09/10/2026
PMKL LAKAR KEJAYAAN GEMILANG DI PENTAS INOVASI ANTARABANGSA, RANGKUL KESEMUA ANUGERAH UTAMA ReVEx VOL. 2
POLITEKNIK METrO KUALA LUMPUR (PMKL) terus mengukuhkan reputasinya sebagai institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang unggul dalam bidang penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan apabila berjaya mencipta kejayaan luar biasa dalam pertandingan Regional TVET Innovation Competition Through Exhibition (ReVEx) Vol. 2.
Dalam pertandingan berprestij tersebut, PMKL mencatat pencapaian membanggakan apabila berjaya merangkul kesemua lima anugerah yang dipertandingkan, sekali gus membuktikan keupayaan dan kecemerlangan warga institusi dalam menghasilkan inovasi berkualiti, berdaya saing serta berpotensi tinggi untuk dikomersialkan.
Kemuncak kejayaan menyaksikan PMKL dinobatkan sebagai penerima anugerah tertinggi, BEST OF THE BEST bagi Kategori Professional, sekali gus mengukuhkan kedudukan institusi sebagai antara peneraju inovasi TVET yang mampu bersaing di pentas antarabangsa.
π PENCAPAIAN CEMERLANG PMKL
π₯ Grand Winner β Best Innovation Award
π₯ Grand Winner β Best Commercial Award
π₯ First Runner-Up β Best Research Award
π₯ Second Runner-Up β Best Green Award
π ANUGERAH TERTINGGI β BEST OF THE BEST (PROFESSIONAL CATEGORY)
FERMENTOβ: INOVASI MAKANAN WARISAN MALAYSIA MENEMBUSI PENTAS ANTARABANGSA
Antara produk inovasi yang diketengahkan oleh PMKL dalam pertandingan ini ialah FERMENTOβ β Fermented Durian Semifreddo Premix with Petai Belalang Praline Crunch, sebuah inovasi pencuci mulut kontemporari yang menggabungkan keunikan gastronomi warisan Malaysia dengan pendekatan penyediaan makanan moden.
FERMENTOβ merupakan inovasi produk pencuci mulut sejuk berasaskan serbuk pracampuran semifreddo (semifreddo premix) yang menggunakan tempoyak, iaitu durian terfermentasi yang sinonim dengan warisan kulinari masyarakat Malaysia.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pasukan inovasi, pensyarah serta seluruh warga PMKL yang telah menyumbang tenaga, kepakaran, kreativiti dan komitmen dalam menjayakan penyertaan ini.
Semoga kejayaan gemilang ini menjadi pemangkin kepada penghasilan lebih banyak inovasi berimpak tinggi.