Fakulti Pergigian UKM

Call Directions Website Contact the university

Fakulti Pergigian UKM Fakulti Pergigian UKM / Faculty of Dentistry UKM [email protected]

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA KLINIK RAWATAN UTAMA, PERKHIDMATAN KLINIKAL, FAKULTI PERGIGIAN UKMKlinik Rawatan Utama (KRU), ...
25/09/2026

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA KLINIK RAWATAN UTAMA, PERKHIDMATAN KLINIKAL, FAKULTI PERGIGIAN UKM

Klinik Rawatan Utama (KRU), Aras 1, Blok Q, Fakulti Pergigian UKM akan ditutup sementara selama satu (1) minggu, bermula 28 September 2026 (Isnin) hingga 2 Oktober 2026 (Jumaat) bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf dan pengubahsuaian klinik.

Sepanjang tempoh penutupan, perkhidmatan klinikal di KRU tidak akan beroperasi seperti biasa.

Perkhidmatan akan dibuka semula seperti biasa selepas kerja-kerja naik taraf dan pengubahsuaian selesai.

Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan amat menghargai kesabaran, kerjasama serta kefahaman para pelanggan sepanjang tempoh penutupan ini.

Terima kasih.

NAIB CANSELOR UKM SANTUNI MAHASISWA BAHARU FAKULTI PERGIGIANProf. Dato’ Dr. Sufian Jusoh, Naib Canselor Universiti Keban...
22/09/2026

NAIB CANSELOR UKM SANTUNI MAHASISWA BAHARU FAKULTI PERGIGIAN

Prof. Dato’ Dr. Sufian Jusoh, Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), semalam telah menyantuni mahasiswa baharu prasiswazah Fakulti Pergigian UKM dalam satu sesi pertemuan yang berlangsung di Ruang Aktiv, Fakulti Pergigian UKM.

Dalam sesi tersebut, Naib Canselor turut meluangkan masa untuk menyampaikan nasihat dan amanat kepada mahasiswa baharu, selain memperkenalkan barisan pengurusan tertinggi Universiti serta menjelaskan peranan masing-masing dalam mendukung kecemerlangan dan pembangunan mahasiswa.

Beliau turut menyeru agar semua mahasiswa memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap proses pengajaran dan pembelajaran, di samping berusaha membina kecemerlangan secara menyeluruh merangkumi aspek akademik, sahsiah, kepimpinan dan pembangunan diri.

Kehadiran Naib Canselor bersama barisan pengurusan tertinggi Universiti pastinya memberikan suntikan semangat dan motivasi kepada mahasiswa baharu Fakulti Pergigian UKM dalam memulakan perjalanan sebagai warga UKM.

Fakulti Pergigian UKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Naib Canselor, Timbalan-Timbalan Naib Canselor, pengurusan tertinggi serta pegawai kanan Universiti atas kesudian hadir dan menyantuni mahasiswa baharu.

Semoga amanat dan nasihat yang disampaikan menjadi panduan serta pemangkin kepada mahasiswa untuk terus melakar kecemerlangan sepanjang berada di UKM.

Selamat datang dan selamat memulakan perjalanan kecemerlangan di UKM!

SESI RAMAH MESRA DEKAN BERSAMA MAHASISWA BAHARU FAKULTI PERGIGIAN UKMProf. Dr. Tuti Ningseh Mohd Dom, Dekan Fakulti Perg...
22/09/2026

SESI RAMAH MESRA DEKAN BERSAMA MAHASISWA BAHARU FAKULTI PERGIGIAN UKM

Prof. Dr. Tuti Ningseh Mohd Dom, Dekan Fakulti Pergigian, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), hari ini meluangkan masa bersama mahasiswa baharu Fakulti Pergigian bagi sesi ramah mesra yang berlangsung di Ruang Aktiv Fakulti Pergigian UKM.

Dalam sesi tersebut, Prof. Dr. Tuti Ningseh mengucapkan selamat datang dan selamat maju jaya kepada semua mahasiswa baharu yang telah terpilih untuk melanjutkan pengajian di Fakulti Pergigian UKM.

Beliau turut menekankan kepentingan mahasiswa untuk mencapai kecemerlangan secara holistik, bukan sahaja dari aspek akademik, malah turut membentuk jiwa yang insani serta mengamalkan akhlak yang terpuji. Menurut beliau, pihak fakulti, khususnya para pensyarah dan seluruh warga kerja, akan sentiasa memberikan sokongan dan bimbingan kepada mahasiswa sepanjang tempoh pengajian sehingga mereka berjaya melangkah ke alam kerjaya sebagai doktor pergigian yang dapat memberikan khidmat kepada masyarakat.

Dalam sesi yang sama, Dr. Noor Sam Ahmad Penolong Dekan HEPA , turut memperkenalkan Program Mentor-Mentee Fakulti Pergigian UKM yang merupakan antara mekanisme sokongan kepada mahasiswa baharu dalam menyesuaikan diri dengan kehidupan dan persekitaran pembelajaran di universiti.

Turut hadir dalam sesi ini Prof. Madya Dr. Badiah binti Baharin Timbalan Dekan (Akademik) FGG UKM serta para pensyarah dan kakitangan FGG UKM.

Selamat datang ke keluarga besar Fakulti Pergigian UKM dan selamat maju jaya kepada semua mahasiswa baharu!

Andalah harapan dan kebanggaan kami! 🦷💙

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dr. Ken Wong Siong Hou atas kejayaan meraih tempat pertama bagi pembentangan li...
21/09/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dr. Ken Wong Siong Hou atas kejayaan meraih tempat pertama bagi pembentangan lisan bertajuk “Psychological Impact of Facial Soft Tissue Injury” dalam ‘Malaysia Trauma Conference 2026’, yang dianjurkan oleh ‘Malaysian Society for Care of Trauma’ (MASCOT) dan telah berlangsung pada 13 hingga 15 September 2026 bertempat di AC Hotel by Marriott Penang.

Pembentangan tersebut telah diselia oleh Prof. Roszalina Ramli, Pakar Perunding Bedah Mulut dan Maksilofasial (OMFS), Prof. Dr. Mohamad Johar Jaafar, Pakar Perunding Perubatan Kecemasan, serta Mr. Gan Chun Hong, Pakar Psikologi Klinikal.

Kejayaan ini turut menerima trofi, sijil dan hadiah wang tunai RM400. Tahniah atas pencapaian yang membanggakan ini. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus cemerlang dalam bidang akademik, penyelidikan dan profesional.

-------

Heartiest congratulations to Dr. Ken Wong Siong Hou on securing First Prize for Best Oral Presentation for the presentation entitled “Psychological Impact of Facial Soft Tissue Injury” at the Malaysia Trauma Conference 2026, organised by the Malaysian Society for Care of Trauma (MASCOT) and held from 13 to 15 September 2026 at AC Hotel by Marriott Penang.

The presentation was supervised by Prof. Roszalina Ramli, OMFS Consultant; Prof. Dr. Mohamad Johar Jaafar, Consultant Emergency Physician; and Mr. Gan Chun Hong, Clinical Psychologist.

The achievement was awarded with a trophy, certificate and RM400 cash prize. Congratulations on this remarkable achievement. May this success inspire continued excellence in academic, research and professional pursuits.

Tahniah dan Selamat Datang kepada para pelajar tahun pertama sesi 2026/2027 ke Fakulti Pergigian, Universiti Kebangsaan ...
21/09/2026

Tahniah dan Selamat Datang kepada para pelajar tahun pertama sesi 2026/2027 ke Fakulti Pergigian, Universiti Kebangsaan Malaysia! Kini anda merupakan sebahagian keluarga besar Fakulti Pergigian.
Kami mendoakan kesungguhan, ketabahan dan kejayaan yang berpanjangan sepanjang perjalanan akademik anda di Fakulti Pergigian UKM. Ikhlas daripada seluruh warga fakulti.
————————————
Welcome to our new dental students of the 2026/2027 session! May this new chapter be filled with discovery, growth, and success as you begin your journey in dentistry. We are excited to have you join our academic family.

Following the signing of the Letter of Intent in August 2026, the collaboration between the Faculty of Dentistry, Univer...
21/09/2026

Following the signing of the Letter of Intent in August 2026, the collaboration between the Faculty of Dentistry, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Straumann Group Malaysia Sdn. Bhd. and Apex Digital Dental Sdn. Bhd. has progressed with the placement of a Straumann SIRIOS X3 intraoral scanner at the Faculty.

The official handover of the intraoral scanner took place on 17 September 2026 in the Faculty Meeting Room.

The provision of this advanced digital technology aims to enhance the Faculty’s experience in digital dentistry workflows, strengthen clinical service delivery at UKM, and enrich the learning experience of postgraduate students through greater exposure to digital technologies in clinical practice. Its application extends beyond dental implantology, supporting digital workflows across various dental disciplines.

The Faculty sincerely thanks Straumann Group Malaysia Sdn. Bhd. and Apex Digital Dental Sdn. Bhd. for their commitment to advancing digital dentistry within a teaching institution. The Faculty looks forward to further strengthening this university–industry collaboration in support of innovation and excellence in dental education and clinical practice.

---------------

Susulan daripada pemeteraian Letter of Intent (LoI) pada Ogos 2026, kerjasama antara Fakulti Pergigian, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Straumann Group Malaysia Sdn. Bhd. dan Apex Digital Dental Sdn. Bhd. diteruskan dengan penempatan pengimbas intraoral Straumann SIRIOS X3 di fakulti.

Penyerahan rasmi pengimbas intraoral tersebut telah berlangsung pada 17 September 2026 di Bilik Mesyuarat Fakulti.

Fakulti merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Straumann Group Malaysia Sdn. Bhd. dan Apex Digital Dental Sdn. Bhd. atas komitmen dalam memperkasa bidang pergigian digital dalam institusi pendidikan. Fakulti berharap agar kerjasama universiti–industri ini dapat terus diperkukuh bagi menyokong inovasi serta kecemerlangan dalam pendidikan dan amalan klinikal pergigian.

Tahniah diucapkan kepada Dr. Nabilah Rahaina Mohd Rashid atas kenaikan pangkat ke Pegawai Pergigian Gred UG10 (LK), berk...
17/09/2026

Tahniah diucapkan kepada Dr. Nabilah Rahaina Mohd Rashid atas kenaikan pangkat ke Pegawai Pergigian Gred UG10 (LK), berkuat kuasa pada 28 Jun 2026.

Semoga kenaikan pangkat ini menjadi pemangkin untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang, penuh dedikasi dan komited dalam menyumbang kepada kecemerlangan Fakulti Pergigian, UKM.

Tulus ikhlas daripada warga Fakulti Pergigian, Universiti Kebangsaan Malaysia.

———

Congratulations to Dr. Nabilah Rahaina Mohd Rashid on her promotion to Dental Officer, Grade UG10 (LK), effective 28 June 2026.

Wishing her continued success, dedication and excellence in service.

From the Faculty of Dentistry, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tahniah diucapkan kepada Dr. Nor Khaleda Khalid atas kenaikan pangkat ke Pegawai Pergigian Gred UG10 (LK), berkuat kuasa...
17/09/2026

Tahniah diucapkan kepada Dr. Nor Khaleda Khalid atas kenaikan pangkat ke Pegawai Pergigian Gred UG10 (LK), berkuat kuasa pada 28 Jun 2026.

Semoga kenaikan pangkat ini menjadi pemangkin untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang, penuh dedikasi dan komited dalam menyumbang kepada kecemerlangan Fakulti Pergigian, UKM.

Tulus ikhlas daripada warga Fakulti Pergigian, Universiti Kebangsaan Malaysia.

———

Congratulations to Dr. Nor Khaleda Khalid on her promotion to Dental Officer, Grade UG10 (LK), effective 28 June 2026.

Wishing her continued success, dedication and excellence in service.

From the Faculty of Dentistry, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tahniah diucapkan kepada Dr. Muhamad Nazim Suhaimi atas kenaikan pangkat ke Pegawai Pergigian Gred UG13 (LK) berkuat kua...
17/09/2026

Tahniah diucapkan kepada Dr. Muhamad Nazim Suhaimi atas kenaikan pangkat ke Pegawai Pergigian Gred UG13 (LK) berkuat kuasa pada 12 April 2026.

Semoga kenaikan pangkat ini menjadi pemangkin untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang serta menyumbang kepada kecemerlangan Fakulti Pergigian, UKM.

Tulus ikhlas daripada warga Fakulti Pergigian, Universiti Kebangsaan Malaysia.

———

Congratulations to Dr. Muhamad Nazim Suhaimi on his promotion to Dental Officer, Grade UG13 (LK), effective 12 April 2026.

Wishing him continued success and excellence in service, and every success in his future endeavours.

From the Faculty of Dentistry, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Address

Jalan Raja Muda Abdul Aziz
Kuala Lumpur
53000

Opening Hours

Monday 08:00 - 11:00
14:00 - 15:00
Tuesday 08:00 - 11:00
14:00 - 15:00
Wednesday 08:00 - 11:00
14:00 - 15:00
Thursday 08:00 - 11:00
Friday 08:00 - 10:30

Telephone

+60392897741

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fakulti Pergigian UKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Fakulti Pergigian UKM:

Shortcuts

Share