.

Pertemuan Bersama Majlis Paralimpik MalaysiaUM Giving berbesar hati dapat mengadakan sesi pertemuan bersama Encik Joshua...
24/07/2026

Pertemuan Bersama Majlis Paralimpik Malaysia

UM Giving berbesar hati dapat mengadakan sesi pertemuan bersama Encik Joshua Edgar, Naib Presiden Majlis Paralimpik Malaysia, berserta Encik Akmal Md Zain, Koordinator Pusat Sukan Universiti Malaya pada 23 Julai 2026.

Pertemuan ini diadakan bagi meneroka potensi kerjasama strategik dalam usaha memperkasa pembangunan atlet para, khususnya di Universiti Malaya dan di Malaysia secara keseluruhannya. Inisiatif ini turut mencerminkan komitmen bersama untuk memperkukuh ekosistem sukan yang lebih inklusif, sekali gus melestarikan semangat kesukanan serta meningkatkan penyertaan dan kecemerlangan komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) di negara ini.

UM Giving merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Joshua Edgar, Encik Akmal Md Zain serta Majlis Paralimpik Malaysia atas kesudian meluangkan masa dan berkongsi pandangan dalam perbincangan yang amat bermakna ini. Semoga jalinan kerjasama ini menjadi pemangkin kepada pelbagai inisiatif berimpak tinggi dalam memperkasa pembangunan atlet para serta memajukan arena sukan para di Malaysia.

Address

UM Giving, Aras 1, Canseleri Universiti Malaya
Kuala Lumpur
50603

Opening Hours

Monday 08:30 - 05:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

+60379674439

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UM Giving posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to UM Giving:

Shortcuts

Share