28/09/2026
🎉 [UCAPAN SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA LT M MUHAMMAD AZRI MUAZ BIN MOHD KAMAL PSSTLDM] 🎉
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada LtM Muhammad Azri Muaz bin Mohd Kamal PSSTLDM, pelajar Sarjana Muda Pengajian Islam dan Sains (Kohort 21, Tahun 4 Kimia Gunaan) atas penerimaan Akademik Terbaik Pas**an Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Laut Universiti Malaya dalam Commissioning Ball sempena Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Palapes Universiti Awam ke-44 tahun 2026 bertempat di The Light Hotel, Pulau Pinang pada 13 September 2026.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga SGPl untuk terus cemerlang dalam bidang akademik dan kemahiran insaniah. Semoga lebih banyak kejayaan dapat diraih pada masa hadapan! 🌟💪🏻