Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia

Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia Laman Rasmi Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia l Telefon: 0322668441/42/45 l Faks: 0322668450 l Emel: [email protected]
(2)

TAHNIAH PASUKAN GOLF PDRM DIANGKAT SEBAGAI JOHAN ASEAN POLICE OPEN GOLF TOURNAMENT 2026Seluruh warga Polis Diraja Malays...
05/08/2026

TAHNIAH PASUKAN GOLF PDRM DIANGKAT SEBAGAI JOHAN ASEAN POLICE OPEN GOLF TOURNAMENT 2026

Seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Pasukan Golf PDRM atas kejayaan luar biasa merangkul gelaran JOHAN dalam kejohanan berprestij ASEAN Police Open Golf Tournament 2026 yang berlangsung di NovaWorld Phan Thiet, Vietnam.

Persaingan sengit yang melibatkan institusi keselamatan daripada 14 buah negara ASEAN tidak menjadi penghalang bagi atlet-atlet golf PDRM untuk mempamerkan mutu permainan kelas pertama dan fokus yang tinggi di atas lapangan hijau.

Kejayaan ini menjadi satu merit besar dalam mengharumkan nama pasukan dan negara di persada antarabangsa melalui medium diplomasi sukan.

Majlis Sukan PDRM merakamkan sekalung penghargaan kepada YDH DCP Datuk Mohd Sukri bin Kaman selaku Pengelola Golf PDRM dan barisan pemain atas komitmen dan kejayaan Pasukan Golf PDRM dalam Kejohanan ASEAN Police Open Golf Tournament 2026.

Syabas dan tahniah sekali lagi diucapkan.

Tahniah Atlet boling padang Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sarjan Mejar (SM) Emma Firyana Saroji sebagai Atlet No 1 Bolin...
22/07/2026

Tahniah Atlet boling padang Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sarjan Mejar (SM) Emma Firyana Saroji sebagai Atlet No 1 Boling Padang

ATLET BOLING PADANG PDRM UNGGUL DI PERSADA ANTARABANGSA

Atlet boling padang Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sarjan Mejar (SM) Emma Firyana Saroji, terus mengharumkan nama negara apabila berjaya muncul juara dalam acara Fours wanita pada kejohanan Australian Open 2026, sekali gus melonjakkan kedudukan beliau sebagai pemain wanita nombor satu dalam ranking World Bowls Series (WBS).

Kejayaan tersebut menyaksikan SM Emma Firyana berada di tangga teratas ranking WBS, mengatasi lebih 5,000 pemain dari 54 negara yang disenaraikan dalam pertandingan berprestij berkenaan.

SM Emma Firyana yang kini bertugas di Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN), Bukit Jalil merupakan anak jati Banting, Selangor. Beliau mula menyertai Pasukan PDRM pada 1 Jun 2005 dan meneruskan khidmat sebagai atlet boling padang sehingga kini.

Sepanjang penglibatan di pentas antarabangsa, SM Emma Firyana telah mencatat pelbagai kejayaan membanggakan termasuk meraih tiga pingat emas menerusi acara Australian Open Fours 2026, World Cup Singles 2025 dan Lion Cup (Ends Format) Pairs 2025.

Beliau turut mengumpul tiga pingat perak dalam acara Asian Lawn Bowls Championships Triples 2026, China Open Fours 2025 dan Lion Cup (Sets Format) Pairs 2025, selain melengkapkan koleksi pencapaian dengan satu pingat gangsa menerusi acara Asian Lawn Bowls Championships Fours 2026.

PDRM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah atas pencapaian cemerlang SM Emma Firyana Saroji yang berjaya mengharumkan nama pasukan serta negara di pentas antarabangsa.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga PDRM untuk terus mencapai kecemerlangan dalam bidang masing-masing.

Anda kebanggaan kami!

Tahniah dan selamat maju Jaya diucapkan kepada atlit boling padang PRDM  kerana terpilih mewakili negara ke Sukan Komanw...
23/06/2026

Tahniah dan selamat maju Jaya diucapkan kepada atlit boling padang PRDM kerana terpilih mewakili negara ke Sukan Komanwel Glasgow 2026
SM Emma Firyana Binti Saroji
Konst Muhammad Saufi Bin Rosli

Kejohanan Ragbi Piala Agong 2026Peringkat Separuh AkhirTerengganu vs PDRMTarikh : 20 Jun 2026Masa : 3.30 petangTempat : ...
20/06/2026

Kejohanan Ragbi Piala Agong 2026

Peringkat Separuh Akhir

Terengganu vs PDRM
Tarikh : 20 Jun 2026
Masa : 3.30 petang
Tempat : Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kuala Terengganu

Siaran langsung melalui pautan berikut :

https://www.youtube.com/live/IV73XOd11ds?si=G7QTMZchO-lO7fNS

Royal Malaysia Police Rugby

PA26 - Terengganu vs PDRM | Semi Final2026 Piala AgongHelp this...

Ragbi Piala Ketua Polis Negara 2026
16/06/2026

Ragbi Piala Ketua Polis Negara 2026

15/06/2026

Address

Majlis Sukan PDRM, Bangunan Gimnasium, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman
Kuala Lumpur
50560

Telephone

0322668445

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share