MAIWP International University

Call Directions Website Contact the university

MAIWP International University Sebarang pertanyaan, hubungi di talian:

Hotline:
1 700 81 7997

No. Tel Pejabat:
03 6192 0600
(323)

π”ππˆπŒπ€πˆπ–π ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ π‰π€π‘πˆππ†π€π π€πŠπ€πƒπ„πŒπˆπŠ 𝐃𝐀𝐍 ππ„ππ˜π„π‹πˆπƒπˆπŠπ€π 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 πŒπ„π‹π€π‹π”πˆ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 ππ„π‘π’π€πŒπ€ ππ„π‘π’πˆπƒπ€ππ†π€π πŠπ„π’πˆπ‡π€π“π€πMEDAN...
16/10/2026

π”ππˆπŒπ€πˆπ–π ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ π‰π€π‘πˆππ†π€π π€πŠπ€πƒπ„πŒπˆπŠ 𝐃𝐀𝐍 ππ„ππ˜π„π‹πˆπƒπˆπŠπ€π 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 πŒπ„π‹π€π‹π”πˆ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 ππ„π‘π’π€πŒπ€ ππ„π‘π’πˆπƒπ€ππ†π€π πŠπ„π’πˆπ‡π€π“π€π

MEDAN SUMATERA UTARA , INDONESIA | Universiti Antarabangsa MAIWP (UniMAIWP) terus memperluas jaringan akademik dan penyelidikan antarabangsa menerusi penganjuran bersama persidangan dalam International Conference on Sustainable Health 2026 yang berlangsung di Medan, Sumatera Utara, Indonesia.

Penyertaan ini melibatkan Pusat Kecemerlangan Perubatan Melayu Nusantara (PKPMN), UniMAIWP sebagai rakan kolaborasi atas jemputan Institut Kesehatan Helvetia (IKH), Medan, Indonesia.

UniMAIWP diwakili oleh Prof. Dr. Wan Mohd Azizi bin Wan Sulaiman,Prof. Madya Dr. Vasudevan Ramachandran dan TS. Dr. Haily Linduin Koyou sebagai pembentang utama dalam persidangan yang menghimpunkan ahli akademik serta pakar pelbagai bidang kesihatan dari dalam dan luar negara.

Persidangan ini menjadi platform untuk memperkukuh hubungan akademik antara Malaysia dan Indonesia, khususnya dalam bidang Perubatan Melayu Tradisional, Kesihatan Komplementari dan Sains Kesihatan, di samping membuka ruang kepada perkongsian ilmu, penyelidikan dan kerjasama strategik merentas negara.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen UniMAIWP dalam memperluas jaringan kerjasama antarabangsa, memperkasa penyelidikan serta mengangkat potensi ilmu dan amalan Perubatan Melayu ke peringkat global.

π“π€π‡ππˆπ€π‡ 𝐀𝐓𝐀𝐒 πŠπ„π‚π„πŒπ„π‘π‹π€ππ†π€π Universiti Antarabangsa MAIWP (UniMAIWP) merakamkan ucapan tahniah kepada barisan pensyarah d...
16/10/2026

π“π€π‡ππˆπ€π‡ 𝐀𝐓𝐀𝐒 πŠπ„π‚π„πŒπ„π‘π‹π€ππ†π€π

Universiti Antarabangsa MAIWP (UniMAIWP) merakamkan ucapan tahniah kepada barisan pensyarah dan pelajar Diploma Sains Perubatan dan Kesihatan atas kejayaan mencapai 100% kelulusan bagi tiga siri peperiksaan berturut-turut dalam Peperiksaan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia (LPPP).

Pencapaian ini mencerminkan komitmen terhadap kecemerlangan akademik dan kualiti pendidikan yang berterusan.

Syabas dan tahniah kepada seluruh warga Fakulti Sains Kesihatan UniMAIWP.

𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 π€πŠπ‡πˆπ‘ π”π§π’πŒπ€πˆπ–π πƒπ”πƒπ”πŠπˆ ππ„ππ„π‘πˆπŠπ’π€π€π π‹π„πŒππ€π†π€ 𝐉𝐔𝐑𝐔𝐑𝐀𝐖𝐀𝐓 πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€KUALA LUMPUR, 14 OKTOBER β€” Pelajar tahun akhir...
15/10/2026

𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 π€πŠπ‡πˆπ‘ π”π§π’πŒπ€πˆπ–π πƒπ”πƒπ”πŠπˆ ππ„ππ„π‘πˆπŠπ’π€π€π π‹π„πŒππ€π†π€ 𝐉𝐔𝐑𝐔𝐑𝐀𝐖𝐀𝐓 πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€

KUALA LUMPUR, 14 OKTOBER β€” Pelajar tahun akhir ambilan September 2023, Universiti Antarabangsa MAIWP (UniMAIWP), telah menduduki Peperiksaan Lembaga Jururawat Malaysia (LJM) semalam sebagai salah satu langkah penting dalam perjalanan mereka untuk bergelar jururawat profesional.

Peperiksaan berkenaan menjadi antara penilaian penting bagi memastikan bakal jururawat mempunyai pengetahuan dan kompetensi yang diperlukan sebelum melangkah ke alam pekerjaan dalam bidang penjagaan kesihatan.

Semoga segala usaha, pengorbanan dan persediaan yang dilakukan membuahkan kejayaan serta menjadi permulaan kepada kerjaya yang cemerlang dalam perkhidmatan kejururawatan.

UniMAIWP mendoakan agar semua calon memperoleh keputusan yang membanggakan dan terus komited dalam memberikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada masyarakat.


πŠπ”πŒππ”π‹π€π ππ„π‘πˆππ“πˆπ’ π–π€π“π€ππˆπ€π‡ π”π§π’πŒπ€πˆπ–π: πŒπ„ππ‚πˆππ“π€ 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐑𝐀𝐇, πŒπ„πŒππˆππ€ π‹π„π†π€π’πˆ15 Oktober 2026 - Universiti Antarabangsa MAIWP (Un...
15/10/2026

πŠπ”πŒππ”π‹π€π ππ„π‘πˆππ“πˆπ’ π–π€π“π€ππˆπ€π‡ π”π§π’πŒπ€πˆπ–π: πŒπ„ππ‚πˆππ“π€ 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐑𝐀𝐇, πŒπ„πŒππˆππ€ π‹π„π†π€π’πˆ

15 Oktober 2026 - Universiti Antarabangsa MAIWP (UniMAIWP) melakar sejarah baharu apabila kump**an perintis Pasukan Askar Wataniah UniMAIWP seramai 46 mahasiswa telah berjaya menamatkan latihan dan diraikan dalam Majlis Penutup Latihan Tahunan Siri 1/2026 dan Kursus Asas Perajurit Muda Siri 5/2026 yang berlangsung di Kem Sungai Tengi, Rejimen 502 Askar Wataniah.

Majlis telah dirasmikan oleh Lt Kol Mohd Khairi bin Amzah, Timbalan Komander Rejimen 515 Askar Wataniah, sebagai penghargaan atas komitmen, disiplin dan kesungguhan para pelatih sepanjang menjalani latihan. Lebih membanggakan, dua orang mahasiswa UniMAIWP turut menerima pengiktirafan atas pencapaian cemerlang masing-masing:

Anugerah Penembak Terbaik
Saudara Muhammad Iman Kauthar bin Mohd Nordin

Anugerah Akademik Terbaik
Saudari Nadhrah Amnee binti Amdan

Kejayaan ini membuktikan bahawa mahasiswa UniMAIWP bukan sahaja berupaya menyerlah dalam bidang akademik, malah turut memiliki disiplin, ketahanan mental, semangat berpasukan dan ciri-ciri kepimpinan yang tinggi. Penglibatan dalam Pasukan Askar Wataniah juga menjadi platform penting untuk memupuk semangat patriotisme, memperkukuh jati diri serta menyemai kesediaan untuk berkhidmat kepada masyarakat dan negara.

Selaras dengan aspirasi Wira IHSAN, UniMAIWP komited untuk melahirkan mahasiswa yang holistik dan seimbang, berteraskan ilmu, adab, kepimpinan dan nilai ihsan. Pembangunan mahasiswa bukan sekadar berfokus pada kecemerlangan akademik, tetapi turut merangkumi pembentukan sahsiah, pengukuhan disiplin dan semangat khidmat kepada ummah.

Syabas kepada seluruh kump**an perintis Wataniah UniMAIWP yang telah mencipta sejarah dan membuka laluan kepada generasi Wataniah seterusnya. Semoga pengalaman serta nilai yang diperoleh menjadi bekalan untuk terus berbakti kepada agama, masyarakat dan negara.

π‡π„π€π‹πˆππ† π‘π€πŠπ€π πŒπ”πƒπ€ ππ‘πˆπ‡π€π“πˆπ π’π„πŒππ„ππ€ π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ π’π”πŠπ€π 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 πŸπŸŽπŸπŸ”10 Oktober 2026 - Seramai 130 mahasiswa Universiti An...
11/10/2026

π‡π„π€π‹πˆππ† π‘π€πŠπ€π πŒπ”πƒπ€ ππ‘πˆπ‡π€π“πˆπ π’π„πŒππ„ππ€ π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ π’π”πŠπ€π 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 πŸπŸŽπŸπŸ”

10 Oktober 2026 - Seramai 130 mahasiswa Universiti Antarabangsa MAIWP (UniMAIWP) telah menyertai Program Port Healing Rakan Muda Prihatin sempena Hari Sukan Negara 2026 bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan mental, pengurusan stres dan amalan gaya hidup sihat.

Menerusi sesi β€œRebuilding the Inner Drive: Mind & Emotion Awareness”, mahasiswa terlibat dalam pelbagai aktiviti interaktif yang memberi penekanan kepada kesedaran diri, pemahaman fikiran dan emosi serta pembinaan kekuatan dalaman.

Pendekatan berasaskan aktiviti ini menggalakkan penglibatan aktif peserta dalam suasana santai, menyeronokkan dan bermakna, sekali gus membuka ruang untuk mahasiswa mengenali diri dan memahami kepentingan menjaga kesejahteraan mental dan emosi.

Program ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti yang menggabungkan elemen kecergasan fizikal, kesedaran diri dan interaksi sosial, selaras dengan semangat Hari Sukan Negara 2026 yang menekankan kepentingan gaya hidup sihat secara menyeluruh.

Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Bukit Bintang dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniMAIWP ini mencerminkan komitmen dalam menyokong kesejahteraan fizikal, mental dan emosi mahasiswa.

Semoga inisiatif ini terus memupuk kesedaran tentang kepentingan kesihatan mental serta membina komuniti kampus yang lebih prihatin, inklusif dan saling menyokong.

π”ππˆπŒπ€πˆπ–πβ€“π€πˆπ” 𝐏𝐀𝐂𝐔 𝐀𝐆𝐄𝐍𝐃𝐀 ππ„πŒπ„π‘πŠπ€π’π€π€π π”πŒπŒπ€π‡ πŒπ„ππ„π‘π”π’πˆ ππ„ππƒπˆπƒπˆπŠπ€π 𝐃𝐀𝐍 πˆππŽπ•π€π’πˆALOR SETAR / KUALA LUMPUR β€” Universiti Antarab...
09/10/2026

π”ππˆπŒπ€πˆπ–πβ€“π€πˆπ” 𝐏𝐀𝐂𝐔 𝐀𝐆𝐄𝐍𝐃𝐀 ππ„πŒπ„π‘πŠπ€π’π€π€π π”πŒπŒπ€π‡ πŒπ„ππ„π‘π”π’πˆ ππ„ππƒπˆπƒπˆπŠπ€π 𝐃𝐀𝐍 πˆππŽπ•π€π’πˆ

ALOR SETAR / KUALA LUMPUR β€” Universiti Antarabangsa MAIWP (UniMAIWP) mengadakan kunjungan ke Albukhary International University (AIU) bagi meneroka potensi kerjasama strategik dalam bidang pendidikan, keusahawanan sosial, penyelidikan dan pendigitalan, khususnya bagi memperkasa golongan asnaf melalui pendidikan.

Kunjungan ini membuka ruang perkongsian kepakaran antara kedua-dua institusi yang mempunyai persamaan dari segi komitmen membantu pelajar daripada golongan kurang berkemampuan membina masa depan yang lebih baik melalui akses kepada pendidikan tinggi.

AIU, sebuah institusi pendidikan tinggi bukan berasaskan keuntungan (non-profit higher education), mengangkat tagline β€œInspiring Minds” dan mempunyai pelajar dari 62 negara. Pendekatan AIU dalam memperkasa pelajar turut menjadi antara aspek yang berpotensi diterokai bersama UniMAIWP.

Antara bidang kerjasama yang dikenal pasti termasuk pelaksanaan program pemerkasaan keusahawanan sosial di UniMAIWP, literasi kewangan dan pengurusan kewangan, serta latihan teknologi maklumat (IT) bagi membantu pelajar dan staf meningkatkan kemahiran digital serta membangunkan potensi keusahawanan.

Kedua-dua institusi turut meneroka potensi penawaran program double degree atau dual degree pada peringkat sarjana dalam bidang kemanusiaan dan keusahawanan sosial, program biasiswa bagi pelajar Fakulti Kejururawatan (FON) dan Fakulti Farmasi (FOP), serta kerjasama antara Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) tempatan dan antarabangsa.

Selain itu, kerjasama penyelidikan melalui ASDEI turut dikenal pasti sebagai salah satu bidang berpotensi, di samping penerapan elemen kecerdasan buatan (AI), pendigitalan dan informatika dalam sistem pengurusan data pusat hemodialisis bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan.

Kerjasama dalam bidang kesihatan, khususnya perkongsian kepakaran antara pusat dialisis kedua-dua institusi, juga berpotensi diterokai bagi menyokong pembangunan perkhidmatan kesihatan yang lebih cekap dan mampan.

Sebagai langkah seterusnya, kedua-dua institusi akan meneruskan perbincangan ke arah pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) sebagai landasan rasmi untuk memperkukuh hubungan strategik serta merealisasikan bidang kerjasama yang dikenal pasti.

Kerjasama ini diharap dapat memperluas peluang pendidikan, memperkasa kemahiran dan keupayaan pelajar serta menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi masyarakat, khususnya golongan asnaf.

𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπŽπ’πŽππ†π”ππˆπ•π„π‘π’πˆπ“πˆ 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 πŒπ€πˆπ–π (π”π§π’πŒπ€πˆπ–π)Universiti Antarabangsa MAIWP (UniMAIWP) mempelawa calon yang berk...
08/10/2026

𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπŽπ’πŽππ†
π”ππˆπ•π„π‘π’πˆπ“πˆ 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 πŒπ€πˆπ–π (π”π§π’πŒπ€πˆπ–π)

Universiti Antarabangsa MAIWP (UniMAIWP) mempelawa calon yang berkelayakan, berkemahiran dan mempunyai pengalaman serta komitmen tinggi untuk menyertai warga kerja UniMAIWP bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:

𝟏. 𝐉𝐔𝐑𝐔𝐑𝐀𝐖𝐀𝐓 π“π„π‘π‹π€π“πˆπ‡
πŸ“ Pusat Hemodialisis Universiti MAIWP

𝟐. ππ„ππ’π˜π€π‘π€π‡ πŠπ€ππ€π
πŸ“ Fakulti Farmasi

Calon yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan bagi jawatan berkenaan.

πŸ“… Tarikh Tutup Permohonan:
16 Oktober 2026

πŸ“§ E-mel:
[email protected]

Maklumat lanjut berkaitan syarat kelayakan, bidang tugas dan tatacara permohonan boleh diperoleh dengan mengimbas kod QR pada poster hebahan.

Universiti Antarabangsa MAIWP sentiasa membuka ruang kepada individu yang berkelayakan untuk bersama-sama menyumbang kepakaran dan membina kecemerlangan institusi.

Ayuh sertai warga UniMAIWP.

Sila kongsikan hebahan ini kepada calon yang berkelayakan.

08/10/2026
π”ππˆπŒπ€πˆπ–πβ€“πŒπ€πˆπŠ ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ π‰π€π‘πˆππ†π€π π’π“π‘π€π“π„π†πˆπŠ, 𝐏𝐀𝐂𝐔 ππ„ππƒπˆπƒπˆπŠπ€π 𝐃𝐀𝐍 ππ„πŒππ€ππ†π”ππ€π π”πŒπŒπ€π‡ALOR SETAR | 7 OKTOBER 2026 - Universiti...
07/10/2026

π”ππˆπŒπ€πˆπ–πβ€“πŒπ€πˆπŠ ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ π‰π€π‘πˆππ†π€π π’π“π‘π€π“π„π†πˆπŠ, 𝐏𝐀𝐂𝐔 ππ„ππƒπˆπƒπˆπŠπ€π 𝐃𝐀𝐍 ππ„πŒππ€ππ†π”ππ€π π”πŒπŒπ€π‡

ALOR SETAR | 7 OKTOBER 2026 - Universiti Antarabangsa MAIWP (UniMAIWP) hari ini mengadakan Kunjungan Hormat ke Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) bagi meneroka potensi kerjasama strategik dalam memperkukuh bidang wakaf, Baitulmal, pendidikan, penyelidikan serta pembangunan ekonomi ummah.

Kunjungan diketuai oleh YBhg. Prof. Dr. Mohd Afandi bin Salleh, Naib Canselor UniMAIWP, bersama pengurusan tertinggi universiti dan disambut oleh Ketua Pegawai Operasi MAIK, Dr. Hj. Abdul Rahim bin Abdul Rahman bersama barisan pengurusan MAIK.

Antara perkara yang dibincangkan termasuk pembangunan dan pengurusan wakaf, khususnya wakaf tunai, selain meneroka potensi pelaksanaan projek wakaf yang dapat memberi manfaat secara langsung kepada para pelajar.

Kerjasama dalam aspek Baitulmal turut diberi perhatian, merangkumi program bantuan, pembangunan penerima manfaat serta usaha memperkukuh pengurusan agihan agar manfaat dapat disampaikan secara lebih berkesan kepada golongan yang memerlukan.

Dalam bidang pendidikan dan pembangunan modal insan p**a, UniMAIWP dan MAIK berpeluang meneroka pelaksanaan program coaching, bimbingan serta pembangunan modul, selain cadangan penyediaan dana penyelidikan bagi kajian berkaitan wakaf dan pembangunan pelajar.

Penggunaan teknologi dan program berasaskan IT turut dikenal pasti sebagai antara ruang kerjasama yang berpotensi dalam menyokong pelaksanaan program serta memperkukuh keberkesanan penyampaian manfaat kepada masyarakat.

Kerjasama strategik ini diyakini dapat menggabungkan kepakaran dan kekuatan UniMAIWP serta MAIK dalam memperkasa pendidikan, memperkukuh ekosistem wakaf dan Baitulmal serta menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi masyarakat dan ummah.

UniMAIWP β€” Pendidikan, Inovasi dan Impak untuk Ummah.

Address

No. 3 Jalan 31/10A, Kawasan Perindustrian IKS, Taman Batu Muda
Kuala Lumpur
68100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60126504997

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MAIWP International University posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to MAIWP International University:

Shortcuts

Share