Laman Rasmi ADTEC JTM Kuala Lumpur

Call Directions Website

Laman Rasmi ADTEC JTM Kuala Lumpur Welcome to new brand ADTEC JTM Kuala Lumpur Campus

INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KUALA LUMPUR (ILPKL), salah sebuah institut latihan kemahiran di bawah kelolaan Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia telah ditubuhkan pada tahun 1964. Institut ini adalah yang pertama ditubuhkan oleh kerajaan bagi mengendalikan latihan vokasional secara formal. Bermula dari sebuah pusat latihan kecil yang menjalankan kursus-kursus perantisan dalam beberapa bidang ketukangan tertentu seperti elektrikal, jurugegas, percetakan dan pertukangan kayu, ianya telah berkembang dengan pesatnya untuk menjadi salah sebuah institut latihan kemahiran awam yang terbesar. Bagi merealisasikan Wawasan 2020, negara perlulah mengembangkan kepakaran dalam industri sedia ada serta melahirkan pakar dalam pelbagai sektor. Kini institut ini menyediakan pelbagai progam latihan teknikal bagi memenuhi permintaan tenaga pekerja mahir negara. Dengan kelengkapan moden dan terkini serta pengajar-pengajar yang mahir dan berpengalaman, institut ini telah berjaya mengorak langkah mengekalkan ciri-ciri latihan kemahiran / vokasional yang ulung. Graduan dari Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur dipelengkapkan dengan pengetahuan, kemahiran dan keyakinan untuk merebut peluang pekerjaan di dalam sektor perindustrian. Pengiktirafan kelayakan serta pengalaman yang diperolehi semasa latihan juga telah membantu mereka untuk meneruskan pengajian di peringakat yang lebih tinggi di Institut Latihan Tinggi JTM seperti JMTI, ADTEC dan juga lain-lain institusi pengajian tinggi di negara ini.

🌏 SHARE MOMENT | MAJLIS PELANCARAN HARI OZON SEDUNIA 2026 PERINGKAT KEBANGSAAN📅 3 Oktober 2026 |📍 Alamanda, PutrajayaBah...
12/10/2026

🌏 SHARE MOMENT | MAJLIS PELANCARAN HARI OZON SEDUNIA 2026 PERINGKAT KEBANGSAAN

📅 3 Oktober 2026 |📍 Alamanda, Putrajaya

Bahagian Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara (TPPU), ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur telah menyertai Majlis Pelancaran Hari Ozon Sedunia 2026 Peringkat Kebangsaan anjuran Jabatan Alam Sekitar (JAS).

✨ Lebih membanggakan, Ts. Asmawati Said telah diberi kepercayaan sebagai panel bagi program khas “Wanita dan Alam Sekitar – Peranan Wanita dalam Melindungi Alam Sekitar”, berkongsi pandangan mengenai peranan wanita dalam bidang teknikal dan kelestarian alam.

🛠️ ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur turut terpilih sebagai salah satu Pusat Latihan Bertauliah (ATC) penerima Bantuan Peralatan Latihan, sebagai pengiktirafan terhadap komitmen dalam pelaksanaan program latihan.

Penyertaan ini turut memberi peluang kepada pelajar TPPU menimba pengalaman, memperluas jaringan profesional dan memahami kepentingan kelestarian alam sekitar dalam industri penyejukbekuan dan penyamanan udara.

🌱 Memperkasa kemahiran, memelihara alam, membina masa hadapan.

Tahniah dan syabas kepada warga TPPU atas penglibatan dan komitmen yang diberikan!

ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur
Memperkasa TVET, Membina Masa Hadapan






MOHON SAMA-SAMA BANTU KAMI MENGESAN ALUMNI ITIKL / ILPKL / ADTEC KL 1964 - 2025🎓 𝗝𝗢𝗠 𝗞𝗘𝗠𝗕𝗔𝗟𝗜, 𝗝𝗢𝗠 𝗕𝗘𝗥𝗚𝗔𝗕𝗨𝗡𝗚! 🎓Pernah bel...
12/10/2026

MOHON SAMA-SAMA BANTU KAMI MENGESAN ALUMNI ITIKL / ILPKL / ADTEC KL 1964 - 2025

🎓 𝗝𝗢𝗠 𝗞𝗘𝗠𝗕𝗔𝗟𝗜, 𝗝𝗢𝗠 𝗕𝗘𝗥𝗚𝗔𝗕𝗨𝗡𝗚! 🎓
Pernah belajar di ITI Kuala Lumpur, ILP Kuala Lumpur atau ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur?

Kini tiba masanya untuk kita kembali mengeratkan silaturahim dan menjadi sebahagian daripada komuniti alumni yang terus maju bersama 💙🧡

✨ Daftar sebagai Alumni ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur dan nikmati pelbagai manfaat seperti:

✅ Kekal berhubung dengan rakan seperjuangan
✅ Mendapat maklumat terkini program & aktiviti alumni
✅ Membina jaringan profesional dan peluang kerjaya
✅ Menyumbang kepada legasi dan pembangunan generasi akan datang

📌 Terbuka kepada semua bekas pelajar sejak tahun 1964 hingga kini.

📲 Daftar sekarang melalui portal rasmi alumni:
https://sites.google.com/jtm.gov.my/alumni/alumni

🤝 Bersama kita teruskan legasi, kenangan dan semangat warga ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur.

11/10/2026

Peruntukan RM8 bilion bagi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam Belanjawan 2027 merupakan satu langkah penting dalam memperkukuh pembangunan modal insan berkemahiran negara.

Namun, peruntukan yang besar perlu diterjemahkan kepada impak yang nyata melalui peningkatan kualiti latihan, kemudahan pembelajaran, penguasaan teknologi baharu serta kerjasama strategik dengan industri.

Matlamatnya bukan sekadar melahirkan graduan yang mempunyai kemahiran, tetapi membina tenaga kerja yang kompeten, berdaya saing dan benar-benar memenuhi keperluan industri.

TVET bukan pilihan kedua. TVET ialah sebahagian daripada strategi utama membina masa depan tenaga kerja Malaysia.

09/10/2026
09/10/2026

📊 PEMBENTANGAN BELANJAWAN 2027

Saksikan Pembentangan Belanjawan 2027 Malaysia MADANI oleh YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

🗓 Tarikh : Jumaat, 9 Oktober 2026
🕒 Masa : 3.30 Petang

📺 Siaran Langsung Menerusi: Berita RTM, TV1, dan Bernama

🌐 Maklumat Lanjut:

Layari portal rasmi di [belanjawan.mof.gov.my]

KESUMA

📢 JOM MASUK ADTEC JTM! AMBILAN 1/2027 KINI DIBUKAMinat dalam bidang kemahiran dan teknologi? Inilah peluang anda untuk m...
09/10/2026

📢 JOM MASUK ADTEC JTM! AMBILAN 1/2027 KINI DIBUKA

Minat dalam bidang kemahiran dan teknologi? Inilah peluang anda untuk membina masa depan yang lebih cerah melalui pendidikan dan latihan TVET di ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur.

Pelbagai bidang kemahiran ditawarkan, antaranya automotif, elektrik, elektronik, mekanikal, pembuatan, teknologi maklumat dan teknologi bangunan.

✅ Yuran pengajian dan asrama percuma bagi program Sijil
✅ Makan dan minum percuma
✅ Elaun bulanan bagi pelajar yang layak
✅ Kemudahan pinjaman PTPK bagi program Diploma
✅ Peluang meningkatkan kemahiran dan membina kerjaya dalam industri

📅 Permohonan: 1 Oktober hingga 16 November 2026, mengikut kategori kursus.

Jangan lepaskan peluang ini! Imbas kod QR pada poster atau layari https://mohon.tvet.gov.my/main/perdana untuk maklumat lanjut dan permohonan.

TVET Pilihan Utama Kerjaya. Dari Latihan ke Industri!

​​MKualaLumpur

🤖 PROGRAM JELAJAH AI MyMahir TALENTCORP – BANDAR TUN RAZAK23 Julai 2026 | Zecon Hotel, Bandar Tun Razak, Kuala LumpurADT...
08/10/2026

🤖 PROGRAM JELAJAH AI MyMahir TALENTCORP – BANDAR TUN RAZAK

23 Julai 2026 | Zecon Hotel, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur

ADTEC-JTM Kampus Kuala Lumpur telah menyertai Program Jelajah AI MyMahir Bandar Tun Razak anjuran Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp).

Program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai aplikasi Kecerdasan Buatan (AI) dalam pembelajaran, produktiviti dan persediaan menghadapi alam pekerjaan.

Penyertaan melibatkan pelajar Bahagian Teknologi Komputer Sistem Semester 1 dan Semester 2, diiringi oleh Pn. Idharohani bt. Abd Karim dan En. Mohd Afandi bin Kadir.

Semoga pendedahan ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran AI dalam kalangan pelajar sebagai persediaan menghadapi keperluan industri masa hadapan. ✨

Seminar Huffaz IPG Zon Tengah 2026 ✨ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur telah menyertai Seminar Huffaz Institut Pendidikan Gur...
07/10/2026

Seminar Huffaz IPG Zon Tengah 2026 ✨

ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur telah menyertai Seminar Huffaz Institut Pendidikan Guru Zon Tengah 2026 yang berlangsung pada 6 Oktober 2026 di Dewan Averroes, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa, Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Program ini melibatkan pelajar dan pegawai pengiring daripada ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur. Turut diberi penghormatan, Ustaz Nazri telah dijemput sebagai salah seorang panel dalam seminar tersebut bagi berkongsi ilmu, pandangan dan pengalaman bersama para peserta.

📍 SHARE MOMENT | JTM × THE EXCHANGE 106🏢 MEMPERKASA BAKAT TVET DALAM FACILITIES MANAGEMENT & FACILITIES MAINTENANCE📅 5 O...
05/10/2026

📍 SHARE MOMENT | JTM × THE EXCHANGE 106

🏢 MEMPERKASA BAKAT TVET DALAM FACILITIES MANAGEMENT & FACILITIES MAINTENANCE

📅 5 Oktober 2026 | The Exchange 106, Kuala Lumpur

Delegasi Jabatan Tenaga Manusia (JTM) telah mengadakan lawatan dan sesi perbincangan strategik ke The Exchange 106 bagi meneroka peluang kerjasama dalam pembangunan bakat TVET serta memperkukuh hubungan antara institusi latihan dan industri.

Sesi perbincangan telah diadakan bersama:

👤 En. Muhaimin bin Ahmad
Tenant Relation Manager

👤 En. Mohd Aliff bin Mohd Ramly
Assistant Manager, People & Culture

Perbincangan memberi fokus kepada pembangunan ekosistem kerjasama dalam bidang Facilities Management (FM) dan Facilities Maintenance, khususnya bagi menyediakan tenaga kerja berkemahiran yang memenuhi keperluan sebenar industri.

🤝 ANTARA POTENSI KERJASAMA

🔹 ADI Pekerjaan
Cadangan pembangunan dan penempatan bakat melalui pendekatan latihan berasaskan pekerjaan (workplace-based learning) dalam bidang Facilities Management dan Facilities Maintenance.

🔹 Kursus Jangka Pendek (KJP)
ADTEC JTM berpotensi menawarkan program upskilling, reskilling dan latihan profesional kepada syarikat-syarikat berkaitan berdasarkan keperluan kompetensi tenaga kerja dan teknologi semasa.

🔹 Latihan Industri Pelajar
Meneroka peluang penempatan pelajar ADTEC JTM bagi mendapatkan pengalaman serta pendedahan secara langsung dalam persekitaran operasi fasiliti sebenar.

🔹 Lawatan Industri Pelajar & Pengajar
Memberikan pendedahan kepada operasi bangunan, pengurusan fasiliti, penyelenggaraan serta teknologi yang digunakan oleh industri.

🔹 Perkongsian Teknologi & Kepakaran Industri
Membuka ruang kepada pihak industri berkongsi teknologi terkini, kepakaran teknikal, amalan terbaik serta perkembangan sistem dan peralatan kepada tenaga pengajar dan pelajar ADTEC JTM.

🔹 Industry–TVET Knowledge Exchange
Menggalakkan perkongsian dua hala antara pakar industri dan tenaga pengajar ADTEC JTM supaya kandungan latihan sentiasa relevan dengan perubahan teknologi serta kompetensi pekerjaan semasa.

🎯 DARI LATIHAN KEPADA KERJAYA

Kerjasama ini berpotensi membentuk satu rantaian pembangunan bakat yang lebih menyeluruh:

INDUSTRI KONGSI TEKNOLOGI
⬇️
ADTEC JTM BANGUNKAN KOMPETENSI
⬇️
KJP • LATIHAN INDUSTRI • PENDEDAHAN INDUSTRI
⬇️
ADI PEKERJAAN
⬇️

TENAGA KERJA MAHIR & INDUSTRY-READY 🚀

Inisiatif ini memperkukuh pendekatan Industry-Driven TVET, dengan industri bukan sahaja sebagai destinasi pekerjaan tetapi sebagai rakan strategik JTM dalam pembangunan latihan, pemindahan teknologi dan pembangunan bakat negara.

Dari teknologi kepada kemahiran.
Dari kemahiran kepada kompetensi.
Dari kompetensi kepada kerjaya. 🇲🇾

Tahniah dan syabas buat Muhammad Sulaiman Mohd. Suhifullah, 18, pelajar Teknologi Elektrik ADTEC Kuala Lumpur atas penca...
05/10/2026

Tahniah dan syabas buat Muhammad Sulaiman Mohd. Suhifullah, 18, pelajar Teknologi Elektrik ADTEC Kuala Lumpur atas pencapaian membanggakan dalam sukan polo kanu. Bermula menceburi sukan ini pada tahun 2023, beliau kini melangkah lebih jauh apabila terpilih mewakili Malaysia di Kejohanan Canoe Polo World.

Kisah Sulaiman membuktikan bahawa minat, usaha dan kesungguhan sejak usia muda mampu membuka ruang untuk mengharumkan nama negara.

Ikuti kisah penuh Sulaiman dalam Kosmo! menerusi artikel “Sulaiman si penjaga gol sukan polo kanu”.

https://www.kosmo.com.my/2026/10/05/sulaiman-si-penjaga-gol-sukan-polo-kanu/

Address

Jalan KUCHAI LAMA
Kuala Lumpur
58200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60379817495

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Laman Rasmi ADTEC JTM Kuala Lumpur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share