Kolej Islam Antarabangsa

Kolej Islam Antarabangsa Kelab Mahasiswa Kolej Islam Antarabangsa pembina generasi baru Malaysia yang cemerlang, gemilang, dan terbilang.

Kolej Islam Antarabangsa (KIA atau International Islamic College - IIC) adalah instusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang dinaungi oleh Universiti Islam Antarabangsa (UIA). KIA melahirkan mahasiswa yang bukan saja berkebolehan dalam bidang akademik, malah cemerlang dari segi sahsiah. Selari dengan misi tersebut, ciri-ciri dan nilai yang positif sentiasa diterapkan dalam pelaksanaan setiap program

akademik (kurikulum) dan ko-kurikulum. Sejak ditubuhkan pada tahun 2001 dan sehingga kini KIA telah melahirkan lebih daripada daripada 5000 graduan. Kolej Naungan UIA
Kolej Islam Antarabangsa (International Islamic College) ialah sebuah institusi pengajian tinggi (IPTS) yang dimiliki sepenuhnya oleh IIUM Higher Education iaitu anak syarikat milik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM). Oleh sebab itu jugalah Kolej Islam Antarabangsa sering dinamakan sebagai Kolej UIA. Acuan Universiti Islam Antarabangsa
Kurikulum pengajian di Kolej Islam Antarabangsa dibentuk berteraskan kualiti pendidikan antarabangsa dan mengikuti perkembangan terkini yang memenuhi keperluan pasaran dengan dikawalselia oleh Lembaga Akademik yang dianggotai professor dari UIAM dan institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan serta wakil sektor industri.

09/02/2014

TO SIR WITH LOVE..
The month of February is the last month for our beloved CEO, Dr Zulkarnain Kedah in IIC. IIUM need him, so IIC has to let him go.
Thank you for everything. We students of IIC wishing you the very best for your future undertaking..

Dulu pelajar, sekarang usahawan. Ummu Atikah (kanan) pelajar DBA yang kini menjadi usahawanita berjaya. Di sebelah kiri ...
04/01/2014

Dulu pelajar, sekarang usahawan. Ummu Atikah (kanan) pelajar DBA yang kini menjadi usahawanita berjaya. Di sebelah kiri (yang rendah tu) ialah Pn Nura Hanim, dulu pensyarah IT, sekarang pengurus di Jabatan Akademik.

Bertukar wajah. Kolej Islam Antarabangsa dulu dan sekarang. Wajah baru, warna baru, semangat baru.
04/01/2014

Bertukar wajah. Kolej Islam Antarabangsa dulu dan sekarang. Wajah baru, warna baru, semangat baru.

Jom join. Masuk percuma. Sokong keamanan dan kebebasan asasi di Gaza, Mesir dan Syria. Lokasi: Kolej Islam Antarabangsa.
25/12/2013

Jom join. Masuk percuma. Sokong keamanan dan kebebasan asasi di Gaza, Mesir dan Syria. Lokasi: Kolej Islam Antarabangsa.

TAHNIAH kepada adik-adik PMR seramai 30,988 orang yang berjaya mendapat gred A dalam semua mata  pelajaran. Seramai 422,...
20/12/2013

TAHNIAH kepada adik-adik PMR seramai 30,988 orang yang berjaya mendapat gred A dalam semua mata pelajaran. Seramai 422,506 calon menduduki PMR tahun lepas. Foto atas tu (ehsan paper KOSMO) ialah 102 calon PMR Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ahmad Maher menunjukkan keputusan peperiksaan masing-masing di Kota Bharu. Tahniah juga kepada seorang pelajar anak Orang Asli, Ere Yan Bah Dim, 15, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sheikh Abdul Ghani, Bidor, memperoleh 7A, sekali gus muncul pelajar tunggal daripada komuniti peribumi di Perak yang mendapat gred A dalam semua subjek.

Berminat untuk menyambung pengajian ke Universiti Islam Antarabangsa? Academic Management and Admission Division dari UI...
15/12/2013

Berminat untuk menyambung pengajian ke Universiti Islam Antarabangsa? Academic Management and Admission Division dari UIA akan datang memberikan taklimat khas di Dewan Besar IIC pada hari Selasa 17 Disember 2013 dari pukul 10.30 hingga 12.30. Datanglah beramai-ramai. Datang, jangan tak datang..

ANDA ADA MASALAH? Jangan bimbang. Kaunselor bertauliah Kolej Islam Antarabangsa sentiasa bersedia membantu anda. Jumpa m...
10/12/2013

ANDA ADA MASALAH? Jangan bimbang. Kaunselor bertauliah Kolej Islam Antarabangsa sentiasa bersedia membantu anda. Jumpa mereka di Tingkat 3, Bahagian Hal-Ehwal Pelajar. Cr Husamuddin Hasbullah K.B.P.A (Mal) dan Counselor (right) Cr Nur Izzati binti Mohd Ishak K.B.P.A (Mal) sentiasa menunggu anda. Jadi jika anda menghadapi masalah akademik, masalah peribadi, atau sedang mengalami jiwa kacau dot com, sila berjumpa dengan Kaunselor Husamuddin (kiri) atau Kaunselor Nur Izzati (kanan). Anda tidak akan kecewa lagi selepas itu.

Selasa, 10 Dis 2013, Hotel Renaissance: TAHNIAH KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA kerana diiktiraf kolej bertaraf 4 bintang melal...
10/12/2013

Selasa, 10 Dis 2013, Hotel Renaissance: TAHNIAH KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA kerana diiktiraf kolej bertaraf 4 bintang melalui MyQuest (Malaysian Quality Evaluation System for Private Colleges 2012/2013). Ini membuktikan Kolej Islam Antarabangsa mampu berdiri megah di kalangan kolej-kolej swasta terbaik tanah air.

KEMASUKAN 15 DEC 2013 ke Kolej Islam Antarabangsa untuk program diploma dengan hanya 3 kepujian SPM. Kemasukan terakhir ...
04/12/2013

KEMASUKAN 15 DEC 2013 ke Kolej Islam Antarabangsa untuk program diploma dengan hanya 3 kepujian SPM. Kemasukan terakhir tahun 2013. Lihat info lanjut di iic.mydiploma.net atau terus ke pendaftaran online di http://iic.mydiploma.net/borang_online.html

Sebahagian dari siswa-siswi tahun pertama (dari lepasan STPM) program kolaborasi ijazah Teesside Universiti (Bachelor in...
03/12/2013

Sebahagian dari siswa-siswi tahun pertama (dari lepasan STPM) program kolaborasi ijazah Teesside Universiti (Bachelor in Early Childhood Studies) semasa upacara tanda tangan dan serahan surat tawaran di Dewan Besar IIC tadi 3 Disember 2013. Kini mereka telah sah bergelar siswa ijazah Teesside University, United Kingdom. Tahniah..

Yang ini p**a sebahagian dari siswa-siswi tahun 2 program kolaborasi ijazah Teesside Universiti (Bachelor in Early Child...
03/12/2013

Yang ini p**a sebahagian dari siswa-siswi tahun 2 program kolaborasi ijazah Teesside Universiti (Bachelor in Early Childhood Studies) semasa upacara tanda tangan dan serahan surat tawaran di Dewan Besar IIC tadi 3 Disember 2013. Kini mereka telah sah bergelar siswa ijazah Teesside University, United Kingdom. Tahniah..

Kepada semua pelajar IIC yang disayangi, selamat kembali ke Kolej Islam Antarabangsa semester 2, sesi 2013/2014. Sesi AD...
01/12/2013

Kepada semua pelajar IIC yang disayangi, selamat kembali ke Kolej Islam Antarabangsa semester 2, sesi 2013/2014. Sesi ADD & DROP bermula esok dan berakhir pada hari Ahad 8/12/13. Pendaftaran untuk Ibadah Camp juga bermula esok. Kelas usrah bermula pada hari Jumaat 6/12/13. Hari akhir untuk memohon re-sit atau re-check ialah pada hari Rabu 4/12/13.

Address

No. 1, Jalan 31/10A, Taman Batu Muda
Kuala Lumpur
68100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Islam Antarabangsa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Kolej Islam Antarabangsa:

Share