15/08/2025
KENALI UNIVERSITY GEOMATIKA MALAYSIA
Geomatika University College (GUC) terletak di Setiawangsa, Kuala Lumpur telah ditubuhkan sejak tahun 2002 lagi. Sekarang Geomatika telah mendapat status Universiti Penuh dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan telah bertukar nama menjadi Universiti Geomatika Malaysia (UGM). Universiti Geomatika adalah dibawah satu bumbung Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang dimiliki oleh 100% bumiputera. Universiti Geomatika menawarkan lebih 40 program dari peringkat Diploma sehingga Ijazah Kedoktoran dalam pelbagai bidang. Antara program yang ditawarkan adalah bidang pembantu perubatan, farmasi, senibina, reka fesyen, kecantikan, ukur tanah, sains computer, kreatif multimedia, kewartawanan, rekaan dalaman, pengurusan hartanah, perniagaan dan banyak lagi. Setiap program yang ditawarkan telah mendapat kelulusan dari Malaysian Qualifications Agency (MQA).