22/12/2025
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Tuan/Puan yang dihormati,
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Pameran Muzium Perubatan Tan Sri Dr Lim Wee Chai, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya kini telah dibuka secara rasmi kepada orang ramai.
Pameran ini menampilkan koleksi bersejarah perubatan dalam bentuk spesimen anatomi manusia dan peralatan perubatan unik. Inisiatif ini bertujuan meningkatkan pengetahuan serta kesedaran tentang evolusi dan perkembangan bidang perubatan di Malaysia.
Pihak kami mengalu-alukan kunjungan Tuan/Puan dan berharap agar pameran ini dapat memberikan manfaat serta pengalaman yang bermakna untuk Tuan/Puan.
Sekian, terima kasih.