12/11/2014
Ayuh Berbakti :)
Pihak PERKIM Bahagian Negeri Selangor dengan kerjasama Sekretariat PERKIM UIAM Gombak dan Blackwind Adventure Team akan menganjurkan Program Kembara Kebajikan 4x4 & Fundraising bertempat di beberapa pusat kebajikan sekitar Banting & Ulu Yam, Selangor.
Fundraising atau Penjanaan dana adalah bertujuan untuk mengumpul dana bagi ekspedisi 4x4 dari Kuala Lumpur ke Chiang Rai (PITSTOP) pada Januari 2015. Misi pengantarabangsaan melalui aktiviti kebajikan, kemanusiaan, dan dakwah bakal memberi focus kepada anak yatim, komuniti melayu Islam, golongan OKU, mualaf, dan orang asli di Satun, Krabi, Ranong, Bangkok, Ayuthaya, Chiangmai, dan Chiangrai secara tidak langsung memberi peluang kepada tuan/puan untuk berbakti dalam 2 program kebajikan.
Sehubungan dengan itu, kami membuka beberapa slot tajaan kepada individu/NGO/badan korporat yang berminat utk menaja program ini.
Kelebihan yang diperolehi:
1. Pengecualian cukai
2. Logo & Nama syarikat anda akan dicetak & kelihatan pada
- T Shirt program
- Sticker pada kenderaan 4x4
- Poster
- Banner
- Sijil penghargaan
- Name tag
- Social Media (page Fb)
- Akhbar tempatan
======================================================
Bagi penyertaan p**a, setiap individu perlu membayar RM450 utk kos program setiap siri. Antara pecahan kos tersebut adalah:
1. Sumbangan
2. Pengurusan & Pengangkutan
3. Makanan & minuman
4. Tshirt program
5. Penjanaan dana
Bagi mana-mana individu/NGO/ Badan korporat yang berminat untuk menyertai, menaja atau sebarang pertanyaan sila hubungi nombor yang tertera dalam poster. Terima kasih :)
-PERKIM Secretariat IIUM-