RUHI Training & Publications

RUHI Training & Publications Arabic for Understanding the Quran Masih ramai rakyat Malaysia tidak mempunyai asas Bahasa Arab Al-Quran.

Ini dapat diperhatikan berpunca daripada:
1) Belajar Bahasa Arab di sekolah, namun tidak dapat dikaitkan dan gunakan dalam kehidupan seharian, lalu ditinggalkan begitu sahaja,
2) Bila pembelajaran tidak releven dengan kehidupan seharian, ramai beranggapan tidak perlu belajar Bahasa Arab, ia hanya untuk mereka yang berminat dengan jurusan Agama / Bahasa Arab sahaja
3) Sangkaan masyarakat bahawa per

lu menghabiskan masa bertahun-tahun mendalami Bahasa Arab dan menjadi pakar, baru boleh mula belajar Bahasa al-Quran

RUHI membawa misi bahawa belajar Bahasa Arab sepatutnya untuk semua muslim, dan ia sepatutnya bermula dengan Belajar Bahasa Arab al-Quran. Modul di RUHI direka khas untuk penutur Bukan Arab dengan mengutamakan perkataan yang paling kerap diulang dalam al-Quran sahaja. Pendekatan tatabahasa Arab di RUHI juga telah dimudahsuai untuk penutur Bukan Arab. Malah lebih menarik lagi, setiap modul RUHI disusun mengikut tema tertentu, atau berdasarkan cerita dari al-Quran. Dengan matlamat pembelajaran yang jelas dan bersasar, Bahasa Arab al-Quran menjadi lebih mudah diingat dan lebih dekat di hati. Masyarakat juga tidak lagi perlu habiskan bertahun belajar Bahasa Arab, yang akhirnya tinggal begitu sahaja sebab tidak digunakan.

24/04/2026

Di kelas kami mula belajar
Cari arah dalam samar
Kau hadir bawa cahaya
Buka jalan penuh makna🌹

Kau ajar kami kenal Tuhan
Cinta Nabi, kuatkan iman
Setiap ilmu jadi pedoman
Terpahat dalam ingatan🌹

Dengan sabar kau membimbing
Tak pernah lelah mengajar kami

Terima kasih atas ilmu
Yang kau beri setiap waktu
Dari Quran hingga sirah Nabi
Membentuk jiwa kami❤️

Selamat hari jadi kami doakan
Doa ikhlas dari hati
Semoga bahagia sihat selalu
Dalam rahmat Ilahi🌹

Ayat suci kau ajarkan
Agar kami hayati
Kisah Rasul kau ceritakan
Untuk kami contohi❤️

_Ya Allah kami mohon_
_Lindungi guru kami_
_Sihatkan dia selalu_
_Mudahkan urusan nanti🤲🏻_

Kaulah guru penuh jasa
Bimbing kami ke jalan-Nya
Ilmu itu kami jaga
Sampai bila-bila🌹

Selamat hari jadi kami ucapkan
Bahagia sepanjang masa
Semoga Allah sentiasa
Menjaga dia,

Ustazah Rabiatul Adawiah🌹❤️
Sanah Helwah Ustazah!

_P/s-Background lagu video dicipta khas oleh: Amrah_

24/03/2026

_Taqabalallahu minna wa minkum_

(Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kalian semua)

Ramadhan telah berlalu kini Syawal mula menjelma.
Di hari yang mulia ini, kami memohon ampun dan maaf atas segala khilaf, tersilap kata mahupun perbuatan.

Salam Aidilfitri buat semua muslimin dan muslimat. Semoga Aidilfitri ini menyuburkan apa yang telah ditarbiah Ramadhan dan mengutuhkan lagi silaturrahim sesama Islam agar bersatu menghadapi saat2 getir ini.

Kunci pesanan ini ada pada surah al-Kahfi:

وَٱصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ ٱلَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُم بِٱلْغَدَوٰةِ وَٱلْعَشِىِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُۥ ۖ وَلَا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا ۖ وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُۥ عَن ذِكْرِنَا وَٱتَّبَعَ هَوَىٰهُ وَكَانَ أَمْرُهُۥ فُرُطًۭا [الكهف: ٢٨]
Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya p**a adalah melampaui kebenaran. [Al-Kahfi: 28]

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin 🤍

Tulus Ikhlas dari:
Ruhi Training & Publications

Ramadan semakin menghampiri penghujungnya… namun di penghujung inilah tersimpan malam yang lebih baik daripada seribu bu...
12/03/2026

Ramadan semakin menghampiri penghujungnya… namun di penghujung inilah tersimpan malam yang lebih baik daripada seribu bulan.

Malam yang dipenuhi rahmat, keampunan dan doa-doa yang tidak ditolak.

Itulah Malam Lailatul Qadar. 🕊️🤍

Jangan lepaskan peluang pada 10 malam terakhir Ramadan ini dengan memperbanyakkan amalan.

Semoga Allah mempertemukan kita dengan Lailatul Qadar dan menerima segala amal ibadah kita.

Jangan lupa kongsikan peringatan ini kepada keluarga dan sahabat, agar lebih ramai dapat merebut malam yang penuh keberkatan ini.



07/03/2026
04/03/2026

🌙 PROGRAM WAKAF KITAB SEMPENA RAMADAN AL-MUBARAK

Ramadan bakal berlalu, namun adakah kesungguhan beramal kita bakal terhenti juga?

Di saat kita menghitung hari menuju Syawal, marilah kita rebut peluang ini untuk membantu pelajar pondok dan maahad tahfiz memiliki naskhah Lum'ah at-Tazkiyat: Himpunan Amalan Penyucian Hati melalui Program Beli & Wakaf.

✨Jadikan sisa Ramadan ini lebih bermakna. Biarlah setiap baris yang mereka baca menjadi pembela kita yang berkekalan.

📝 Cara Penyertaan:

1️⃣ Salurkan Sumbangan Wakaf ke:
Bank Islam
12113020257651
Saadon Bin Tumin

2️⃣ Hantar Nama Pewakaf
Tuan/puan boleh senaraikan sehingga 10 nama bagi setiap kitab untuk dituliskan sebagai tanda wakaf.

💬 Sebarang Pertanyaan / Urusan Wakaf:
https://wa.me/60107774810
(Saadon Bin Tumin)

🤝 Mohon juga jasa baik tuan/puan untuk kongsikan mesej ini kepada keluarga dan kenalan yang lain agar lebih ramai berpeluang merebut pahala wakaf di bulan yang mulia ini.

Semoga Allah menerima setiap usaha kecil kita dan menjadikannya asbab keberkatan hidup di dunia dan akhirat. 🤲

Nuzul al-Quran 2026: Upgrade Tadarus Anda. Dari Bacaan, Menuju Kefahaman. ​Setiap tahun, kita berlumba-lumba mengejar ke...
25/02/2026

Nuzul al-Quran 2026: Upgrade Tadarus Anda. Dari Bacaan, Menuju Kefahaman.

​Setiap tahun, kita berlumba-lumba mengejar keberkatan bertadarus di bulan Ramadan.

Namun, apa kata Nuzul al-Quran tahun ini kita jadikannya lebih bermakna?

​Jangan sekadar membaca, mulailah memahami setiap kalamNya dengan jelas dan dipandu.

Usahakan untuk menghidupkan setiap bait ayat-Nya dalam segenap aspek kehidupan kita.

​📖 Jom Sertai: Dawrah Asas Utama Menguasai Bahasa al-Quran Dengan Betul

​Pengajian ini dirangka secara tersusun dan sistematik berpandukan kitab-kitab muktabar.

​🗓 Sabtu, 7 Mac 2026 (Nuzul Quran, 17 Ramadhan 1447H)
⏰ 9.00 Pagi – 1.00 Tengah Hari
💻 Secara Dalam Talian (Online)

​Sempena Nuzul al-Quran ini, hadiahkan diri anda dengan ilmu yang membimbing jiwa. Tukarkan azam menjadi langkah dan tindakan.

Maklumat lanjut: https://ruhitraining.com/view/s/dawrah-asas-utama-menguasai-bahasa-al-quran-dengan-betul

​📲 Tempat adalah terhad.
Daftar segera dan ajak sahabat handai untuk sama-sama menimba ilmu!

18/02/2026

🌙 Ramadan 1447H sudah di ambang pintu…Bulan yang sama.Ayat-ayat al-Quran yang sama.Tarikh di kalendar juga datang setiap...
18/02/2026

🌙 Ramadan 1447H sudah di ambang pintu…

Bulan yang sama.
Ayat-ayat al-Quran yang sama.
Tarikh di kalendar juga datang setiap tahun.

Tetapi… adakah hati kita juga masih sama?

Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga.
Ia adalah ruang untuk kita reset diri, perbetulkan niat, dan meluruskan kembali tujuan hidup.

Tahun ini, jangan sekadar “lalu” dalam Ramadan.
Biarlah kita benar-benar hadir di dalamnya.

Semoga Ramadan 1447H menjadi titik perubahan yang kita sendiri dapat rasai.


3 hari lagi, tetamu yang agung akan datang mengetuk pintu hati.Ia bukan bulan yang biasa, tetapi peluang yang Allah anug...
16/02/2026

3 hari lagi, tetamu yang agung akan datang mengetuk pintu hati.
Ia bukan bulan yang biasa, tetapi peluang yang Allah anugerahkan,
buat seluruh umat Muhammad yang merindu.

Menjelang Ramadhan,
Bukan zahirnya sekadar menahan lapar dan dahaga,
tetapi tarbiyah untuk penyucian rohani dan jiwa.

Ramadan adalah medan mujahadah,
Nafsu ditundukkan tanpa rintih dan alasan,
dan iman dilatih agar teguh dalam ketaatan.

Masuklah ke dalamnya,
seperti hamba yang merindu untuk kembali,
bukan sekadar manusia yang terbiasa.

Kerana Ramadan
bukan hanya tentang menahan lapar dan dahaga,
tetapi tentang menghidupkan hati,
yang hampir lupa arah p**ang.


🌙 Ruhi Talaqqi | Isnin, 9 FebAda manusia yang hidupnya berubah bukan kerana harta,tetapi kerana satu penyaksian yang men...
11/02/2026

🌙 Ruhi Talaqqi | Isnin, 9 Feb

Ada manusia yang hidupnya berubah bukan kerana harta,
tetapi kerana satu penyaksian yang menusuk jiwa.

Sa‘id bin ‘Amir Al-Jumahi menyaksikan kesyahidan Khubaib bin ‘Adi,
dan daripada darah yang tumpah kerana iman dan kecintaannya buat Rasulullah,
lahirlah sebuah hati yang tunduk kepada Allah.

Jawatan yang digenggam, tidak pernah mengikat jiwanya.
Harta dan dunia, tidak mengaburi pandangan hatinya.
Di siang hari, beliau memikul amanah rakyat.
Di malam hari, beliau menyerahkan diri sepenuhnya kepada Tuhan.
Cukup baginya redha Allah dan RasulNya.

“Takut kepada Allah dalam urusan manusia, dan jangan engkau takut kepada manusia dalam urusan Allah”

Semoga kisah ini mengetuk hati kita,agar hidup tidak sekadar berjalan,tetapi bertujuan.
Agar dunia tidak menguasai hati, dan akhirat sentiasa didahului.

🤍 Yang belum bersama Ruhi Talaqqi, pendaftaran masih di buka, layari di link berikut, Insyaallah, Biiznillah.
https://ruhitraining.com/view/s/ruhi-talaqqi-2026

✨ Kuiz Tafsir | Surah An-Nisā’ Ayat 49 ✨Kita mungkin sudah membaca dan mendengar ayat ini berkali-kali.Namun, sejauh man...
10/02/2026

✨ Kuiz Tafsir | Surah An-Nisā’ Ayat 49 ✨

Kita mungkin sudah membaca dan mendengar ayat ini berkali-kali.
Namun, sejauh mana kita benar-benar memahaminya?

Jom uji kefahaman melalui kuiz ringkas ini 👇
💬 Kongsikan jawapan anda di ruangan komen ya

📖 RUHI Talaqqi membawakan pengajian tafsir berasaskan tadabbur menggunakan Kitab Tafsir Jalalain, sebagai ruang untuk menambah ilmu, memperhalusi kefahaman dan mendalami makna ayat-ayat Allah.

🤍 Jom sertai kami dan teruskan perjalanan ilmu bersama RUHI Talaqqi.

http://ruhitraining.com/view/s/ruhi-talaqqi-2026

Address

Kuala Lumpur

Website

https://bio.link/ruhitraining

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RUHI Training & Publications posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to RUHI Training & Publications:

Share