12/03/2019
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kem "Excellence in Leadership, Intellectual and Talent Empowerment" (ELITE) atau dikenali sebagai KEM KECEMERLANGN AKADEMIK & AKHLAK (KKAA)-(suatu masa dahulu) merupakan program berbentuk akademik dan kemasyarakatan yang menumpukan pembangunan anak- anak yatim di sekitar semenanjung Malaysia. Program ini dianjurkan oleh Kolej Kediaman Tuanku Bahiyah, Universiti Malaya secara bersiri bersama rakan strategik Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim Malaysia (YATIM). Program ini mensasarkan pembangunan remaja yang terdiri daripada anak-anak yatim yang berumur 14 hingga 15 tahun. Untuk setiap siri ELITE Camp yang dijalankan, anggaran peserta ialah seramai 150 orang. Ahli jawatan kuasa pelaksana dan fasilitator sepanjang program adalah antara mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaya. Penganjuran Kem ELITE ini, bukan sahaja mensasarkan pembangunan sahsiah anak-anak yatim malah turut membentuk peribadi yang cemerlang dikalangan fasilitator sendiri. Objektif terperinci penganjuran Kem ELITE ini adalah seperti berikut:
1. Peserta mendapat inspirasi daripada barisan fasilitator untuk berjaya dalam bidang akademik dan seterusnya berjaya melanjutkan pengajian hingga ke peringkat universiti.
2. Peserta mendapat pengetahuan yang baharu melalui eksperimen dan aktiviti menarik yang berimpak tinggi melalui program-program yang diadakan di universiti seperti lawatan ke makmal dan sebagainya.
3. Mahasiswa/i yang terlibat sebagai fasi & ajk pelaksana mendapat pendedahan awal tentang ilmu kefasilitatoran dan penganjuran program yang secara tidak langsung dapat memupuk sifat kepimpinan di kalangan mahasiswa/i.
4. Semangat kes**arelawan dalam diri mahasiswa/i dapat dipertingkatkan sekaligus memberi inspirasi kepada para peserta.
Oleh hal yang demikian, kami dengan rendah hati ingin memohon sedikit sumbangan ikhlas daripada anda untuk sedikit sebanyak menjayakan program ini. Sumbangan ikhlas daripada anda dapat diberikan dalam berbentuk :-
1. Wang Sumbangan 💵
2. Makanan 🍴
3. Alat Tulis 📚✏
Untuk sebarang sumbangan berbentuk wang, anda boleh berbuat demikian melalui:-
Akaun E-pay UM.