22/05/2023
ENSIKLOPEDIA HARIAN PAS
NAMA PAS: DARI PERSATUAN ISLAM KE PARTI ISLAM
KELAHIRAN PAS dalam Persidangan Alim Ulamak Malaya Kedua pada 23 Ogos 1951 adalah dengan nama Pertubuhan Ulamak Se-Malaya yang dicadangkan oleh Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan. Nama tersebut telah berubah apabila persidangan di Bagan Tuan Kechil telah mencadangkan nama baru yang lebih inklusif iaitu Persatuan Islam Se-Malaya (PAS), sebelum akhirnya bertukar menjadi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pada 1972.
Nama PAS asalnya adalah cadangan wakil Persatuan al-Ehya as-Syariff, Ustaz Othman Hamzah, tetapi dicadangkan secara rasmi oleh Ustaz Mohd Maโasum Abdul Kadir sebelum ia terpilih sebagai nama rasmi persatuan ini. Sejak 24 November 1951, nama Pertubuhan Ulamak Se-Malaya telah dikenali sebagai Persatuan Islam Se-Malaya atau PAS. Walaupun akronim PAS telah digunakan sejak hari pemilihan nama ini lagi, tetapi akronim PAS hanya diterima secara rasmi dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kedua pada 26-27 Ogos 1953. Perkataan PAS ini diambil dari akronim abjad Jawi โFa Alif Sin."
Nama Persatuan Islam Se-Malaya atau PAS telah didaftarkan kepada Pendaftar Pertubuhan Malaya dan diluluskan pada 31 Mei 1955. Nama ini kemudiannya menjadi isu dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS Keempat pada 26-28 Disember 1955 kerana perkataan โMalayaโ adalah berbau penjajah, sedangkan PAS memperjuangkan kebangsaan Melayu, lalu wakil PAS Kota Bharu mencadangkan nama baru, โPersatuan Islam Semenanjung (PAS)โ, tetapi gagal. Selepas merdeka, Mesyuarat Agung Tahunan PAS Ketujuh pada 25-27 Disember 1958, sekali lagi isu nama ini timbul apabila menerima dua cadangan nama baru iaitu โPersatuan Islam Se-Tanah Melayuโ dan โPersatuan Islam Seluruh Tanah Melayu,โ tetapi cadangan pertama yang diterima. Mulai 12 Mei 1959, secara rasmi nama baru PAS ialah Persatuan Islam Se-Tanah Melayu, setelah Pendaftar Pertubuhan meluluskannya.
Sepanjang tempoh antara 31 Mei 1955 hingga merdeka, nama Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) yang didaftarkan kepada Pendaftar Pertubuhan telah diterjemahkan oleh kerajaan British sebagai โPan-Malayan Islamic Party (PMIP)โ, tetapi ia bukan nama rasmi dalam bahasa Inggeris yang diputuskan oleh PAS. Selepas PAS menetapkan nama barunya, โPersatuan Islam Se-Tanah Melayuโ pada 25-27 Disember 1958, Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada 25 Januari 1959 telah menetapkan nama rasmi PAS dalam bahasa Inggeris ialah โIslamic Party of Tanah Melayuโ bukannya PMIP dengan menggugurkan perkataan โPANโ pada namanya. Nama bahasa Inggeris ini bertukar kepada โIslamic Party of Malaysiaโ mulai 1972.
Pada 30 Ogos 1965, Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat telah mencadangkan supaya nama PAS ditukar dari โTanah Melayuโ kepada โMalaysiaโ setelah Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963, tetapi tidak mendapat tindak balas positif dari Pejabat Agung PAS. Selepas tregedi perkauman pada 13 Mei 1969, Mesyuarat Agung Tahunan PAS Ke-17 pada 17-19 Jun 1971 telah bersetuju menggugurkan perkataan โTanah Melayuโ pada PAS dan ia dikenali sebagai โParti Islamโ sahaja. Namun begitu, nama ini telah ditolak oleh Pendaftar Pertubuhan kerana tidak dijelaskan di negara mana parti ini bergerak. Lalu, Mesyuarat Agung Tahunan PAS Ke-18 pada 28-29 Julai 1972 telah memilih nama.โParti Islam Se-Malaysiaโ sebagai nama baru mengalahkan dua cadangan lain iaitu โParti Islam Malaysiaโ dan nama lamanya, โPersatuan Islam Se-Tanah Melayu.โ Sejak itu. Nama baru parti ini ialah โParti Islam Se-Malaysia (PAS)โ yang digunakan hingga hari ini.
Sumber:
Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
23 Januari 2017