Centre of Quranic Research - CQR

Centre of Quranic Research - CQR Centre of Quranic Research, Level 13 Wisma R&D, University of Malaya, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur, Malaysia

Centre of Quranic Research (CQR) is the first kind of Quranic & Islamic research centre in Malaysia, which had been established in February of 2010 by University of Malaya. An awareness of raison d’Otre of CQR will be meaningful in appreciating its efforts at a profound and insightful of Al-Quran and Islamic studies, for both National and International levels. Efforts and contributions towards the

prosperity and glittering of Holy Quran is truly one of the most magnificent and most honorable deeds in Islam. Moreover, spending time for learning and teaching al-Quran and its Islamic studies is the most valuable time indeed. CQR aims to sustain and promote a vital research in Quranic studies and Islamic research, as well as to explore any kind of research (Scientific research/education/heritage etc.), which can relate to Quranic and Islamic research. Scope of research under this centre could be varies, due to invite and encourage an active community of researchers, scholars and expertise to work altogether (collaborate) by promoting co-operation and discussion within the field or cross the interdisciplinary fields. To accomplish the goal, CQR conducts lectures, conferences & symposium on various topics, due to inculcate better understanding of Islam and it's teaching, based on Al-Quran and Hadith. CQR uses modern technology for its activities, wherever feasible. CQR's activities and facilities provide the much needed understanding about the truth and excellence of Islamic teachings - based on the glorious Qur'an, as well as adhering to reasons, logic and scientific facts. Al-Quran is the basic source of Islamic worldwide and, therefore be the centre of attention in any Islamic academic and research centre. However, learning Quran is not limited to its recitation (Tilāwah), intonation (Tartīl) and well memorizing it only, but it exceeds to other aspects, such as learning the purposes of Quran, as well as knowing sciences in Quran, guidances, interpretations and also its wondrous nature. While teaching al-Quran, the teachers were responsible to ensure that their students/learners masters the reading aspect, as well as memorizing and reciting the Quran. The task does not only cover on those criterias, but it exceeds to other aspects, by spreading out its guidances and sciences in al-Quran using the different means of publications, i.e printing, compact discs and Internet. In the Muslim world, there are several institutions have been established, such as Research & Publishing Centre, libraries, Islamic Universities, centres for memorizing Quran, as well as academics centre.

CALL FOR PAPER :The 10th Annual International Quranic Conference 2026 (MUQADDAS X)It is hereby announced that Centre of ...
28/04/2026

CALL FOR PAPER :

The 10th Annual International Quranic Conference 2026 (MUQADDAS X)

It is hereby announced that Centre of Quranic Research, University Malaya, Malaysia (CQR) in collaboration with Department of Al-Quran & Al-Hadith, Academy of Islamic Studies, University Malaya will be organising “The 10th Annual International Quranic Conference 2026 (MUQADDAS X).”

Theme:
QURANIC STUDIES IN THE ERA OF ARTIFICIAL INTELLIGENCE : CHALLENGES & OPPORTUNITIES

This conference welcomes participation from local and international researchers, academic staff, alumni, and postgraduate students. The details are as follows:

🗓️ Date: 28th & 29th October 2026
🕰️ Time: 8.30am - 5.30pm
🏬 Venue: Academy of Islamic Studies, University Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia

📌 REGISTRATION
Respected Prof./Dr./Mr./Mrs. may register via the following link:

https://umevent.um.edu.my/MUQADDASX

☎️ CONTACT

For any inquiries, please contact:

Dr Norazam Khair Mohd Ithnin : +601-7395 5090
Email: [email protected]

We cordially invite all interested participants to take part in this conference.

📄📘 The best and selected papers will be published in QURANICA & Al-Bayan (Scopus) Journals.

Thank you.

Secretariat
The 10th Annual International Quranic Conference 2026 (MUQADDAS X)

Terima kasih Prof Madya Dr Khairul Anuar yang sudi jemput saya bentang kertas ucap utama bertajuk “ Al-Quran sebagai sum...
05/10/2023

Terima kasih Prof Madya Dr Khairul Anuar yang sudi jemput saya bentang kertas ucap utama bertajuk “ Al-Quran sebagai sumber wahyu dalam membangun masyarakat madani “ pada 4 Oktober 2023 di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah,USIM

SEMINAR ANTARABANGSA AL-QURAN & AL- SUNNAH DALAM MASYARAKAT KONTEMPORARI 2022
12/10/2022

SEMINAR ANTARABANGSA AL-QURAN & AL- SUNNAH DALAM MASYARAKAT KONTEMPORARI 2022

03/08/2022
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Profesor Dato' Dr. Zulkifli Bin Haji Mohd Yusoff (Ketua Pusat Penyel...
03/08/2022

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Profesor Dato' Dr. Zulkifli Bin Haji Mohd Yusoff (Ketua Pusat Penyelidikan Al-Quran(CQR)) atas Penerimaan Anugerah Ma'al Hijrah (Tokoh Ilmuwan) Sempena Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1444H/2022M.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Profesor Dato' Dr. Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff atas Penerimaan Anugerah Ma'al Hijrah (Tokoh Ilmuwan) Sempena Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1444H/2022M.

Alhamdulillah, berkat masa dan keizinan yang diberikan oleh Allah S.W.T. Tafsir Al-Quran Al-Hakim Juz 1-30, Karya Syeikh...
03/08/2020

Alhamdulillah, berkat masa dan keizinan yang diberikan oleh Allah S.W.T. Tafsir Al-Quran Al-Hakim Juz 1-30, Karya Syeikh Mustaffa Abdul Rahman dapat disiapkan dan dicetak. Tafsir Juz 1-25, telah disemak oleh Prof Dato' Dr Zulkifli Mohd Yusoff dan Prof. Madya Dr Aunur Rofiq, manakala bagi Juz 26-30 telah dilengkapkan penyusunannya oleh Prof Dato' Dr Zulkifli Mohd Yusoff dan saudara Muhammad Mukhlis Yunus.

Buat pencinta ilmu Tafsir Al-Quran, anda boleh dapatkan Tafsir Al-Quran ini dengan menghubungi:

CQR: 03-2246 3342
SAHIDA: 0111-9316574
AKMAL ZAKIAH: 013-4669235

Semoga Allah memberkati dan merahmati kita semua🙂

19/05/2020

Ibrah Surah Az-Zukhruf: Perhiasan Dunia Yang Tiada Nilai

Az-Zukhruf membawa maksud perhiasan dan surah ini bertemakan tentang larangan mengagumi akan benda yang bersifat materialisme.

Di dalam surah ini Allah menyebutkan tentang kenikmatan dunia yang hanya sementara. Perhiasan dunia seperti emas dan perak itu hanyalah bernilai di mata manusia sahaja tetapi ianya tidak sedikit pun bernilai di mata Allah swt.

Firman Allah swt:

(وَزُخۡرُفࣰاۚ وَإِن كُلُّ ذَ ٰ⁠لِكَ لَمَّا مَتَـٰعُ ٱلۡحَیَوٰةِ ٱلدُّنۡیَاۚ وَٱلۡـَٔاخِرَةُ عِندَ رَبِّكَ لِلۡمُتَّقِینَ)

Maksudnya: "Dan (Kami buatkan p**a) perhiasan-perhiasan dari emas. Dan semuanya itu tidak lain hanyalah kesenangan kehidupan dunia, sedangkan kehidupan akhirat di sisi Tuhanmu disediakan bagi orang-orang yang bertakwa."

[Surah Az-Zukhruf: 35]

Kemudian Allah menyebutkan lagi perhiasan yang sebenar dikurniakan kepada orang-orang yang bertakwa iaitu mereka yang beriman kepada ayat-ayat Allah dan berserah diri kepada-Nya bahawa mereka ini akan memperoleh syurga dan nikmat yang tidak terhingga.

Firman Allah swt:

(یُطَافُ عَلَیۡهِم بِصِحَافࣲ مِّن ذَهَبࣲ وَأَكۡوَابࣲۖ وَفِیهَا مَا تَشۡتَهِیهِ ٱلۡأَنفُسُ وَتَلَذُّ ٱلۡأَعۡیُنُۖ وَأَنتُمۡ فِیهَا خَـٰلِدُونَ)

Maksudnya: "Kepada mereka diedarkan piring-piring dan gelas-gelas dari emas, dan di dalam syurga itu terdapat apa yang diingini oleh hati dan segala yang sedap (dipandang) mata. Dan kamu kekal di dalamnya."

[Surah Az-Zukhruf: 71]

Untuk menegaskan lagi peringatan itu terhadap kita, Allah swt datangkan kisah Firaun sebagai iktibar supaya kita sedar dan tidak mengulangi perbuatan yang sama iaitu mengagumi benda-benda yang bersifat materialisme dan keduniaan.

Ketika Nabi Musa as menyeru Firaun dan kaumnya itu menyembah Allah, mereka mentertawakan baginda bahkan Firaun memperlekehkannya disebabkan Nabi Musa yang menyeru itu tidak mempunyai kekuasaan dan kekayaan berbanding dirinya. Di sini jelas menunjukkan Firaun begitu bangga dan sombong dengan kelebihan yang dimilikinya. Allah swt murka akan kesombongan dan kekufurannya itu membalas dengan meneggelamkan Firaun dan kaumnya itu ke dalam laut.
(Rujuk Surah Az-Zukhruf ayat 46-55)

Ingatlah sentiasa wahai diri bahawa setiap perhiasan, kecantikan, kesenangan di dunia ini hanyalah sementara. Ingatlah bahawa semua itu hanya milik Allah yang mutlak. Bila-bila masa sahaja Dia boleh beri kepada sesiapa yang Dia mahukan dan menariknya kembali. Moga kita ini tidak tidak tergolong dalam golongan yang kufur pada nikmat-Nya, wal iyazubillah.

26 Ramadhan 1441 | 19 Mei 2020




18/05/2020

Tadabbur Ringkas: Ganjaran Akhirat vs Dunia

Allah swt menjanjikan limpahan pahala berganda-ganda kepada sesiapa yang melakukan sesuatu perkara semata-mata untuk akhirat. Bukan sahaja diberikan apa yang dimahukannya bahkan ditambah berganda-ganda lagi.

Imam Ibnu Kathir dalam tafsirnya mengatakan ganjaran pahala itu dikurniakan 10 sehingga 700 kali ganda dalam setiap perbuatan yang dilakukan itu.
[Tafsir Al-Quran Al-'Azim, Imam Ibnu Kathir]

Tetapi barangsiapa yang melaksanakan sesuatu perkara itu hanya untuk meraih balasan yang ada di dunia fana ini sahaja, Allah swt juga akan mengurniakan permintaan tersebut, tetapi ianya hanyalah terhad di dunia sahaja dan hanya separuh daripada itu yang diberikan-Nya. Tiada ganjaran pahala bagi mereka di akhirat.

Firman Allah swt:

مَن كَانَ یُرِیدُ حَرۡثَ ٱلۡـَٔاخِرَةِ نَزِدۡ لَهُۥ فِی حَرۡثِهِۦۖ وَمَن كَانَ یُرِیدُ حَرۡثَ ٱلدُّنۡیَا نُؤۡتِهِۦ مِنۡهَا وَمَا لَهُۥ فِی ٱلۡـَٔاخِرَةِ مِن نَّصِیبٍ (٢٠)
(Al-Syura: 20)

"Barangsiapa mahukan keuntungan di akhirat, akan Kami tambahkan keuntungan itu baginya, dan barangsiapa mahukan keuntungan di dunia, Kami berikan kepadanya sebahagian daripada (keuntungan dunia) itu, tetapi dia tidak akan mendapat bahagian di akhirat."

Ayat pertama ini (مَن كَانَ یُرِیدُ حَرۡثَ ٱلۡـَٔاخِرَةِ نَزِدۡ لَهُۥ فِی حَرۡثِهِۦ) merupakan janji yang pasti daripada Allah swt. Adapun ayat kedua ini p**a (وَمَن كَانَ یُرِیدُ حَرۡثَ ٱلدُّنۡیَا نُؤۡتِهِۦ مِنۡهَا وَمَا لَهُۥ فِی ٱلۡـَٔاخِرَةِ مِن نَّصِیبٍ) ianya bergantung kepada kehendak Allah swt dan mereka hanya akan mendapat bahagian rezeki yang telah diusahakan darinya serta mendapat apa yang dimahukannya sahaja.
[Tafsir Al-Bahr Al-Muhit, Abu Al-Hayyan]

Dalam saki baki yang tinggal pada bulan Ramadhan ini, ayuh sama-sama kita perbanyakkan amalan-amalan kita semoga kita semua memperolehi keampunan dan ganjaran pahala berlipat gandanya di akhirat kelak, in sha allah.

25 Ramadhan 1441 | 18 Mei 2020




08/05/2020

Ibrah Surah Al-Kahfi: Adab Menuntut Ilmu

Di dalam Surah Al-Kahfi terdapat 4 kisah yang telah termeterai di dalamnya, iaitu kisah pemuda yang masuk ke dalam gua Al-Kahfi, kisah Nabi Musa dengan Nabi Khidir, kisah dua pemilik kebun dan juga kisah Zulqarnain.

Di sini saya ingin sentuh kisah tentang Nabi Musa dengan Nabi Khidir yang di dalamnya sarat dipenuhi dengan pengajaran adab & ilmu bagi seorang penuntut ilmu.

Selagi mana kita masih bernyawa, selama itulah kita ini bergelar penuntut ilmu kerana kita dituntut untuk menuntutnya sehinggalah ke akhir hayat kita.

1. Pada ayat 60-64 menunjukkan perjalanan yang panjang ditempuhi Nabi Musa as bersama temannya dalam mencari seorang guru/mursyid dan mereka akhirnya bertemu dengan petunjuk yang diberikan oleh Allah swt iaitu ikan yang menjadi bekalan makanan Nabi Musa dan temannya itu menggelongsor masuk ke dalam laut.

Di sini dapat kita pelajari bahawa ilmu itu tidak lengkap jika tidak dipelajari melalui guru. Oleh itu bagi seorang yang ingin menuntut ilmu, perkara utama yang perlu dicari ialah seorang guru dan semestinya guru itu mestilah mempunyai ciri² yang dapat menjadikan kita semakin dekat dengan Allah swt.

2. Setelah menemui guru yang betul untuk menuntut darinya, seorang penuntut ilmu itu seharusnya meminta izin dengan penuh rendah diri untuk menuntut ilmu daripada guru tersebut. Ini juga merupakan adab yang ditunjukkan oleh para ulama apabila mereka ingin mempelajari sesuatu ilmu. Hal ini juga ditunjukkan oleh Nabi Musa as sebelum beliau mula mempelajari ilmu daripada Nabi Khidir as.

Firman Allah swt yang bermaksud:
"Nabi Musa berkata kepadany (Nabi Khidir): Bolehkah aku mengikutmu, dengan syarat engkau mengajar engkau mengajarku dari apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi petunjuk bagiku?" (Al-Kahfi: 64)

3. Kesabaran yang tinggi sepanjang proses menuntut ilmu merupakan salah satu adab dan juga syarat dalam menuntut ilmu. Ini kerana satu² ilmu itu tidak dapat dikuasai dengan mendalam hanya dalam tempoh masa yang pendek dan tergesa². Hal ini ditunjukkan melaui kisah Nabi Musa yang kurang sabar dengan perkara yang dilakukakan oleh Nabi Khidir (iaitu menebuk lubang pada perahu yang dinaiki, membunuh seorang kanak² lelaki dan membangunkan bangunan yang runtuh) kerana ilmu tersebut terbatas baginya dan hanya Nabi Khidir yang dianugerahkan Allah mampu mentafsirkan hikmah disebalik kejadian tersebut. (Ayat 71-78)

Sumber: Adab & Ilmu, Pengajaran Kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir, dikarang oleh Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

15 Ramadhan 1441H | 8 Mei 2020




08/05/2020

Jom Al-Kahfi 😊


Address

Jalan Pantai Baharu
Kuala Lumpur
59990

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

+60322463342

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Centre of Quranic Research - CQR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Centre of Quranic Research - CQR:

Share