Perpustakaan Pengajian Melayu, Universiti Malaya

Call Directions Website Contact the university

Perpustakaan Pengajian Melayu, Universiti Malaya Informative site on Malay Studies.

25/09/2026
1-30.9.26 , Dewan Bacaan PPM.Pameran Bertema  September 2026"Perpaduan Negara"Pameran Bertema  pada  September 2026 berj...
23/09/2026

1-30.9.26 , Dewan Bacaan PPM.

Pameran Bertema September 2026

"Perpaduan Negara"

Pameran Bertema pada September 2026 berjudul "Perpaduan Negara". Tema ini dipilih sempena Ulangtahun Kemerdekaan Negara dan sambutan Hari Malaysia. Dalam negara yag berbilang kaum ini kepelbagaian dan perbezaan baik dari segi kaum, bangsa, .bahasa, pandangan harus diuruskan dengan sebaiknya. Hal ini kerana semua ini adalah punca konflik yang serius jika gagal diberikan perhatian dan difahami oleh kerajaan.Manakala, sikap toleransi dan hormat menghormati yang dipupuk dari budaya masyarakat dapat meyumbang kepada perpaduan dan seterusnya mengekalkan keharmonian sebuah negara.

Sehubungan itu, sebanyak 12 judul bahan dari koleksi PPM berkaitan tema bulan ini telah dipilih untuk dipamerkan kepada pengguna.

Salah satu buku yang dipamerkan berjudul Isu-isu perpaduan nasional : Cabaran, pencapaian dan masa depan, diterbitkan oleh Universiti Utara Malaysia pada tahun 1987. Penulisan oleh 3 orang penulis ini iaitu Ahmad Fawzi Basri, Abdul Halim Ahmad dan Abdul Rahman Aziz telah membincangkan aspek perpaduan nasional dalam 5 bab. Topik yang diulas merangkumi kesan peristiwa 13 Mei, isu-isu perpaduan dari aspek politik, pendidikan dan sosio- budaya dan lain-lain. Oleh yang demikian saya menjemput para pelajar dan pengguna Perpustakaan untuk membaca buku ini dan buku- buku lain yang turut dipamerkan untuk memahami latarbelakang dan pencapaian usaha ke arah perpaduan masyarakat Malaysia.

"Berpakat kita kuat,

berpecah kita rebah"


6.9.26. Petani Desa. Himpunan ilustrasi Datuk  Lat di  Pavilion Perak, MAHA 2026.
22/09/2026

6.9.26. Petani Desa. Himpunan ilustrasi Datuk Lat di Pavilion Perak, MAHA 2026.

Utusan. 21.9.26. p.9
22/09/2026

Utusan. 21.9.26. p.9




1-30.9.26 . Dewan  Bacaan A, PPM, Pameran Buku Mewah / Coffee Table Book bertemakan " Malaysia".Sebanyak 7 judul telah d...
21/09/2026

1-30.9.26 . Dewan Bacaan A, PPM, Pameran Buku Mewah / Coffee Table Book bertemakan " Malaysia".
Sebanyak 7 judul telah dipilih untuk pameran ini.
Buku berjudul Memori pejuang bangsa yang dtulis oleh Norlaila Mohamad dan diterbitkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia pada tahun 2008, mengandungi 22 tokoh pejuang tanah air dari zaman penjajahan hinggalah pasca kemerdekaan. Buku ini pdat dengan gambar dan maklumat latarbelakang setiap tokoh yang terpilih. Antaranya Ialah Yamtuan Antah, Tun Abdul Razak Dato Hussein, Tun Sardin Jubir, Tun Tan Cheng Lock, V. T Sambanthan, Zainun Munsyi Suldiman ( Ibu Zain) dan lain- lain.

21.9.26.  2.03 pm. Syafiq, Calon PhD APM sedang  menggerakkan buah catur yg disediakan  di lobi  PPM.   tinggiAPM
21/09/2026

21.9.26. 2.03 pm. Syafiq, Calon PhD APM sedang menggerakkan buah catur yg disediakan di lobi PPM.


tinggiAPM

Universiti Malaya bakal lancar sambutan 121 tahun, teruskan legasi membina negara
19/09/2026

Universiti Malaya bakal lancar sambutan 121 tahun, teruskan legasi membina negara

Universiti Malaya (UM) bakal melancarkan sambutan ulang tahun ke-121 (UM121) pada 19 September 2026, menandakan satu lagi detik penting dalam perjalanan institusi yang telah berkembang bersama sejarah dan pembangunan negara.

Address

Perpustakaan Pengajian Melayu, , Kompleks Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
Kuala Lumpur
50603

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Pengajian Melayu, Universiti Malaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Perpustakaan Pengajian Melayu, Universiti Malaya:

Shortcuts

Share