17/03/2026
16 Mac 2026 - Monday
Eid al-Fitr 1447H Safety & Security Announcement
The Office of Security Management (OSeM) would like to take this opportunity to wish all staff, students, and the entire IIUM community:
"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1447H — MAAF ZAHIR & BATIN"
As we approach the Eid al-Fitr holidays, OSeM reminds everyone to remain vigilant regarding safety and security. Before you head off for your 'Balik Kampung' journey, please take the following necessary precautions:
Safety & Security Checklist
1. Personal Belongings: Never leave your valuables or personal belongings unattended at any time or place.
2. Secure Storage: Keep valuables locked in a drawer or a designated secure area.
3. Locking Up: Always secure your office or room doors, even if leaving for a short period. Please ensure you use manual or secondary locks for added security.
4. Strangers: Do not leave strangers unattended in your office or room.
5. Final Check: Before leaving the office for the holiday break, double-check that all doors and windows are securely locked (using secondary locks where necessary).
6. Energy Saving: Switch off all electrical appliances, including computers, air-conditioning units, and lights.
7. Vehicle Safety: Park motorcycles and motorcars in designated parking zones within clear public view. Ensure all vehicles are double-locked.
Emergency Contact Details (24-Hour Operation Rooms)
Should you notice any suspicious persons or activities, please report them immediately to the OSeM Operation Room at your respective campus:
CampusContact Number (24H)
Gombak & KL Campus03-6421 5555
Kuantan Campus09-570 5555CFS
Gambang Campus09-518 3666
Edu-Hub Pagoh Campus06-974 1122
A Message for the Journey
For those hitting the road today or tomorrow, we wish you a smooth and safe journey. While the highways will be busy and the excitement high, please remember: Safety First. Buckle up, take breaks when needed, and stay alert. Your loved ones are waiting for you. Drive safely and enjoy every moment of the journey.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1447H, MAAF ZAHIR & BATIN. SELAMAT BALIK KAMPUNG & BERHATI-HATI DI JALAN RAYA!
---
PENGUMUMAN KESELAMATAN & SECURITY SEMPENA AIDILFITRI 1447H
Kami dari Pejabat Pengurusan Keselamatan (OSeM) ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada semua Kakitangan, Pelajar, dan seluruh Warga IIUM:
"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1447H — MAAF ZAHIR & BATIN"
Menjelang cuti Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, Pejabat Pengurusan Keselamatan (OSeM) ingin mengingatkan semua pihak agar sentiasa berwaspada mengenai aspek keselamatan. Sila ambil langkah berjaga-jaga seperti berikut sebelum pulang ke kampung ('Balik Kampung'):
Senarai Semak KeselamatanBarangan Peribadi:
1. Jangan sesekali meninggalkan barangan berharga atau peribadi tanpa pengawasan di mana-mana tempat atau pada bila-bila masa.
2. Simpanan Selamat: Simpan barangan berharga di dalam laci berkunci atau kawasan yang selamat.
3. Kawalan Pintu: Pastikan pintu pejabat atau bilik sentiasa dikunci walaupun ditinggalkan dalam tempoh yang singkat. Gunakan kunci manual atau kunci tambahan untuk tujuan keselamatan.
4. Orang Luar: Jangan biarkan orang yang tidak dikenali berada bersendirian di dalam pejabat atau bilik anda.
5. Pemeriksaan Akhir: Sebelum meninggalkan pejabat untuk cuti panjang, pastikan semua pintu dan tingkap telah dikunci dengan rapi (gunakan kunci tambahan jika perlu).
6. Penjimatan Elektrik: Matikan semua peralatan elektrik seperti komputer, unit penyaman udara, lampu, dan sebagainya.
7. Keselamatan Kenderaan: Letakkan kenderaan (motosikal & kereta) di tempat letak kereta yang disediakan. Pastikan kenderaan dikunci dua kali (double lock) dan berada di kawasan yang mudah dilihat oleh orang awam.
Maklumat Perhubungan Kecemasan (Bilik Gerakan 24 Jam)
Sila laporkan sebarang individu atau aktiviti yang mencurigakan kepada Bilik Gerakan OSeM mengikut kampus masing-masing:
Kampus Gombak & KL - 03-6421 5555
Kampus Kuantan - 09-570 5555
Kampus CFS Gambang - 09-518 3666
Kampus Edu-Hub Pagoh - 06-974 1122
Pesanan Untuk Perjalanan Anda
Bagi mereka yang akan memulakan perjalanan pulang ke kampung hari ini atau esok, kami mendoakan agar perjalanan anda lancar dan selamat. Walaupun lebuh raya bakal sesak dan keterujaan semakin terasa, ingatlah—Keselamatan Diutamakan. Pakai tali pinggang keledar, ambil masa untuk berehat jika perlu, dan sentiasa fokus di jalan raya. Insan tersayang sedang menanti kepulangan anda. Pandu dengan cermat, kekal berwaspada, dan nikmatilah momen indah ini.
SEKALI LAGI, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1447H, MAAF ZAHIR & BATIN, SELAMAT BALIK KAMPUNG, DAN BERHATI-HATI DI JALAN RAYA!
---