13/05/2026
PROGRAM JALINAN KOMUNITI NIC di BUKIT MERTAJAM
โKESEDARAN DIBINA, HARAPAN DISEMAIโ
Program Jalinan Komuniti anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kolej Bersepadu Nasional telah berlangsung dengan jayanya bersama kehadiran pegawai pengiring serta para pelajar daripada jurusan Diploma in Psychology dan Diploma in Business Management.
Program ini memberi peluang kepada para pelajar untuk lebih memahami kehidupan sebenar penghuni PUSPEN (Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik โ Puspen Bukit Mertajam) yang sedang berusaha untuk pulih daripada penagihan dadah. Dalam masa yang sama, ia turut menjadi platform untuk merapatkan hubungan antara pihak kolej, pelajar dan para penghuni.
Sepanjang program, suasana cukup positif apabila para penghuni turut sama terlibat secara aktif dalam pelbagai aktiviti dan sesi perkongsian yang dianjurkan. Jelas kelihatan semangat, keterbukaan dan keyakinan diri yang semakin meningkat dalam kalangan mereka.
Menariknya, selari dengan tema โHarapan Disemaiโ, pihak kolej turut membuka peluang kepada para penghuni untuk menyambung pelajaran, malah disertakan dengan jaminan peluang pekerjaan selepas tamat program pemulihan. Ramai penghuni menunjukkan minat dan teruja dengan peluang yang diberikan ini.
Secara keseluruhannya, program ini berjaya memberi impak yang sangat positif hasil kerjasama erat antara pihak PUSPEN, kolej dan para pelajar.
Semoga jalinan ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang demi terus menyemai harapan dan semangat buat para penghuni.