Geomatika TVET College

Geomatika TVET College Kami menyediakan kursus-kursus sijil yang di-iktiraf Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

8 Mei 2026Majlis Menandatangani MoA antara Geomatika TVET College bersama Caterpillar Playtime Playschool, Taska Mama Il...
11/05/2026

8 Mei 2026

Majlis Menandatangani MoA antara Geomatika TVET College bersama Caterpillar Playtime Playschool, Taska Mama Illa dan Taska Qistina mencerminkan komitmen bersama dalam melahirkan generasi masa hadapan yang cemerlang melalui pendidikan berkualiti, pendedahan industri dan peluang pembelajaran holistik.
Semoga kerjasama ini terus berkembang maju dan memberi manfaat kepada semua pihak.




Tahniah & setinggi-tinggi ucapan syabas diucapkan kepada YBrs. Ir. Ts. Dr. Kamaruzaman bin Md. Ali atas pelantikan sebag...
26/12/2025

Tahniah & setinggi-tinggi ucapan syabas diucapkan kepada YBrs. Ir. Ts. Dr. Kamaruzaman bin Md. Ali atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran, Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia, berkuat kuasa 2 Januari 2026.
Semoga pelantikan ini membawa kecemerlangan berterusan dalam memperkasa pembangunan TVET dan kemahiran negara.�Warga Geomatika TVET College (GTEC) mendoakan kejayaan dan amanah ini dilaksanakan dengan penuh dedikasi dan integriti.




Geomatika Skill Institute (GSI) kini membuka peluang kerjaya kepada individu yang bersemangat, berdedikasi dan bersedia ...
01/12/2025

Geomatika Skill Institute (GSI) kini membuka peluang kerjaya kepada individu yang bersemangat, berdedikasi dan bersedia berkembang bersama kami!

Pelbagai jawatan kini ditawarkan
Calon yang memiliki kemahiran, pengalaman serta komitmen tinggi amat digalakkan untuk memohon.
📩 Hantar permohonan anda melalui:
Emel: [email protected]
WhatsApp: +60122514934



Lawatan Akademik ke FRIM: Pertukangan Kayu & Analisis Tapak Pelajar diberi peluang meneroka dunia pertukangan kayu dan b...
07/10/2025

Lawatan Akademik ke FRIM: Pertukangan Kayu & Analisis Tapak

Pelajar diberi peluang meneroka dunia pertukangan kayu dan bahan binaan secara praktikal di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Lawatan ini memberi pendedahan kepada pelajar untuk mengenali jenis kayu tempatan serta kegunaannya, mempelajari teknik asas woodworking seperti memotong, menyambung dan membuat kemasan, serta mengaplikasikan teori bahan dan pembinaan di tapak sebenar.

Aktiviti ini turut membantu mengukuhkan kemahiran insaniah seperti kerjasama, disiplin dan pengurusan masa. Dengan fasiliti serta kepakaran yang dimiliki FRIM, pengalaman ini menjadi langkah berharga buat pelajar dalam mempersiapkan diri ke arah dunia sebenar reka bentuk dan pembinaan.





30 September 2025Telah berlangsung majlis penyampaian hadiah Femac Tvet Competition 2025 kategori Kimpalan. Gtec Perak y...
01/10/2025

30 September 2025

Telah berlangsung majlis penyampaian hadiah Femac Tvet Competition 2025 kategori Kimpalan. Gtec Perak yang diwakili Muhammad Darus Hakimi berjaya merangkul emas dgn markah 94.9.




28 Sept 2025Geomatika TVET College Kuala Lumpur telah menganjurkan Kursus Induksi Keselamatan Dan Kesihatan Untuk Pekerj...
29/08/2025

28 Sept 2025

Geomatika TVET College Kuala Lumpur telah menganjurkan Kursus Induksi Keselamatan Dan Kesihatan Untuk Pekerja Binaan (SICW), dengan menjemput Penceramah Encik Ramlan Bin Haji Bedin dari Koperasi Staf CIDB Malaysia Berhad.

Objektif utama kursus ini diadakan untuk pelajar SKM Geomatics & Land Surveying Level 3, mendapatkan Kad Hijau CIDB yang diberi perlindungan 24 jam keselamatan dan insurans kemalangan atau kematian. Pelajar juga mendapat pengetahuan dan kesedaran tentang keselamatan dan kesihatan di tapak pembinaan atau tapak pengukuran bagi kalangan pelajar membuat persediaan sebelum menjalani latihan Industri selama tempoh 3 bulan. Kursus ini juga bertujuan untuk mengurangkan kadar kemalangan di tapak dan memastikan kebajikan pelajar terjaga.
Terima kasih kepada pihak yang terlibat.




6 July 2025Pelajar dan pengajar dari Geomatika TVET College telah menyertai Program Lawatan Pembelajaran ke Balai Bomba ...
06/08/2025

6 July 2025

Pelajar dan pengajar dari Geomatika TVET College telah menyertai Program Lawatan Pembelajaran ke Balai Bomba dan Penyelamat Keramat.
Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan secara langsung berkaitan prosedur keselamatan kebakaran, penggunaan peralatan menyelamat, serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan tindakan kecemasan dalam situasi sebenar.




Jawatan Kosong: Pegawai Penilai Pendidikan Awal Kanak - KanakGeomatika Skill Institute (GSI) kini membuka peluang kerjay...
16/07/2025

Jawatan Kosong: Pegawai Penilai Pendidikan Awal Kanak - Kanak

Geomatika Skill Institute (GSI) kini membuka peluang kerjaya sebagai Pegawai Penilai!

Mohon sekarang melalui:

Emel: [email protected]
WhatsApp: +60122514934



Address

Setiawangsa
Kuala Lumpur
54200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60122426757

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Geomatika TVET College posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Geomatika TVET College:

Share